Showing posts with label tips for aurat. Show all posts
Showing posts with label tips for aurat. Show all posts

08 June 2011

Sahabat.. Mari Tutup Aurat..

3 komen disini yer..
Buat renungan lelaki muslim ni adalah pemain bola sepak Iran 
yang dihalau kerana berjilbab.. klik sini

Salam..
Lanun seru kepada semua lelaki lelaki muslim  supaya menutup aurat kalian, tak kira lah masa jalan jalan, bersukan, beriadah dan santai di pantai sekalipun. Aurat lelaki sangat lah mudah, dan tak perlulah Lanun nak ingatkan.

Lanun teringat Lanun tegur kawan Lanun yang memakai seluar 3 SUKU @ 3/4...

Dia kata : Aku takpe tengok ni tutup lutut..
Lanun : Memang lah masa berdiri tutup, tapi macam mana masa duduk? masa atas moto? masa angkat kaki? (rugi la kamu..kita tutup ni kita dapat pahala tau..)


Ada perintah kelas kedua?
Lanun ada ramai kawan yang main bola, tapi pakai seluar panjang, Takda masalah! ada kawan yang pakai seluar pendek masa main bola tapi pakai "thight" Takda masalah!. Jangan jadikan alasan "tidak selesa" untuk kita tak tutup aurat. Tuntutan tutup aurat adalah sama wajib seperti Solat 5 waktu dan berpuasa di Bulan Ramadhan dan ianya "valid" sepanjang kita hidup.

Jangan tunggu kain kafan yang tutup aurat kita bila dah mati, Tutup Aurat Anda Sekarang. :-)

22 January 2010

Cara Awak Tutup Aurat Tu Salah.... :-)

19 komen disini yer..
Salam..
Terdetik di hati Lanun untuk menyampaikan sedikit pesanan atau peringatan bagi kaum hawa yang bergelar muslimah berkenaan dengan aurat ni. Lanun cuba cari isi yang lengkap berkaitan masalah aurat ni, dan  alhamdulillah, Lanun dapat banyak info dr satu forum Portal Komuniti Muslimah Hanan,  Penulis ini telah merujuk pada website Ustaz Zaharuddin.

Antara penjelasan yang diberikan oleh ustaz, penulis paparkan di bawah. Sama-sama lah kita renungkan dan ambil iktibar serta perbaiki amalan diri kita.