Showing posts with label aurat perempuan. Show all posts
Showing posts with label aurat perempuan. Show all posts

30 September 2011

Cara Jaga Aurat Perempuan

1 komen disini yer..
Salam..
Lanun amik gambar ni dari Facebook Ustaz Zamri TV9. Lanun tuliskan apa yang diapaprkan didalam gambar yer :) Moga ada kebaikan buat kita bersama. Terutama pada Ayah ayah dan suami suami di luar sana.

Cara menjaga aurat :
  • Labuhkan baju
  • Labuhkan tudung
  • Longgarkan baju
  • Longgarkan seluar
  • Labuhkan tangan baju
  • Longgarkan kain
  • Pakai sarung kaki/stokin
Menjaga Aurat:
  • Tanda taat kepada Allah
  • Dilindungi Allah
  • Mendapat pahala
  • bermaruah Tinggi
  • Tampil Yakin
  • Tampil Menarik
  • Dihormati
Klik untuk lebih besar.

08 June 2011

Sahabat.. Mari Tutup Aurat..

3 komen disini yer..
Buat renungan lelaki muslim ni adalah pemain bola sepak Iran 
yang dihalau kerana berjilbab.. klik sini

Salam..
Lanun seru kepada semua lelaki lelaki muslim  supaya menutup aurat kalian, tak kira lah masa jalan jalan, bersukan, beriadah dan santai di pantai sekalipun. Aurat lelaki sangat lah mudah, dan tak perlulah Lanun nak ingatkan.

Lanun teringat Lanun tegur kawan Lanun yang memakai seluar 3 SUKU @ 3/4...

Dia kata : Aku takpe tengok ni tutup lutut..
Lanun : Memang lah masa berdiri tutup, tapi macam mana masa duduk? masa atas moto? masa angkat kaki? (rugi la kamu..kita tutup ni kita dapat pahala tau..)


Ada perintah kelas kedua?
Lanun ada ramai kawan yang main bola, tapi pakai seluar panjang, Takda masalah! ada kawan yang pakai seluar pendek masa main bola tapi pakai "thight" Takda masalah!. Jangan jadikan alasan "tidak selesa" untuk kita tak tutup aurat. Tuntutan tutup aurat adalah sama wajib seperti Solat 5 waktu dan berpuasa di Bulan Ramadhan dan ianya "valid" sepanjang kita hidup.

Jangan tunggu kain kafan yang tutup aurat kita bila dah mati, Tutup Aurat Anda Sekarang. :-)

31 May 2011

Bebaskan Filem Kita Dari Unsur Negatif

8 komen disini yer..

Salam...
Lanun tertarik nak komen satu artikel yang di paparkan dalam MyMetro baru baru ini apabila Menteri Kesihatan menyeru supaya pengeluar filem tempatan  bebaskan filem filem Malaysia dari adegan merokok. Sesuai dengan portfolio beliau memang Lanun sokong dengan apa yang di sarankan Datuk Seri Liow. 

Lanun juga nak tambah sedikit, supaya pengeluar filem kita dibebaskan dari beberapa unsur unsur lain yang Lanun lihat membawa keburukan kepada "kesihatan" rohani masyarakat yakni penonton :
  1. Pergaulan bebas lelaki dan perempuan
  2. Minum arak
  3. Rogol dan Zina
  4. Sihir dan Tahyul
  5. Fesyen yang tidak menutup aurat
  6. dan sebagainya..
Memang nampak sukar.. tapi itulah tanggungjawab anda.. 
Sekadar pendapat Lanun.. free to comment.. 

22 January 2010

Cara Awak Tutup Aurat Tu Salah.... :-)

19 komen disini yer..
Salam..
Terdetik di hati Lanun untuk menyampaikan sedikit pesanan atau peringatan bagi kaum hawa yang bergelar muslimah berkenaan dengan aurat ni. Lanun cuba cari isi yang lengkap berkaitan masalah aurat ni, dan  alhamdulillah, Lanun dapat banyak info dr satu forum Portal Komuniti Muslimah Hanan,  Penulis ini telah merujuk pada website Ustaz Zaharuddin.

Antara penjelasan yang diberikan oleh ustaz, penulis paparkan di bawah. Sama-sama lah kita renungkan dan ambil iktibar serta perbaiki amalan diri kita.