Showing posts with label dana. Show all posts
Showing posts with label dana. Show all posts

07 October 2011

Intipati Bajet 2012 (Download Bajet 2012 PDF)

1 komen disini yer..


TERBARU.. Lanun dah dapatkan senarai Belanjawan 2012. Lanun rasa ia agak lengkap. Lanun ambil dari lamanweb 1Malaysia [klik sini] Dalam artikel tersebut ada menyatakan apa yang telah dibentangkan pada bajet 2012 tadi. jadi boleh download senarai intipati bajet 2012 (format pdf) pada link berikut
+++ [Download Bajet 2012 PDF]

Salam..
Lanun selesai ikuti perkembangan intipati bajet 2012 di laman web MalaysiaKini. Beberapa pengumuman yang menarik perhatian Lanun tak lain dan tak bukan iaitu Bonus separuh gaji di bulan 12 nanti dan juga Kenaikan Gaji RM80-RM320 untuk penjawat awam. Selain itu juga ada beberapa inisiatif dan bantuan yang menarik perhatian Lanun. Lanun akan tunggu details berkaitan Bajet 2012 kali ini. InsyaAllah akan Lanun kongsikan disini.

Bajet selesai dalam pukul 6 tadi :) Detail boleh rujuk dibawah..
Sumber : MalaysiaKini

INTIPATI BAJET 2012

26 October 2010

Lanun terkejut dengan Program Transformasi Ekonomi oleh Kerajaan yang bakal meletakkan kita dalam Murka Allah

4 komen disini yer..
Salam...
Lanun terkejut dan merasa takut bila membaca antara program program yang terkandung dalam ETP Economy Transformation Program atau dalam bahasa Program Transformasi Ekonomi bagi Malaysia menjelang 2020. Kerajaan cadang tambah tempat hiburan, kelab malam, dan longgarkan syarat konsert artis luar, nak tahu lebih lanjut baca perincian nya yang pasti buat korang marah. Tak tahu la pulak ada yang setuju???

Lanun tak dapat nak copy n paste kat sini sebab panjang..


Jika benar lah, Jika benarlah begini... Kita sedang mengundang bala besar pada Malaysia. Maaf cakaplah, Lanun bantah bantah seKERAS KERASNYA dan BENCI perancangan tersebut !!!. Duit punya pasal ! Maju punya pasal ! ini kah jalan yang dipilih ?? 

Lanunsepet : Lanun harap korang baca dan teliti nya, adakah korang setuju? Harap kerajaan Malaysia batalknya..

24 October 2010

Islamic Fashion Festival : Lanun bantah, selagi ia tidak diperbetulkan...

3 komen disini yer..
Salam...
Lanun amat kecewa dengan fesyen zaman skrg yang dikatakan islamik padahal ia adalah satu dosa dan perbuatan maksiat. Terbaru, satu festival mengenai fesyen islamik iaitu IFF 2010 bakal diadakan semula di Malaysia. Sebelum ini ia berlangsung Kuala lumpur, jakarta, dan di Monte carlo dan kini bakal diadakan semula di Kuala Lumpur.

Ada rekaan yang bagus dan menutup aurat seperti fesyen kanak kanak tu, ( rujuk laman web rasmi IFF, bahagian Galeri ) tapi Pada pemerhatian Lanun dalam video IFF di Monte Carlo tersebut ia tidak lansung menggambarkan imej Islam, ia tidak langsung menutup aurat. Adakah ini Islam? Inikah yang kita nak tunjuk pada Barat? Yang kita ni pun serupa?

Islam tidak melarang berfesyen dengan 1 syarat ianya menepati etika aurat. Panduan menutup aurat yang betul : Cara Awak Tutup Aurat Ni Salah... Untuk perbaiki IFF ini, ikutilah saranan Dr Asri : Baca saranan beliau.

Lanun juga membantah dengan "kesederhanaan" yang selalu dijadikan alasan. Apa yang dimaksudkan kesederhanaan dalam Islam adalah kita tidak terlalu mengejar dunia sehingga lupa akhirat, dan juga tidak hanya beribadat dan lupakan dunia. Tetapi, Kesederhanaan adalah keseimbangan kedua dua tuntutan tersebut dunia dan akhirat.

Lanun yakin ramai designer designer yang kreatif dan boleh buat fesyen yang hebat hebat, tapi apa salahnya pegang pada hukum menutup Aurat. Pasti Boleh :-) 

Jom kita lihat apa kata kata penganjur IFF 2010 mengenai "The True Spirit Of Islam" semasa di IFF di Monte Carlo :


ini kah imej Islam? 
Lihat pada mini ke 1:23 gadis ini pakai pakaian dengan tulisam Muhammad