Showing posts with label video pengetua hina. Show all posts
Showing posts with label video pengetua hina. Show all posts

28 August 2010

Pengetua Racist "Rasis" Ditukar Ke Sekolah Lain.. Sebab "Halau" Bangsa Cina...

4 komen disini yer..

Salam...
Pasti semua orang tahu pasal isu ni kan? Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Selambau (SMKBS) yang melafazkan ayat menyentuh sensitiviti perkauman yang telah menggores hati kaum Cina di Malaysia. Pengetua ni telah dijatuhkan hukuman ditukar ke sekolah lain. Wajarkah hukuman ini?

Pengetua berkenaan didakwa mengeluarkan kata-kata "balik ke China" kepada pelajar bukan Islam sekolah berkenaan dalam majlis perhimpunan pagi, baru-baru ini kerana menegur mereka yang tidak menghormati pelajar Islam yang berpuasa. Malaysiakini

Lanun sebagai rakyat Malaysia menghormati setiap bangsa di Malaysia, kita adalah bangsa yang lahir di Malaysia dan ia adalah tanah tumpah darah bagi kita tak kira kaum India, Cina, Melayu dan sebagainya. Sayangi keistimewaan kita, cari titik persamaan bukan perbezaan.

Disini Lanun ingin tegaskan beberapa perkara dalam isu pengetua ni :
  1. Setiap bangsa adalah normal untuk memperjuangkan bangsanya sendiri.
  2. Dalam konteks Malaysia, kita adalah 1 keluarga Cina India Melayu dsbgnya jadi jaga antara 1 sama lain.
  3. Kita juga jangan apa yang pelajar tu buat sampai pengetua tu marah? hormatilah orang berpuasa.
  4. Kaum Cina India Melayu kena hormati antara 1 sama lain.
  5. Jauhi dengki mendengki dan bersamngka buruk lebih lebih sebagai pendidik.
  6. Lanun harap pengetua tu tidak lagi ulangi kesilapan.
  7. Pada pendapat Lanun better Pengetua ni di denda khidmat masyarakat, sekiranya beliau bersalah setelah disiasat.