Showing posts with label kritik. Show all posts
Showing posts with label kritik. Show all posts

15 April 2011

Ustazah Pilihan, Program Realiti Terbaru Astro ?

11 komen disini yer..


TERBARU : SAH!! Ditayangkan Oktober.. Perasmian Rancangan Ustazah Pilihan terbitan Astro Oasis KLIK SINI



Salam...
Ustazah Pilihan? adakah satu lagi rancangan realiti televisyen islamik terbaru keluaran Astro?  Imam Muda, kini..Ustazah Pilihan? Ya, mungkin. Ini berdasarkan apa yang Lanun terbaca satu wall status di Facebook Imam Muda mengenai siri pencarian realiti 'Ustazah Pilihan'. 


Jadi kali ini akan menampilkan ustazah ustazah pula sebagai peserta dan mungkin di uji seperti format rancangan Imam Muda pertama dan kini dalam sedang musim kedua. Untuk Siri Usatazah Pilihan ini program kendaliannya dan penglibatannya hampir 95 peratus dari wanita untuk wanita. Program realiti keagamaan ini dikatakan dibuat dengan kerjasama JAWI dan Bank Islam.

Adakah "Astro : Ustazah Pilihan" ini akan berjaya? Apa pendapat anda? 

Respon (peribadi) Lanun mengenai Ustazah Pilihan :
  1. Ada baik dan Ada Buruknya.. 
  2. Rancangan sebegini baik pada pandangan Lanun sekiranya ia dibuat dengan acuan Islam.
  3. Ia nya hendaklah tidak terlalu menekankan pertandingan siapa hebat dan siapa tidak hebat.
  4. Adakah kecantikan jadi keutamaan? Jangan jadikan kecantikan ustazah ustazah kita sebagai eksploitasi oleh Astro.
  5. Mohon sangat jangan la pandai pandai nak tukar gaya peserta sehingga mereka jadi mangsa fesyen yang akhirnya bawak dosa!!. Lebih lebih stail tudung !.
  6. Lanun setuju sekiranya ia menampilkan imej Sebenar seorang Muslimah mengikut Syarak.
  7. Lanun harap ia akan memberi mesej yang sebenar tentang aurat, akhlak, dan gaya hidup Islam yang menepati syarak supaya wanita muslim di Malaysia dapat mencontohinya.
  8. Semoga ia dapat lahirkan ulamak dari kalangan muslimah yang dapat menjalankan amar makruf nahi mungkar di Malaysia.
  9. Harap ia boleh jadi idola gadis gadis dari dok melayan AF, Mentor, OIAM, Malaysian Idol, dan lain lain yang lansung tidak mempunyai kebaikan pada Muslim di Malaysia.

11 November 2010

Pelancaran Proton Inspira 10 Nov 2010 - Gambar Penuh dan Maklumat Lengkap

7 komen disini yer..

Salam...
Hari ini PaulTan.org telah pun update mengenai pelancaran Model terbaru proton, iaitu Proton Inspira. Dulu dulu sebelum dapat nama ni ada yang panggil Waja Lancer, Waja Evo, dan ada juga panggil WaLan ha3, macam macam kan.

Untuk yang ingin melihat gambar gambar penuh dari pelbagai sisi Proton Inspira boleh lah rujuk pada link almbum laman web Paultan di bawah. Terdapat juga video rakaman semasa majlis pelancaran tersebut di laman web beliau. Jadi jangan lepaskan peluang untuk lihat rekabentuknya yang hampir sebijik sama dengan Mitsubishi Lancer dan baca tentang spesifikasi nya juga.

Gambar dari Album Web Paultan, Jom usyar :
  • Album Majlis Pelancaran Inspira Lancer Waja 10 Nov 2010 : [ KLIK SINI ]
  • Album Inspira-Product-Exterior 10 Nov 2010 (luar kereta): [ KLIK SINI ]
  • Album nspira-Product-Interior 10 Nov 2010 (aksesori dalam) : [ KLIK SINI ]
  • Spesifikasi dan Gambar Penuh Majlis Pelancaran : [ KLIK SINI ]

Video Credits to Paultan.org the best 
automotive website in Malaysia , jangan lupa klik link album atas tu k.