Showing posts with label jualan murah. Show all posts
Showing posts with label jualan murah. Show all posts

22 August 2010

Kes "Wajib" Berlaku Bila Hampir Hari Raya...

4 komen disini yer..
Salam..
Yeay yeay nak raya nak raya... haaa ni nak raya ni mesti ade je kiter dengar kes kes pasal benda ni, apa lagi kalau bukan mercun. Kita dulu memang hari raya sinonim dengan mercun ni, bila dah bulan puasa mesti ramai yang jual mercun, bunga api yang macam macam jenis dan macam macam tahap letupan lak tu. tak kurang jugak yang berbahaya sampai boleh bawak cedera parah n mautt...

Tapi sekarang ni dah kurang kan, sejak diharamkan bertahun tahun lalu. Walaupun rasa macam keseronokan tu ditarik, tapi nak buat macam mana demi keselamatan. Kalau tak dulu masa kecik kecik rabun mata kelabu mata tengok macam macam jenis sampai tak tahu nak pilih, mercun gasing, mercun katak, ketupat, mercun bola, airbom, siap macam macam eksperimen lanun buat dengan mercun tu ha3.

Ada tak lagi sapa sapa yang jual mercun dalam katalog? Lanun nak beli he3... Lanun search search juga kat internet kot kot ada yang jual online tapi tak ada... ( tadi bunyi macam insaf ni nak beli pulak.. ) Moral, main yang biasa biasa tak bahaya punya k.

Terbaru di bulan Ramadhan 2010 ni di berita harian :
  1. Pelajar tahun dua cedera kena mercun
  2. Kanak-kanak maut dua lelaki parah rumah gudang mercun meletup
Bawah ni video rakaman di hospital seorang remaja Mohd Loqman yang dulu menggemparkan bila jarinya hancur bahana mercun bola, Kes ni masa 2009 di Alor setar kedah.


kes ni jadi masa tahun 2009 kalau tak silap, mercun bola punya hal.

19 June 2010

Jadual Event PC Fair 2010 2nd time Julai - Ogos

8 komen disini yer..
NAK SURVEY PC HUJUNG TAHUN NI? PC EXPO OKTOBER -DISEMBER 2010 



Salam..
Lanun nak bagitahu bermula bulan Julai 2010 ini sehinggah penghujung Ogos akan berlansung Pikom PC Fair 2nd event yakni yang kedua untuk tahun 2010. PC Fair seperti yang semua orang tahu adalah pameran IT dan gadget terbesar di Malaysia terutamanya Computer dan notebook. Siapa tak pernah pergi? jom bersesak sesak ke sana!.

Ok, ni lah tempatnya kalau nak cari produk baru, hardware, software dan gadget terbaru dengan harga yang berpatutan. Pikom akan buat roadshow ke setiap negeri tertentu di lokasi tertentu mengikut jadual masa dan tempat dibawah. Jangan lepaskan peluang ni, untuk yang nak survey notebook or PC tu tunggu PC fair datang ke tempat anda k, harga memang istimewa.

p/s : harga isitimewa ke? Tak pun g lowyat jar, ade orang kata sama jar ngan PC fair.
Nak tahu lagi pasal event lain bawah PIKOM? klik sini...[website pikom CMS]