17 September 2009

Selamat Sampai : LaNuN & ChekZu selamat sampai ke Kampung Halaman...

Salam....

5.45AM : Syukur kehadrat Allah SWT yang telah melindungi perjalanan hambanya.. LaNuN dan chekzu telah selamat sampai ke kampung halaman, gopeng. Dengan bantuan pakcik Rasyid tadi, kami dihantar ke halaman rumah dalam 5.45 pagi..

Sebaik sampai adinda lanun zakiah menyambut dengan senyuman, Dikuti dengan bonda.. Bersalaman dan bertanya khabar sekejap, kepenatan hilang dan rasa rindu hilang sebaik salaman dan mengucup tangan bonda. Chekzu bersalam dengan bonda lebih awal. kemudian Lanun sempat bergurau berkaitan menumpang pak rasyid sebentar tadi. Kami bergelak ketawa sebentar.

Sewaktu kami sampai......


Sewaktu kami sampai ayah sedang membaca Alquran, kami tak ganggu.. Chekzu sempat membuat kopi radix suam dan lanun berborak dengan zakiah. Zakiah mengadu telefon nya rosak selepas "direpair" oleh arif, adik lelaki lanun. Sebaik azan subuh ayah berhenti membaca ayat suci dan kami menyapa ayah dan terus bersalaman.. Kemudian kami berjemaah bersama.. Selepas selesai doa dipanjat, memohon perlindungan dan kebaikan.

Lanun masuk bilik untuk mengupdate blog dan membuka tingkap..terdengar kokokan ayam dan titisan air dari atap berikutn hujan malam tadi. Buka jer tingkap.. masuk angin yang sejuk dari luar,mmm...segar udara kampung.. Sunyi dan tenang..

Bermulalah episod puasa di kampung halaman.. :-)

Ya Allah.. peliharalah ibubapaku..seprti mana mereka
memelihara dan menyayangi ku sejak kecil..

Aamin...




* Back To Halaman Utama *
Blog Widget by LinkWithin

2 komen disini yer..:

cendol pulut said...

Terharu aku dengar lanun... hehehe...

niesz said...

ati2 la ek korg...
besh nyer dpt raye kat kg!
jeles nih..