Showing posts with label apakah itu. Show all posts
Showing posts with label apakah itu. Show all posts

29 August 2010

Maksud Jata Lambang Negara Malaysia : Selamat Hari Kemerdekaan ke 53

12 komen disini yer..
Salam...
Sempena dengan bulan kemerdekaan Lanun membawakan info mengenai Jata Negara atau Lambang Negara Melaysia. Ia merupakan lambang negara kita yang tertera di mana mana, alangkah sedihnya kalau ada yang tak tahu lagi bagaiman rupanya? apa maksudnya? Jadi post kali ni adalah sekdar berkongsi.

Versi Download E book : [ klik untuk download ]

Sumber Wikipedia :

Jata Negara yang baru.

Jata Negara yang asal..
  • Lambang Malaysia, atau Jata Negara menunjukkan bintang pecah 14 menandakan 13 buah negeri yang terkandung dalam Persekutuan Malaysia, dan Kerajaan Persekutuan, 
  • Bintang bersama-sama anak bulan itu tanda Agama Islam - agama rasmi Malaysia. Lima bilah keris itu menandakan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dahulu (Johor, Kedah, Perlis, Kelantan dan Terengganu).
  • Bahagian sebelah kiri perisai itu (pokok Pinang) menandakan Negeri Pulau Pinang dan bahagian sebelah kanan dengan pokok Melaka menandakan Negeri Melaka. Kedua-dua buah negeri ini adalah sebahagian dari Negeri-negeri Selat dahulu. 
  • Dalam empat jalur yang sama besarnya dalam bahagian tengah itu, warna-warna hitam dan putih ialah warna Pahang; merah dan kuning warna Selangor; hitam, putih dan kuning warna Perak; merah, hitam dan kuning warna Negeri Sembilan. Empat buah negeri ini ialah Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang asal.
  • Tiga bahagian di sebelah bawah itu menandakan Negeri Sabah di sebelah kiri dan Sarawak di sebelah kanan. 
  • Di tengah-tengahnya ialah Bunga Raya - Bunga Kebangsaan. 
  • Harimau-harimau yang ditunjukkan sebagai penumpang jata Negeri-negeri Melayu Bersekutu dahulu itu digunakan dalam Lambang Malaysia. 
  • Slogan, "Bersekutu Bertambah Mutu" ditulis dengan tulisan Rumi di sebelah kiri dan tulisan Jawi di sebelah kanan.
  • Warna kuning pada awan-awan itu ialah warna Diraja bagi Duli-duli Yang Maha Mulia Raja-raja.