07 January 2010

Terkini : Ds. Nizar kemalangan, mengalami cedera ringan

Sumber : Blog idhamlim 
IPOH : Menteri Besar Pakatan Rakyat Perak, Ds. Muhammad Nizar Jamaluddin terlibat dengan kemalangan jalanraya di hadapan Hotel Cassuarina Ipoh pagi ini (7/1/2010) Demikian berita yang disahkan oleh pembantu peribadi beliau, Sdr. Amran Harun.

Ds. Nizar dikatakan memandu sendiri dalam perjalanan ke sebuah Klinik Gigi kerana ada temujanji pada pagi ini. Beliau sekarang berada di Hospital Tuanku Bainun Ipoh dan mengalamai cedera ringan di bahagian kaki. Kereta yang dipandunya dikatakan terbalik dan keempat-empat tayarnya diatas dalam kemalangan itu.

Menurut setiausahanya Ustaz Misbahul Munir, belau cuba mengelak sebuah kenderaan dan terbabas di pembahagi jalan. Alhamdulillah, beliau berjaya merangkak keluar dan dibantu oleh seseorang yang lalu disitu dan terus dihantar ke Hospital Permaisuri Raja Bainun sebagai pesakit luar. Dia di tahan di wat selama 1 malam kerana tekanan darah yang tinggi.


Lanun : Doakan semoga beliau cepat sembuh.. 


* Back To Halaman Utama *

Blog Widget by LinkWithin

1 komen disini yer..:

niesz said...

cian die..hope baik2 jer..