Showing posts with label gaya rambut. Show all posts
Showing posts with label gaya rambut. Show all posts

08 June 2011

Sahabat.. Mari Tutup Aurat..

3 komen disini yer..
Buat renungan lelaki muslim ni adalah pemain bola sepak Iran 
yang dihalau kerana berjilbab.. klik sini

Salam..
Lanun seru kepada semua lelaki lelaki muslim  supaya menutup aurat kalian, tak kira lah masa jalan jalan, bersukan, beriadah dan santai di pantai sekalipun. Aurat lelaki sangat lah mudah, dan tak perlulah Lanun nak ingatkan.

Lanun teringat Lanun tegur kawan Lanun yang memakai seluar 3 SUKU @ 3/4...

Dia kata : Aku takpe tengok ni tutup lutut..
Lanun : Memang lah masa berdiri tutup, tapi macam mana masa duduk? masa atas moto? masa angkat kaki? (rugi la kamu..kita tutup ni kita dapat pahala tau..)


Ada perintah kelas kedua?
Lanun ada ramai kawan yang main bola, tapi pakai seluar panjang, Takda masalah! ada kawan yang pakai seluar pendek masa main bola tapi pakai "thight" Takda masalah!. Jangan jadikan alasan "tidak selesa" untuk kita tak tutup aurat. Tuntutan tutup aurat adalah sama wajib seperti Solat 5 waktu dan berpuasa di Bulan Ramadhan dan ianya "valid" sepanjang kita hidup.

Jangan tunggu kain kafan yang tutup aurat kita bila dah mati, Tutup Aurat Anda Sekarang. :-)

21 November 2010

Filem 2 Alam Dr Rozmey dan Hitler

1 komen disini yer..
Salam..
Tadi Lanun buka facebook dan terjumpa satu video ni dari Fanpage Syahirul.com. Video ni memaparkan Hitler dengan kali ini kisah bertajuk Filem 2 Alam yang di target oleh DRR Dr Rozmey Jusmate5 dengan RM40 juta pecah hancur panggung. Tapi dengar dengar khabar filem tu tak laku seperti target oleh Dr yang terkenal dengan gaya rambut nya ni.


Cara amik video dari facebook letak dalam post? [klik sini]

Sekarang di Facebook dah ada Fanpage untuk anti Dr Rozmey pulak Hmm..macam macam. : FanPage Kami-tak-suka-Dr-Rozmey-yang-angkuh ( betulkah dia ni angkuh? ) Papepun produk beliau memang terkenal, kawan kawan Lanun pun ada yang amalkan.

Kalau search di Facebook rupa rupanya ada lagi macam macam page berkaitan Dr Rozmey. aduhaii...