Showing posts with label serangan. Show all posts
Showing posts with label serangan. Show all posts

24 October 2010

Video 12 Bas Ekspress Terbakar di Kelantan

3 komen disini yer..
KOTA BAHRU: Dua belas bas Ekspres Budaya musnah dalam kebakaran di depoh simpanan bas itu di Kampung Panji, Pengkalan Chepa di sini, tengah malam tadi.

Pegawai Operasi syarikat bas ekspres itu, Kamaruzaman Abdullah berkata, kerugian akibat kebakaran itu dianggarkan bernilai RM6 juta.

"Kebakaran semua bas yang diletakkan berhampiran dan tersusun antara satu sama itu disedari oleh pengawal keselamatan pada kira-kira pukul 12 tengah malam," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata bas ekspres itu baru sahaja diletakkan di situ selepas selesai menurunkan penumpang dari beberapa destinasi.

Korang dah tengok video kebakaran 12 Bas Ekspress Budaya nih? Kalau nak tengok boleh klik link ini yer di Blog Cikgu Dahlia. Lanun pun tengok kat sini . [Video 12 Bas terbakar di Kelantan] KLIK SINI

Tajaan video : Cikgu Dahlia dan Matdin27

29 August 2010

Bimbang dengan Isu Yang Bermain sekarang dan Sedikit Amaran Pada Kerajaan Pusat

4 komen disini yer..
Salam...
Lanun bimbang dengan perkembangan hari ini dimana isu perkauman dan agama makin di permainkan dan dipanas panaskan sehingga membawa perang mulut dan ketidakselesaan. Tidak kira Melayu Cina India atau bangsa lain diharap tidak bertindak diluar rasionaliti dan bertindak dalam moral yang baik.

Lanun yakin semua orang sayangkan bangsa masing masing, Cina sayangkan bangsanya, India sayangkan bangsanya dan Melayu juga dan juga pada bangsa lain. Kita juga patut menanamkan cinta dan sayang pada negara dan sayangkan keistimewaan negara kita yang memiliki pelbagai etnik. Kita semua lahir di Malaysia bukan? Anak Jati Malaysia?


Perbezaan & Persamaan...
Memang kita banyak perbezaan, tapi kita tetap ada persamaan. Tak kira Islam, Buddha, Hindu atau apa sahaja semua agama menolak persengkataan, menolak kata kata kesat dan perbuatan menghina. Benar bukan? Jadi sebelum bertindak fikirlah. Wahai melayu fikirlah sebelum bertindak, wahai Cina, India sama sama kita berfikir sebelum bertindak. Janganlah emosional.. 

Peringatan pada Kerajaan...
Lanun juga ingin memberi amaran kepada kerajaan pusat bahawa adil lah, berlaku adil lah dalam menghukum pesalah. Lebih lebih lagi yang melibatkan pesalah yang menghina kaum lain. Hina kaum lain yang dimana kita dalam satu keluarga Malaysia. Bila sabit kesalahan hukumlah mereka dengan adil, tak kira Cina Melayu atau India. Jika kerajaan pusat tidak adil, menghukum dengan hukuman yang berbeza mengikut pangkat, maka Lanun yakin akan lebih ramai seperti Namewee akan muncul.

Kami semua cuma inginkan keadilan, bukan keistimewaan yang menindas orang lain.  Kalau kerajaan tidak adil. Maka makin ramai lah yang akan membenci, bangkit, memberontak dan melakukan sesuatu yang tidak bermoral. Tindakan tegas perlu diambil tidak kira siapa mereka. Pada masa sekarang Lanun nampak seperti ada double standard dan itulah yang kaum lain nampak. Perbaiki..

Harapan dan Luahan...
Wahai kaum Cina India Melayu mari kita terus bersatu.. Keadilan itu bukanlah sama rata, perempuan pastinya hadiah anak patung dan anak lelaki hadiah lori mainan. Keadilan itu adalah meletakkan sesuatu betul dan tepat pada tempatnya. Lanun seru semua terus bersatu dan menyayangi Malaysia. Kita satu keluarga, adik beradik jaga hati adik beradik. Jangan biar media massa membakar n melagakan kita. 

14 August 2010

Video Ribut Puting Beliung Bazar Ramadhan Jasin Terbangkan Kanopi Kedai.

7 komen disini yer..


Salam.. video ni Lanun baru jumpa, video ni jelas menunjukkan keadaan ribut yang melanda bazar ramadhan Jasin Melaka. Jelas nampak angin kuat mengangkat khemah , kemudian khemah kanopi tu berpusing kat udara dan diterbangkan sehingga ke seberang Jalan, peristiwa 20 saat ni telah menyebabkan 3 orang maut dan 18 lagi cedera.

Korang leh saksikan rakaman video ni kat atas, yang dimana masa tu hari tak hujan lagi cuma langit gelap beserta angin. Penghargaan kepada uploader dan perakam video asal. Mari kita doakan roh mangsa yang terkorban dicucuri rahmat. Semoga yang terlibat tabah yer.

p/s : inilah takdir..