sahur hari ini.. 7 biji dan Cereal..
Salam...
Entri ni di taip ketika menunggu Cereal 3in1 Lanun sejuk dan Lanun hirup pelan pelan. Lanun sahur cereal dan kurma untuk 1 ramadhan kali ni. Bukan kali ni jer, Ramadhan yang lain pun Lanun kebanyakan gitu bila tak tinggal di kampung. Korang sahur ape?
Lanun macam gni ni la tiap kali sahur, makanan yang berat berat macam nasi dan sewaktu dengannya tak boleh nak masuk time sahur. Kalau pergi sahur kat luar dengan kawan kawan pun Lanun akan amik nasi sedikitt sangat sebab selera untuk makan macam tu time gini tak da langsung. Kalau di kampung pun macam tu jugak,sedikitt jar nasi akan Lanun jamah.
Ada sape sape macam Lanun tak?Yang jenis tak mahu nasi sangat time bersahur? Jadi kebanyakan masa sahur Lanun akan amik cereal dan kurma sahaja.. Lanun tak normal ke?