Salam...
Eh eh jap jer kan tak lama kita akan masuk ke dalam bulan Ramadhan yang semua orang tunggukan. Gembira sangat bila tiba bulan ramadhan ni, macam macam nikmat Allah bagi pada semua umat Islam.
Dari sekecil sekecil ibadah yang pahala digandakan, dan pastinya yang besar pahalanya bertambah besar sempena dengan bulan Ramadhan Al Mubarak ni. Sampaikan peniaga pun dapat untung berlipat kali ganda bulan puasa nanti, jualan memang meningkat tambah orang fikir nak hari raya.
Hari ni kita buat sket review berkaitan dengan niat puasa, ingat lagi tak? confirm semua orang ingat kan? kan? Ni kira kita review lah balik k.
Lafaz niat puasa untuk 1 hari
Lafaz niat puasa untuk 1 hari
Lafaz : nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa
Niat : Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.
Lafaz niat puasa untuk Sebulan
Lafaz : nawaitu souma syahri ramadhona hadzihis sanati kullihi lillahi ta'aalaa.
Niat : Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.
Penjelasan niat sebulan menurut Ulamak :
Mengikut mazhab Imam Shafie, niat hendaklah dilakukan pada setiap malam. Para ulama berpendapat kita boleh bertaklid mengikut mazhab Imam Maliki yang mengharuskan niat puasa untuk sebulan Ramadan: Iaitu berniat untuk sebulan Ramadan dengan tujuan jika terlupa niat mana-mana malam di bulan ramadan niat mengikut Imam Maliki itu boleh dipakai. Niat Imam Maliki hendaklah dilakukan pada malam pertama puasa. Namun niat setiap malam hendaklah dilakukan.

Credits to : http://panjangakal.com/ & http://www.chokilala.com/ & http://www.kujie2.com/ & http://zelo55.com/