Lanun kongsikan bacaan zikir Almathurat sughra / pendek / ringkas yang cukup terkenal dan diketahui umum banyak khasiatnya. Zikir zikir di dalam nya adalah zikir zikir yang di sokong oleh hadis yang sohih jadi kita boleh mengamalknannya tanpa ragu ragu. Lanun mengajak marilah kita sama sama mengamalkan almaksurat ini.
Semoga kita beroleh kebaikan dari zikir ini., InsyaAllah... Wallahua'lam...
Lanun di sini ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidil adha. Semoga dengan keberkatan zulhijjah ini Allah menambahkan rahmat ke atas kita semua. Lanun kali ini beraya di Borneo nampaknya. Kerinduan pada isteri dan keluarga di kedah dan Perak sangat sangat tinggi tapi tak dapat nak balik kampung.
Dibawah ini Lanun kongsikan takbir raya yang dibacakan oleh Allahyarham Ustaz Asri Rabbani. Lanun sertakan juga maksud bacaan takbir raya sekali untuk renungan kita. Lanun doakan zaujah tercinta sentiasa di rahmati Allah dan begitu juga mak ayah kedah n perak serta semua adik beradik, sanak saudara, sahabat sahabat dan seluruh umat Islam. Selamat Hari Raya Maaf zahir dan Batin.
“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar,
Tidak ada tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar,
Allah Masa Besar dan bagi Allah segala puji-pujian.”
“Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar, Allah Maha Besar sebesar-besarnya, Alhamdulillah (segala puji bagi Allah) sebanyak-banyaknya, Maha Suci Allah pagi dan petang.” “Tiada tuhan melainkan Allah, kami tidak menyembah kecuali kepada-Nya, dengan ikhlas untuk agama (Islam), walaupun dibenci oleh golongan kafir.”
“Tiada tuhan melainkan Allah yang Esa yang benar janji-Nya, yang menolong hamba-Nya, yang memuliakan tentera-tentera-Nya (tentera Muslimin) dengan mengalahkan tentera Ahzab dengan keesaan-Nya.”
“Tiada tuhan melainkan Allah yang Maha Besar, Allah yang Maha Besar dan milik Allah-lah segala puji-pujian.”
Hari ini akan diumumkan keputusan UPSR 2010, Lanun ingin mengucapkan tahniah kepada semua para pelajar yang dah berjaya lepasi ujian kecil ini. Pasni adik adik semua akan hadapi ujian yang lebih besar dan mencabar sehinggalah akahir hayat. Hidup ni juga adalah satu cabaran dan ujian sebenarnya.
Harap semua bergembira dengan result masing masing dan pada yang kurang berjaya jangan risau ini bimbang, adik adik semua boleh baiki nya bila masuk ke tingkatan 1 dengan belajar lebih tekun. Kejayaan bukan di ukur dengan peperiksaan tetapi USAHA.
Dan selamat bercuti, semoga jadi remaja yang berjaya InsyaAllah.. kita dengar lagu ni k.
Mungkin agak lewat untuk putarkan lagu ni.. tapi tadi petang Lanun punya winamp memutarkan lagu ni , lagu Salam Aidilfitri yang dinyanyikan oleh Allahyarham Ustaz Asri Rabbani.. Memang sayu... Mari kita doakan rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para solihin dan tabiin..aaminn...
Pada keluarga Ustaz Asri, Lanun ucapkan selamat hari raya..tabahkan hati.. dan teruskan kehidupan tanpa putus asa, Allah sayangkan orang yang sabar. Pada anak anak ustaz Asri, jadilah anak yang baik dan soleh. Alfatihah untuk Ustaz..
Pada yang tak pernah dengar sila dengar kemerduan suara Ustaz asri dalam lagu dibawah.. Subhanallah....sayu..