Showing posts with label isu popular sekarang. Show all posts
Showing posts with label isu popular sekarang. Show all posts

21 June 2010

Analisa : Trafik dan 10 Keyword Paling Popular Minggu Ini

17 komen disini yer..
Salam..
Lanun terpaksa update awal mengenai analisa trafik, pelawat, dan keyword terhangat minggu lepas hingga ke hari ini. Bukan apa, besok Lanun takut tak sempat sebab ada test besok. Lanun harap semua doakan urusan Lanun dan kita semua besok hari dipermudahkan Allah SWT.

Analisa trafik menurun
Untuk analisa minggu lepas, Lanun punya UV nampaknya menurun sedikit. Sebelum ni Lanun dapat trafik banyak daripada jadual worldcup waktu malaysia malangnya bilangan search dari keyword tersebut makin kurang dari hari ke hari. Hari ini hanya dalam 5,6 sahaja search jadual tu. Memang logik la kan memang akan berkurang search pasal tu.


Keyword popular
Keyword yang lain biasa biasa saja, cuma sekarang Lanun nampak makin ramai yang update pasal drama dan sinetron terbaru kat TV3. Antaranya Alisa, benci bilang cinta, dan ilusi. Ada yang sediakan link untuk download drama, download OST, dan tak kurang jugak yang buat review pasal drama drama baru ni. Lanun pulak setia dengan Arjuna ha3. Trafik dari drama dan sinetron ni banyak tau. Yang dapat trafik begini adalah hasil dari aplikasi tips tips SEO. Apa itu SEO?

Trafik Malaysia dari Drama TV
Lanun sebenarnya taknak update pasal drama drama melayu ni (arjuna lain, special kes ha3). Tapi untuk pengetahuan korang, dari drama drama ni lah trafik datang dan jadi rahsia kebanyakan blog blogger baru yang meningkat naik. Memang di Malaysia ni trafik cukup banyak datang dari hiburan TV. Apa yang orang nampak kat TV orang akan cari di internet contohnya lagu tema OST, biodata pelakon, sinopsis dan link download.

bilangan search di bawah 16 tidak ditunjuk.. walaupun 1 ia tetap bermakna.. bilangan sebelah kanan jadual menunjukkan berapa kali orang search keyword tu di internet, dan mereka klik artikel tu di blog kita,

p/s : Nampaknya kena cari isu baru yang popular dan sedang di gilai ramai, apa agaknya yer?