Showing posts with label tools. Show all posts
Showing posts with label tools. Show all posts

07 September 2010

Tips : "Stats" Fungsi untuk Blogger Kenali Blog Masing2..

10 komen disini yer..
Salam..
Lanun.. ko memang ketinggalan lar.. ha3. Lambat betul update!. Ok2 jangan marah yer chief Lanun. Lanun akan update jugak lar, pedulik la ketinggalam atau tak. Update ikut suka ikut jari ni yang akan taip bila dia rajin. He3. Oh Merapu.

Ok Guys and Girl Lanun akan sharekan sesuatu yang Lanun suka sangat tengok. Apa dia? Lanun suka sangat tengok 3 perkara ni :
  1. Google analytics : Advance tool untuk analisa blog atau laman web korang. ( A-Z )
  2. Nuffnang Analytics : Basic function dan mudah di fahami
  3. Terbaru : "Built In" Stats atau Statistik untuk pengguna Blogger. Oh Yes!!
Korang lihat pelbagai statistik dari banyak segi ( beserta grafik) dengan klik butan STATS selepas log in ke blogger. Secara umum Stats adalah statistik, dari pelawat, pageview, trafik, sumber trafic, keyword hit, artikel popular dan macam macam lagi. 

Lanun sangat sangat recommend korang usyar function ni ok, sebab dari Stats ni lah kita boleh lebih kenal dengan blog kita, lebh tahu apa kemampuan dan kelemahan blog kita. Banyak akan korang dapat belajar. Pastinya ramai blogger otai seperti Usop, Kujie2, Aduka5, Dark Batman, Yanmie dan Cikgu Dahlia pun akan suggest guna fungsi Stats ni.


Petunjuk :
  1. Overview : Secara umum tentang trafik ke blog korang.
  2. Post : Tunjuk nilai Pageview Post dan Pages yang telah di view untuk tempoh masa tertentu.
  3. Traffic Sources : Ada Referring URL, Site, dan Search Keyword untuk blog.
  4. Audience : Tunjuk dari mana visitor datang?, guna explorer apa? OS yang digunakan?
  5. Tempoh masa  yang boleh dipilih ( "Now" adalah keadaan semasa )
Kesimpulan :

Tak kisah lah dengan medium apa yang korang guna untuk tengok statistik ( keyword, trafik, visitor, UV, referral atau sebagainya ) yang penting kenali blog korang. Dari statistik korang boleh analisa :
  • Perangai dan cara visitor bertindak. 
  • Apa yang mereka mahukan? 
  • Apa yang boleh buat mereka setia pada blog kita
  • Selain itu korang boleh juga tahu pembaca setia dan juga sumber trafik korang. 
Apa lagi? Log in dan lihat stats blog masing masing. Ok, selamat menganalisa.

03 September 2010

Tawaran Kursus Jangka Pendek (Short Course) Hujung Minggu & Selepas Waktu Bekerja Bawah Jabatan Tenaga Manusia

0 komen disini yer..
Pemohon adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia untuk mengikuti latihan bagi meningkatkan kemahiran di 27 Institusi Latihan Jabatan Tenaga Manusia ILJTM dalam bidang berikut :

Iklan : Klik Sini

Bidang yang ditawarkan :
  • Mekanikal dan Pengeluaran
  • Sivil dan Bangunan
  • Teknologi Maklumat
  • Elektrik dan elektronik
  • Bukan Logam
  • Percetakan
Kaedah dan tempoh latihan
  • Kursus dilaksanakan secara Modular dan Customised
  • Dilaksanakan selepas waktu Pejabat dan atau hujung minggu
  • Tempoh latihan : bergantung pada kursus.
Berminat? Hubungi ILJTM berhampiran. 

klik untuk tumbesaran IKLAN.