Showing posts with label k3g. Show all posts
Showing posts with label k3g. Show all posts

29 May 2010

GAMBAR : K3G Karnival Kerjaya Dan Keusahawanan... Cara Mudah Nak Dapat Kerja...

2 komen disini yer..
Salam...
Lama nya postponed artikel ni, sekarang ni baru teringat balik. Kompem la dah basi dah cerita pasal K3G ni ha3. Orang yang hadir K3G ni pun dah ramai dapat interview baru Lanun nak citer kat blog.

Untuk yang tak tahu pada 14,15,16 Mei haritu berlansung Karnival Kerjaya dan Keusahawanan kat PWTC. Lanun ngan kawan kawan dari BENE & BENC ditaja oleh fakulti kami FKEKK untuk ke karnival tu. Bukan untuk jalan jalan suka ria ke ape, tapi cari kerja.

Alhamdulillah setakat hari ni ramai kawan kawan Lanun dpt interview hasil dari drop resume dan isi borang permohonann kerja masa kat sana. Company yang datang memang banyak beratus ratus dan pelbagai bidang. Dari kerajaan hinggalah swasta, dari yang besar macam Petronas, Sime Darby, hinggalah ke syarikat kasino Berjaya pun ada. 

Pada hemat Lanun ar.. dalam enginnering ni paling laku sekarang Kejuruteraan Mekanikal, Pembuatan, dan Elektrik. Lanun elektronik industri..he3.. tapi semua nya adalah ditangan tuhan yang menentukan rezeki setiap hambanya, kalau ada rezeki InsyaAllah tak kemana, tapu dengan syarat usaha dan usaha. Pada yang mencari kerja, Lanun suggest karnival gni and walk interview memang merupakan cara paling senang nak dapat kerja dari kite bersaing dalam Jobstreet yang semakin sesak.

Ok sapa sapa nak tengok GAMBAR sekitar K3G Lanun amik haritu boleh la tengok kat bawah :

16 May 2010

Ontheway Balik Karnival K3G : Kemalangan Pakcik Tua...Di Highway KL-Melaka,

2 komen disini yer..
Salam...
Hari ni 15 Mei, kami budak BENE & BENC (3 bas), buat satu trip ke karnival kerjaya dan keusahawanan anjuran MOHE (k3g) kat PWTC. Selesai di karnival kami pun bergerak lah balik semula ke Melaka. Masa kami ontheway balik ke melaka kami selisih dengan satu accident,baru jer accident tu jadi. Ape yang Lanun nampak seorang pakcik tua accident, tak silap Lanun pakcik tu orang cina.

Nampak 2 motor, 1 dah terbaring. Sah lah accident antara motor dan motor. Pakcik tu ngan motor dier dah terlantar, mata terpejam, tp masih tercungap2 bernafas lagi, kepala dier berdarah hu3. Simpati sangat masa tu. Alhamdulillah ada orang datang berhenti and tolong buat panggilan kecemasan. Driver bus kiteorg pun bertindak buat emergency call untuk hantar ambulan kat pakcik tu hu3..tu jer mampu tolong.

Selang depan 2 meter, ade sorang lelaki, rasanya budak muda. Pakcik tua tu accident dengan budak tu la kalau tak silap, sebab dia ngah terbaring tersandar kat divider jalan, sambil mesej, ngah luruskan kaki nampak macam dier ngah dalam kesakitan. Lepas buat panggilan kiteorg terpaksa terus gerak untuk balik ke hostel.

Semoga pakcik and lelaki sorang lagi tu selamat..aaminn..ni rakaman masa accident tu.


video ihsan member : rakaman masa dalam bas.. simpati sangat kat pakcik tu..

Untuk pengetahuan semua sekiranya kecemasan di Lebuhraya :
  • Telefon talian kecemasan 999, bagitahu kedudukan anda, dan minta nasihat apa perlu dibuat untuk bantu keadaan.
  • Bantuan PLUSRonda telefon PLUSLine bebas tol di 1800 88 000 atau
  • Gunakan telefon kecemasan yang disediakan pada setiap 2 kilometer di sepanjang jalan ekspres PLUS


Lanunsepet : Update pasal k3g esok yer... dekat 26 resume Lanun dropkan kat sana, harap harap ade yang mengena InsyaAllah..

09 May 2010

Peluang Kerjaya : Jangan Lupa K3G Hujung Minggu Ini... 14, 15, 16 May 2010.

2 komen disini yer..
Salam...
Lanun berbesar hati nak memperingatkan semua yang berminat mencari kerja terutama pada fresh graduate yang bakal grad dalam masa terdekat. Lanun ingin memperingatkan pada hujung minggu ni iaitu 14,15, dan 16 hb akan berlansung Karnival Kerjaya & Keusahawanan Graduan 2010 K3G. Jangan Ketinggalan..


Apa yang menarik event kali ni?
  1. Melibatkan banyak syarikat Local dan International
  2. Dari sektor awam ke GLC, swasta, syarikat multinasional dan konglomerat antarabangsa.
  3. Boleh forwardkan resume kepada syarikat yang anda berminat.
  4. Menurut maklumat terdapat 15000 peluang pekerjaan disana.
  5. Jangan lupa bawa resume banyak sket yer..
Bila dan Dimana?
  1. 14-16 May 2010
  2. 10pagi ~ 6 petang
  3. PWTC Kuala Lumpur
  4. Masuk Percuma.
  • Maklumat Lanjut? Tips Interview? Sila Klik Website rasmi K3G 2010
  • Untuk elak beratur pada hari tu sila ambil PAS MASUK EKSPRESS  sila register "DISINI"

16 April 2010

Peluang Kerja : Karnival Kerjaya & Keusahawanan Graduan 2010 (K3G) Anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia...

2 komen disini yer..

Salam..
Ini info terbaru Lanun nak share pada semua graduan yang bakal grad nanti. Satu event anjuran Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM/MOHE) kerjasama dengan Jobstreet iaitu Karnival Kerjaya & Keusahawanan Graduan 2010 (K3G) ataupun Job Fair 2010.
Apa yang menarik event kali ni?
  1. Melibatkan banyak syarikat Local dan International
  2. Dari sektor awam ke GLC, swasta, syarikat multinasional dan konglomerat antarabangsa.
  3. Boleh forwardkan resume kepada syarikat yang anda berminat.
  4. Menurut maklumat terdapat 15000 peluang pekerjaan disana.
  5. Jangan lupa bawa resume banyak sket yer..
Bila dan Dimana?
  1. 14-16 May 2010
  2. 10pagi ~ 6 petang
  3. PWTC Kuala Lumpur
  4. Masuk Percuma.
  • Maklumat Lanjut? Tips Interview? Sila Klik Website rasmi K3G 2010
  • Untuk elak beratur pada hari tu sila ambil PAS MASUK EKSPRESS  sila register "DISINI"