Showing posts with label khasiat. Show all posts
Showing posts with label khasiat. Show all posts

21 November 2010

Filem 2 Alam Dr Rozmey dan Hitler

1 komen disini yer..
Salam..
Tadi Lanun buka facebook dan terjumpa satu video ni dari Fanpage Syahirul.com. Video ni memaparkan Hitler dengan kali ini kisah bertajuk Filem 2 Alam yang di target oleh DRR Dr Rozmey Jusmate5 dengan RM40 juta pecah hancur panggung. Tapi dengar dengar khabar filem tu tak laku seperti target oleh Dr yang terkenal dengan gaya rambut nya ni.


Cara amik video dari facebook letak dalam post? [klik sini]

Sekarang di Facebook dah ada Fanpage untuk anti Dr Rozmey pulak Hmm..macam macam. : FanPage Kami-tak-suka-Dr-Rozmey-yang-angkuh ( betulkah dia ni angkuh? ) Papepun produk beliau memang terkenal, kawan kawan Lanun pun ada yang amalkan.

Kalau search di Facebook rupa rupanya ada lagi macam macam page berkaitan Dr Rozmey. aduhaii...

11 August 2010

Apa Lanun Nak Makan Masa Sahur?

15 komen disini yer..
sahur hari ini.. 7 biji dan Cereal..

Salam...
Entri ni di taip ketika menunggu Cereal 3in1 Lanun sejuk dan Lanun hirup pelan pelan. Lanun sahur cereal dan kurma untuk 1 ramadhan kali ni. Bukan kali ni jer, Ramadhan yang lain pun Lanun kebanyakan gitu bila tak tinggal di kampung. Korang sahur ape?

Lanun macam gni ni la tiap kali sahur, makanan yang berat berat macam nasi dan sewaktu dengannya tak boleh nak masuk time sahur. Kalau pergi sahur kat luar dengan kawan kawan pun Lanun akan amik nasi sedikitt sangat sebab selera untuk makan macam tu time gini tak da langsung. Kalau di kampung pun macam tu jugak,sedikitt jar nasi akan Lanun jamah. 

Ada sape sape macam Lanun tak?Yang jenis tak mahu nasi sangat time bersahur? Jadi kebanyakan masa sahur Lanun akan amik cereal dan kurma sahaja.. Lanun tak normal ke?

06 August 2010

Kencing Tikus : Faktor, Tanda, Rawatan & Pencegahan

111 komen disini yer..
ARTIKEL INI SAYA COPY PASTE DARI LAMAN WEB LAIN, SAYA BUKANLAH PAKAR BERKAITAN HAL INI HARAP MAKUM

Leptospirosis adalah penyakit yang jarang berlaku. Leptospirosis adalah berpunca dari air kencing tikus. Satu penyakit yang tenat/teruk dan boleh berjangkit. Jangkitan berlaku disebabkan oleh beberapa spesies dari keturunan leptospira berbentuk lingkaran (spiral shape).

Faktor risiko termasuklah: