Lanun terpanggil untuk menulis posting ni sebab risau tengok statistik kemalangan jalan raya sepanjang musim perayaan ni. Menurut laporan Ops sikap ke20 sebanyak 16 kematian telah dilaporkan pada ke 14 ia dijalankan sempena musim perayaan..dan ini menjadikan jumlah korban sebyk 238 orang.
Berita harian : Sebanyak 16 lagi kematian dicatatkan pada hari ke-14 Ops Sikap semalam menjadikan jumlah korban kemalangan jalan raya terus meningkat kepada 238 orang sejak operasi itu dimulakan dua minggu lalu.
Menurut statistik yang dikeluarkan Cawangan Trafik Bukit Aman hari ini, kemalangan maut melibatkan pengguna motosikal masih mendahului jumlah senarai dengan 11 kematian dan diikuti lima pengguna kereta.
Daripada 1,021 kemalangan yang berlaku semalam, jalan bandaran mencatatkan jumlah kemalangan tertinggi iaitu 423 kes, diikuti jalan persekutuan (295), jalan negeri (184), lebuh raya (69) dan jalan-jalan lain (50 kes).
Dalam isu virus H1N1 yg semakin tenang tanpa mangsa korban, kita pula dikejutkan dengan kemalangan setiap hari di kaca televisyen. Jika kita berhati2 dlm isu H1N1, maka dalam isu ni jugak kiter wajib berhati2.. Jangan campak diri anda dalam kebinasaan kerana ingin cepat sampai ke destinasi.
nasihat Lanun pada kengkawan yang akan balik dari kampung berhati-hatilah.. Punca utama kemalangan adalah kelalaian dan sikap kita tergopoh gapah..

Biar lambat asalkan selamat... Selamat Hari Raya..
Klik baca sepenuhnya untuk TIPS elak kemalangan...
Berikut adalah sebahagian panduan yang boleh diamalkan bagi mengelakkan daripada menjadi mangsa KEMALANGAN serta menjadi pemandu berhemah:
1. BIASAKAN DIRI dengan membuat pemeriksaan kepada keadaan keselamatan kenderaan sebelum memulakan sesuatu perjalanan khasnya periksa semua lampu berfungsi atau tidak, keadaan corak bunga tayar masih elok dan tekanan angin yang mencukupi, periksa semua minyak-minyak dibahagian enjin kenderaan mencukupi atau tidak dan brek kenderaan berfungsi dengan baik.
2. SENTIASA memakai tali pinggang keledar ketika memandu termasuk penumpangnya sekali.
3. JANGAN memandu melebihi had kelajuan. Patuhi dan sentiasa kekalkan pemanduan pada had kelajuan dibenarkan dalam apa jua keadaan.
4. SENTIASA kekalkan jarak selamat antara kereta dengan kenderaan di hadapan. Jika memandu ketika cuaca buruk maka kekalkan jarak yang lebih antara kereta dengan kenderaan di hadapan atau belakang.
5. SEMASA memandu, kita tidak dapat menjangkakan ada pemandu lain yang melakukan kesilapan. Jangan bergantung kepada pengguna jalanraya lain untuk memastikan keselamatan anda.
6. JANGAN pandang secara tepat ke arah lampu kenderaan dari arah bertentangan kerana ia menyilaukan mata. Pandu lebih ke bahagian kanan jalanraya dan jadikan garisan putih sebagai panduan sehingga kereta bertentangan berlalu.
7. SENTIASA peka dan berhati-hati jika sebuah kereta membelok dengan secara tiba-tiba untuk mengelakkan lopak air atau lubang besar dijalanraya atau mengelakkan daripada halangan lain.
8. MEMANDU dalam keadaan cuaca buruk terutamanya ketika hujan lebat amatlah sukar dan merbahaya, pasangkan lampu kereta supaya kenderaan di hadapan dan di belakang dapat lihat dan pandulah dengan kelajuan yang sesuai dengan keadaan cuaca buruk tersebut.
9. KETIKA memandu di jalanraya hendaklah sentiasa berwaspada/berjaga-jaga kerana pemandu lain mengubah lorong dengan tiba-tiba untuk keluar.
10. JANGAN biarkan emosi menguasai gaya pemanduan anda kerana ia boleh menyebabkan berlaku keburukan dari kebaikan. Awasi tahap panas baran ketika menggunakan jalanraya.
11. ELAKKAN daripada memandu jika dalam keletihan. Jika penat, berhenti kenderaan dikawasan dibenarkan dan berehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan semula.
12. PERHATIKAN kereta dihadapan selama 15-20 saat atau lebih untuk melihat dan menyedari sesuatu situasi merbahaya atau sebarang masalah di luar jangkaan berlaku dan anda peluang mengelakkannya dengan segera.
13. JIKA anda ingin mengubah lorong, berikan lampu isyarat dan sentiasa pandang ke belakang menerusi cermin supaya mendapat kelegaan serta keyakinan berbuat demikian.
14. TEMPAT paling selamat bagi kanak-kanak ialah di bahagian tengah tempat duduk belakang. Kanak-kanak yang berusia lima tahun ke bawah haruslah ditempatkan dalam tempat duduk khas dan dipasangkan tali pinggang keselamatan.1. BIASAKAN DIRI dengan membuat pemeriksaan kepada keadaan keselamatan kenderaan sebelum memulakan sesuatu perjalanan khasnya periksa semua lampu berfungsi atau tidak, keadaan corak bunga tayar masih elok dan tekanan angin yang mencukupi, periksa semua minyak-minyak dibahagian enjin kenderaan mencukupi atau tidak dan brek kenderaan berfungsi dengan baik.
2. SENTIASA memakai tali pinggang keledar ketika memandu termasuk penumpangnya sekali.
3. JANGAN memandu melebihi had kelajuan. Patuhi dan sentiasa kekalkan pemanduan pada had kelajuan dibenarkan dalam apa jua keadaan.
4. SENTIASA kekalkan jarak selamat antara kereta dengan kenderaan di hadapan. Jika memandu ketika cuaca buruk maka kekalkan jarak yang lebih antara kereta dengan kenderaan di hadapan atau belakang.
5. SEMASA memandu, kita tidak dapat menjangkakan ada pemandu lain yang melakukan kesilapan. Jangan bergantung kepada pengguna jalanraya lain untuk memastikan keselamatan anda.
6. JANGAN pandang secara tepat ke arah lampu kenderaan dari arah bertentangan kerana ia menyilaukan mata. Pandu lebih ke bahagian kanan jalanraya dan jadikan garisan putih sebagai panduan sehingga kereta bertentangan berlalu.
7. SENTIASA peka dan berhati-hati jika sebuah kereta membelok dengan secara tiba-tiba untuk mengelakkan lopak air atau lubang besar dijalanraya atau mengelakkan daripada halangan lain.
8. MEMANDU dalam keadaan cuaca buruk terutamanya ketika hujan lebat amatlah sukar dan merbahaya, pasangkan lampu kereta supaya kenderaan di hadapan dan di belakang dapat lihat dan pandulah dengan kelajuan yang sesuai dengan keadaan cuaca buruk tersebut.
9. KETIKA memandu di jalanraya hendaklah sentiasa berwaspada/berjaga-jaga kerana pemandu lain mengubah lorong dengan tiba-tiba untuk keluar.
10. JANGAN biarkan emosi menguasai gaya pemanduan anda kerana ia boleh menyebabkan berlaku keburukan dari kebaikan. Awasi tahap panas baran ketika menggunakan jalanraya.
11. ELAKKAN daripada memandu jika dalam keletihan. Jika penat, berhenti kenderaan dikawasan dibenarkan dan berehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan semula.
12. PERHATIKAN kereta dihadapan selama 15-20 saat atau lebih untuk melihat dan menyedari sesuatu situasi merbahaya atau sebarang masalah di luar jangkaan berlaku dan anda peluang mengelakkannya dengan segera.
13. JIKA anda ingin mengubah lorong, berikan lampu isyarat dan sentiasa pandang ke belakang menerusi cermin supaya mendapat kelegaan serta keyakinan berbuat demikian.
* Back To Halaman Utama *
0 komen disini yer..:
Post a Comment