28 August 2010

Lagenda Bola Sepak Isa Bakar Meninggal Dunia.. Penyerang Pasukan Malaysia 70an

GEORGETOWN: Bekas lagenda bola sepak negara, Isa Bakar meninggal dunia di Hospital Pulau Pinang, jam 10.15 pagi tadi. Allahyarham berusia 58 tahun. Beliau dilaporkan dimasukkan ke hospital selepas mengalami batuk berdarah, semalam. Isa yang bermain di posisi penyerang pernah berganding dengan Allahyarham Datuk Mokhtar Dahari untuk pasukan kebangsaan sekitar 1970-an.. Alfatihah... 


Sedikit Biodata Isa Bakar :
  • Nama penuh Isa Bakar 58 tahun
  • Allahyarham meninggalkan isteri, Mazlina Md Ismail,
  • Mempunyai 3 anak perempuan Nur Kamalia, 19, Nur Liyana 21, Nur Aishah
  • dan Seorang anak lelaki Muhd Firdhaus, 16.
Pencapaian Allahyarham :
  • Isa mula menggilap bakatnya pada peringkat kelab dengan mewakili Malayawata, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang dan seterusnya Telekom Utara.
  • Dalam persada bola sepak Malaysia, beliau sentiasa menjulang nama Pulau Pinang bersama abangnya Ali Bakar dan pernah membantu pasukan negeri itu menjulang Piala Malaysia pada 1974.
  • Membantu pasukan negara memenangi pingat emas pada Sukan SEA Kuala Lumpur 1977 dengan membelasah Burma ketika itu 8-1.
  • Isa selaku penyerang berbisa membantu pasukan kebangsaan memenangi pingat gangsa dalam acara bola sepak di Sukan Asia Tehran 1974.
  • Pernah berganding dengan seorang lagi legenda iaitu Allahyarham Mokhtar Dahari sekitar tahun 70-an.
ERA KEGEMILANGAN... Allahyarham, Isa Bakar (kiri) tersenyum gembira apabila rakan sepasukannya, Mokhtar Dahari berjaya menjaringkan gol ketika menentang Thailand, pada perlawanan peringkat kumpulan, kejohanan Piala Dunia. Malaysia menang 6-4.

p/s : Lanun bangga Malaysia ada pemain seperti ni dulu, yang digeruni pihak lawan.. bagaimana sekarang?? Semoga rohnya di cucuri rahmat Allah SWT Aminn..

sumber : Malaysiakini, Mstar.com.my, dan bharian.com.my
Blog Widget by LinkWithin

3 komen disini yer..:

ProfHariz said...

Amin Ya Allah...

Unknown said...

Al-Fatihah..moga beliau ditempatkan dlm kalangan orang yang beriman..amin

enantat 250 said...

I think this is an informative post and it is very useful and knowledgeable.
I really enjoyed reading this post. big fan, thank you!