Wah, Proton ada model kereta terbaru hari ni, perasmian pelancaran kereta konsep berlansung di pameran Kereta Antarabangsa Geneva ke-80. Proton Emas dirasmikan oleh penasihat proton Tun Dr Mahathir. Dilancarkan sempena jubli perak Proton tahun ini, siri EMAS dibangunkan sesuai dengan deskripsi kereta kompak dengan kenderaan utiliti sukan (SUV) dengan ruang tempat duduk penumpang.
Ia terdiri daripada Emas hatchback lima pintu empat tempat duduk untuk keselesaan pemanduan, Emas Country hatchback dengan tiga pintu lima tempat duduk serta Emas3 dengan tiga pintu 3+1 tempat duduk, untuk pemanduan di bandar.
Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir, berkata kelebihan jualan kereta-kereta terbabit ialah ruang dan keselesaan sambil mengekalkan dimensi kecilnya.
Nak tengok ? Lanun ada gambarnya dibawah :