Showing posts with label tambah pengunjung blog. Show all posts
Showing posts with label tambah pengunjung blog. Show all posts

05 August 2010

Tips Blogger : Kepentingan Keyword Dalam Blogging Dan Trafik

16 komen disini yer..
Salam...
Baru baru ni ada seorang pengomen Lanunsepet tanya macam mana dengan keyword ni.

Jadi Lanun nak share bagaimana pentingnya penggunaan keyword dalam menulis post blog kita. Seperti yang kita paham dari ayat tu keyword adalah kunci. Kunci pada trafik, trafik dari laman web search engine seperti google, yahoo dan bing. Semua enjin carian ni akan hantar "spider" yang akan "crawl" dalam senarai berjuta juta blog dan laman web dalam dunia internet yang mengandungi keyword yang di taip.Keyword adalah elemen paling penting dalam SEO? nak tahu apa itu SEO? klik sini. 

Setiap kali kita update blog, google akan hantar spider ni untuk buat indeks, susun post post, blog blog terbaru mengikut jenis, kategori, dan sebagainya. Google ada satu software algoritma yang akan analisa setiap perkataan atau katakunci (keyword) didalam post dan blog kita. 

Jadi blog yang ada keyword yang dicari itu akan disenaraikan kat search result. Blog / laman web yang paling menepati dengan keyword tu akan tersenarai di page pertama, kedua, ketiga disusun ikut ketetapan keyword dengan blog atau laman web tu sendiri.

Apa yang Search engine tengok first??

1. URL blog atau URL post kita keyword paling berkuasa.
Kalau nama URL blog kita sesuai dengan keyword yang dicari maka blog atau laman web tu akan tersenarai kat page pertama dan result pertama. Contoh : gambar bawah ni tunjuk kan yang URL blog post Lanun hanya ada Inotek, tapi tidak ada Utem. Yang blog 1st skali tu ada Inotek dan Utem dalam URL dia, jadi google anggap itu adalah result paling tepat.



2. Title post / tajuk post artikel kita penentu penting.
Contohnya : Macam gambar kat atas jugak, sekiranya dalam tajuk itu ada perkataan yang dicari itu akan jadi rujukan google untuk bagi hasil carian. Ia akan anggap itulah yang paling tepat dan letak di first page. Tak kisah sekiranya perkataan tu terpisah dengan perkataan lain yang penting keyword yang dicari ada dalam tajuk post tersebut.



3. Setiap perkataan dalam post kunci trafik.
Ayat ayat yang ditaip jugak jadi penentu untuk tersenarai di Google search engine, sekiranya perkataan yang orang cari tu ada dalam ayat ayat post kita maka google akan amik sebagai result search. Walaupun perkataan tu terpisah atau jauh ia tetap akan di ambil kira. Jadi setiap apa yang anda taip itulah penentu trafik ke blog anda.

4. Label / Tag membantu sebagai keyword naikkan trafik
Dalam blogger ada satu fungsi dibawah post editor, iaitu dikenali sebagai Label. Label ini selalunya blogger guna untuk buat kategori setiap post post yang ada dalam blog dieorang. Post pasal nuffnang, post pasal cinta, post peribadi ramai yang gunakan sebagai penyusun semua post dieorang. 

Tapi tahukah korang ruang Label ni berfungsi sebagai Tag? SEO tools? boleh bantu naik kan trafik. Ya, memang boleh. Lanun nasihatkan dalam ruang Label ni "goreng" lah apa apa perkataan, keyword yang hangat dan popular, yang berkaitan dengan post yang korang taip tu sebab Google jugak pandang benda tu. Setiap inci perkataan dalam blog korang adalah bernilai!

Letak keyword, atau perkataan yang orang banyak search di ruang label sebagai sokongan pada post kita. Ruang label ini akan bantu kukuh kan dan push blog kita ke first page result. Jadi jangan bazirkan n jang an kosongkan ruang label tu. Tai ingat biarlah berkaitan dengan post yang anda taip tu. Next time mungkin akan bincang lebih lanjut pasal Label ni.



Kesimpulan
Ok thats all kot untuk hari ini, harap ini akan bagi idea dan maklumat pada semua betapa penting merancang sebelum menulis post di blog. Setiap elemen dari Tajuk, URL, isi dan sebagainya semuanyapenting untuk mengejar first page result ni. Banyak lagi tips Tips ini hanya untuk yang mengejar trafik tinggi, sekaligus naik kan pagerank, naikkan alexa ranking dan earning pun akan naik. Sekian.

21 June 2010

Analisa : Trafik dan 10 Keyword Paling Popular Minggu Ini

17 komen disini yer..
Salam..
Lanun terpaksa update awal mengenai analisa trafik, pelawat, dan keyword terhangat minggu lepas hingga ke hari ini. Bukan apa, besok Lanun takut tak sempat sebab ada test besok. Lanun harap semua doakan urusan Lanun dan kita semua besok hari dipermudahkan Allah SWT.

Analisa trafik menurun
Untuk analisa minggu lepas, Lanun punya UV nampaknya menurun sedikit. Sebelum ni Lanun dapat trafik banyak daripada jadual worldcup waktu malaysia malangnya bilangan search dari keyword tersebut makin kurang dari hari ke hari. Hari ini hanya dalam 5,6 sahaja search jadual tu. Memang logik la kan memang akan berkurang search pasal tu.


Keyword popular
Keyword yang lain biasa biasa saja, cuma sekarang Lanun nampak makin ramai yang update pasal drama dan sinetron terbaru kat TV3. Antaranya Alisa, benci bilang cinta, dan ilusi. Ada yang sediakan link untuk download drama, download OST, dan tak kurang jugak yang buat review pasal drama drama baru ni. Lanun pulak setia dengan Arjuna ha3. Trafik dari drama dan sinetron ni banyak tau. Yang dapat trafik begini adalah hasil dari aplikasi tips tips SEO. Apa itu SEO?

Trafik Malaysia dari Drama TV
Lanun sebenarnya taknak update pasal drama drama melayu ni (arjuna lain, special kes ha3). Tapi untuk pengetahuan korang, dari drama drama ni lah trafik datang dan jadi rahsia kebanyakan blog blogger baru yang meningkat naik. Memang di Malaysia ni trafik cukup banyak datang dari hiburan TV. Apa yang orang nampak kat TV orang akan cari di internet contohnya lagu tema OST, biodata pelakon, sinopsis dan link download.

bilangan search di bawah 16 tidak ditunjuk.. walaupun 1 ia tetap bermakna.. bilangan sebelah kanan jadual menunjukkan berapa kali orang search keyword tu di internet, dan mereka klik artikel tu di blog kita,

p/s : Nampaknya kena cari isu baru yang popular dan sedang di gilai ramai, apa agaknya yer? 

16 June 2010

Host Dan Share File Anda Sendiri Secara Percuma dan Mudah

7 komen disini yer..
Salam...
Antara yang pengguna web suka buat selain dari ber facebook, adalah men download. Download torrent, download video, movie, lagu, software dan macam macam lagi. Setiap file yang kita download tu di host kan di satu website sama ada server website tu sendiri atau kat website host lain. 

Lanun hari ini nak share kan satu website yang korang boleh host dan share kan file korang dengan mudah dan percuma. Nak ceritakan semua memang ada banyak website boleh kita hostkan file kita. Tapi Lanun nak nak ajak kita ramai ramai guna yang website file hosting yang percuma dan mudah iaitu Mediafire. Pernah dengar?


Siapa yang biasa download movie kat theamh.com, kraetiv.net, dan kalau korang perasan kat Lanunsepet ni pun kalau Lanun sediakan file untuk di download Lanun akan guna Mediafire sebagai host file tu.

Pengunjung akan suka blog korang ada mediafire? sebab apa?
Blog atau website yang sediakan sesuatu untuk di download merupakan salah satu cara nak tarik pengunjung jugak. Visitor taknak lompat lompat ke website lain untuk dapatkan fail, jadi kita lengkapkan post dengan sediakan link untuk download. Contohnya bila kita cerita pasal lagu / video terbaru, kalau kita sediakan sekali dengan URL untuk di download, pastinya pengunjung suka kan? Ya. Pengunjung mesti suka and datang lagi InsyaAllah. (jangan sediakan download benda tak baik k!!) 

Kelebihan Mediafire :
1. Sign Up n Sign In yang mudah 
2. Free / percuma (ni la yang semua org suka kan?)
3. Lepas register korang dapat unlimited storage (skali upload up to 100MB per file)
4. Walaupun guna akaun percuma still boleh download laju (bergantung pada speed)
5. Boleh download / upload tanpa had (tak mcm megaupload dan rapidshare)
6. Mudah nak upload file.
7. Boleh manage file yang di upload (delete, move, buat folder, tgk statistik)
8. Mudah nak linkkan ke blog kita ( dia bagi URL link untuk file di upload)
9. Mediapro account ( yang ni untuk yang akaun berbayar lagi banyak la fungsi leh dapat)
10. Mediafire ni pun mesra pengguna tak banyak iklan, semua user dapat speed laju.

Jom tengok apa yang Lanun ada dalam akaun Mediafire Lanunsepet, kot kot ada yang korang berminat :