28 September 2009

Coklat "air terjun syurga" (Tasneem) Keluaran Bumiputra.... 100% Halal.

Salam...

Suke coklat? tapi ade keraguan.... Apa kata try coklat Tasneem :-) 100% Halal.

Produk coklat keluaran bumiputra islam dari negara kite, iaitu Tasneem.. Coklat keluaran usahawan bumiputera itu dikilangkan di Ipoh, Perak dan bersumberkan koko bermutu tinggi dari Lembaga Koko Malaysia (LKM). Antara yang menarik bukan sahaja produknya yang enak tetapi nama produk tersebut iaitu "Tasneem" Tasneem bermaksud air terjun syurga seperti yang disebut dalam al-Quran, surah al-Muthoffifin.

Coklat Tasneem boleh didapati dari harga RM1.50 hingga RM75. Dan bersedia menerima tempahan2 khas dari anda. Klik blog tasneem untuk lihat pelbagai jenis coklat dan boleh buat tempahan.

Blog Coklat Tasneem : http://coklathalal.blogspot.com/


(Ini lah masanya untuk menyokong produk islam.. bertukar dr cadburry ke tasneem )

Berikut (klik baca sepenuhnya) adalah cerita penuh mengenai produk Tasneem ini..


Tasneem merupakan satu lagi syarikat pengusaha coklat bumiputera Islam di Malaysia. Produk-produk coklat yang dijual oleh Tasneem Enterprise ini dijamin 100% halal. Produk Tasneem dijual menerusi dalam talian di laman web http://www.coklathalal.com/ serta boleh didapati di sebuah kiosk di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor.

Coklat keluaran usahawan bumiputera itu dikilangkan di Ipoh, Perak dan bersumberkan koko bermutu tinggi dari Lembaga Koko Malaysia (LKM).
Pengusahanya, Haridah Sahri berkata, peniagaannya masih di tahap kecil-kecilan tetapi tetap mampu menawarkan coklat yang enak. Haridah menjelaskan bahawa Tasneem bermaksud air terjun syurga seperti yang disebut dalam al-Quran, surah al-Muthoffifin. "Coklat yang kami guna adalah gred A. Keunikan coklat kami adalah ia 100 peratus menggunakan koko. Malah minyak yang kami gunakan dalam adunan juga adalah minyak mentega koko. Kami tidak menggunakan sebarang minyak lain seperti minyak sawit untuk membuat coklat," katanya. Didapati dalam aneka bentuk coklat, terkini, pihaknya telah menambah variasi bungkusan kotak coklat.

Coklat juga boleh didapati dalam bentuk lolipop yang dihasilkan menggunakan teknik tertentu.
Ia juga menyediakan coklat bar dalam tiga saiz iaitu 25 gram, 38 gram dan 50 gram dengan perisa badam, hazel dan kismis. Selain itu, Tasneem Enterprise turut menawarkan coklat eksklusif untuk hadiah perkahwinan serta tempahan khas. Tasneem Enterprise juga menawarkan kelas latihan membuat coklat kepada sesiapa sahaja yang berminat. Coklat Tasneem boleh didapati dari harga RM1.50 hingga RM75.

Untuk mendapatkan keterangan lanjut mengenai coklat Tasneem, bolehlah hubungi Haridah di talian 013-2911762.

* Back To Halaman Utama *
Blog Widget by LinkWithin

2 komen disini yer..:

CoKLaT uNGu said...

Lanun..
lanun kena blanjer coklat ungu Coklat Tasneem ni..
sape suruh iklankan..hehe

LaNuNsepet said...

hehe.. sebb tu promote tu... mmg nak blanje coklatungu.. :-) dari blanje cadburry kan,

cik coklatungu.. kat ukm ader kedai tasneem ni.. lanun takda.. teringin nak try.. jom lanun blanje.. he3..