29 September 2009

Filem Lelaki Gay "Bruno" Diharamkan di Malaysia...


Salam...

Lanun ucapkan tahniah kepada kerajaan Malaysia kerana bertindak bijak dengan mengharamkan filem Bruno arahan Sacha Baron Cohen yang kini menjadi filem paling laris di Amerika Syarikat, kerana ia bertemakan gay dan mengandungi adegan lucah, kata bual lucah dan turut mengetengahkan paparan shot penggunaan peralatan seks.


Filem ini pastinya memberi impak negatif kepada masyarakat. Sekiranya malaysia membenarkan filem sebegini masuk ke negara kita pastinya akan memberi satu pengiktirafan pada golongan gay yang tak dinafikan ada di negara kita. Selain itu ia juga akan mempengaruhi gaya hidup masyarakat yang seterusnya akan merosakkan peradaban dan budaya manusia dan paling kita takuti ia akan merosakkan akhlak remaja islam kita.

Tahniah sekali lagi, dan lanun harap pihak penapisan malaysia memantau semua filem tak kira luar dan dalam negeri kerana terlampau banyak pengaruh negatif yang datang dari filem dan drama.

Klik "Jom Sambung Baca" untuk lihat TRAILER BRUNO yang DIHARAMKAN...





Hukum homoseksual haram dalam Islam. Kerana ia melanggar fitrah semulajadi manusia yang dijadikan berpasang-pasangan. Pengharaman tersebut ada disebut dalam kisah yang berlaku di zaman Nabi Luth yang akhirnya mengundang kepada kehancuran kaum tersebut. Ini terkandung dalam surah Hud ayat 77 hingga ayat 83.

Dari Utusan Oline

KUALA LUMPUR 29 Sept. - Malaysia mengharamkan filem 'Bruno' arahan Sacha Baron Cohen yang kini menjadi filem paling laris di Amerika Syarikat, kerana ia berkisar tentang kehidupan gay dan mempunyai adegan seks hubungan sejenis.

'Bruno' mengetengahkan pengalaman kehidupan wartawan fesyen gay dari Australia.

Seorang pegawai Penapisan Filem Malaysia berkata, filem tersebut tidak layak ditayangkan kerana bercanggah dari segi aliran cerita, gaya bahasa dan jenakanya.

"Ia diharamkan kerana ceritanya berkisar kehidupan gay... Terdapat banyak adegan seks di dalamnya," katanya. "Ia bercanggah dengan budaya kita."

Selain Malaysia, Ukraine juga turut mengharamkan filem tersebut manakala beberapa pegawai Austria juga mengkritiknya tetapi tidak tindakan diambil.

AP


* Back To Halaman Utama *
Blog Widget by LinkWithin

6 komen disini yer..:

LaNuNsepet said...

Nyatakan pendapat anda disini... Coklat ungu dijemput untuk meng komen.. :-)

LuVidA^^ said...

eee...gay....geli =p

LaNuNsepet said...

mmg geli... virus HIV dikatakn berasal dari golongan homoseksual.. lanun tahu dari satu ceramah dulu.

alyani hamzah said...

gelinyer.........................

LaNuNsepet said...

ha3... geli jer?? benci la skali..

Anonymous said...

if you are mocking or cursing gay people, better watch out because, you might be cursing your own father/btother/son etc...