29 August 2010

Bimbang dengan Isu Yang Bermain sekarang dan Sedikit Amaran Pada Kerajaan Pusat

Salam...
Lanun bimbang dengan perkembangan hari ini dimana isu perkauman dan agama makin di permainkan dan dipanas panaskan sehingga membawa perang mulut dan ketidakselesaan. Tidak kira Melayu Cina India atau bangsa lain diharap tidak bertindak diluar rasionaliti dan bertindak dalam moral yang baik.

Lanun yakin semua orang sayangkan bangsa masing masing, Cina sayangkan bangsanya, India sayangkan bangsanya dan Melayu juga dan juga pada bangsa lain. Kita juga patut menanamkan cinta dan sayang pada negara dan sayangkan keistimewaan negara kita yang memiliki pelbagai etnik. Kita semua lahir di Malaysia bukan? Anak Jati Malaysia?


Perbezaan & Persamaan...
Memang kita banyak perbezaan, tapi kita tetap ada persamaan. Tak kira Islam, Buddha, Hindu atau apa sahaja semua agama menolak persengkataan, menolak kata kata kesat dan perbuatan menghina. Benar bukan? Jadi sebelum bertindak fikirlah. Wahai melayu fikirlah sebelum bertindak, wahai Cina, India sama sama kita berfikir sebelum bertindak. Janganlah emosional.. 

Peringatan pada Kerajaan...
Lanun juga ingin memberi amaran kepada kerajaan pusat bahawa adil lah, berlaku adil lah dalam menghukum pesalah. Lebih lebih lagi yang melibatkan pesalah yang menghina kaum lain. Hina kaum lain yang dimana kita dalam satu keluarga Malaysia. Bila sabit kesalahan hukumlah mereka dengan adil, tak kira Cina Melayu atau India. Jika kerajaan pusat tidak adil, menghukum dengan hukuman yang berbeza mengikut pangkat, maka Lanun yakin akan lebih ramai seperti Namewee akan muncul.

Kami semua cuma inginkan keadilan, bukan keistimewaan yang menindas orang lain.  Kalau kerajaan tidak adil. Maka makin ramai lah yang akan membenci, bangkit, memberontak dan melakukan sesuatu yang tidak bermoral. Tindakan tegas perlu diambil tidak kira siapa mereka. Pada masa sekarang Lanun nampak seperti ada double standard dan itulah yang kaum lain nampak. Perbaiki..

Harapan dan Luahan...
Wahai kaum Cina India Melayu mari kita terus bersatu.. Keadilan itu bukanlah sama rata, perempuan pastinya hadiah anak patung dan anak lelaki hadiah lori mainan. Keadilan itu adalah meletakkan sesuatu betul dan tepat pada tempatnya. Lanun seru semua terus bersatu dan menyayangi Malaysia. Kita satu keluarga, adik beradik jaga hati adik beradik. Jangan biar media massa membakar n melagakan kita. 
Blog Widget by LinkWithin

4 komen disini yer..:

Unknown said...

Salam lanun..nak menyampuk skit ye..

Sebut hal bersatu..teringat sy Bala' Allah iaitu Tsunami yang berlaku di Acheh.. Tahu kenapa Allah turunkan Bala' itu?? kerana masyarakat di sana tidak bersatu. Hasil kajian oleh ustzah sy ke sana. Bila berlakunye Bala' Allah itu, dah apa yg tinggal saki baki manusia dan yg terselamat...mereka kembali bersatu..tidak ada seorang pon wanita yg tidak bertudung, kesusahan yg dilalui anak kecil sgt menginsafkan...isnya-allah kami juga akan dihantar ke sana dlaam tempoh seminggu untuk melihat sendiri...

Masya-allahh..itulah amaran Allah yg sangat besar sekiranya umat manusia tidak bersatu..lagi2 umat Islam..

Sy setuju...kita semua kena bersatu..pemimpin mestilah mantapkan iman...layan rakyat seadilnya..

sy bimbang satu je..jangan sampai Allah turunkan Bala' seumpama berlaku di Acheh..bukan tsunami..mungkin Bala' yang lain...

Allahhu Akbar...sesungguhnya amaran dari Allah maha dahsyat!

Sekian =)

LaNuNsepet said...

Lanun perasan juga yang tu..
Allah janjikan dalam Alquran..
Allah akan gantikan kaum yang ingkar dengan kaum yang lebih taat padaNya..itulah yang terjadi di Acheh..

kalau pergi, semoga selamat perjalanan yer :-) pergi n balik.

tq 4 komen farha.

mizzura said...

farha...good comment... nanti dah pergi acheh buat lah review sikit yer..kita ni selagi tak susah selagi tu tak mahu bersatu..jgn nanti ada org jajah malaysia semula..time tu baru nak bersatu..

steroid profiles said...

Ah,so beautiful and wonderful post!An opportunity to read a fantastic and imaginary blogs.
It gives me lots of pleasure and interest.Thanks for sharing.