Showing posts with label mandi sungai. Show all posts
Showing posts with label mandi sungai. Show all posts

22 May 2010

Trip Lubuk Petai...Air Terjun,Camping Site & Ade Line...

10 komen disini yer..
Salam...
Lubuk Petai? pernah dengar tak? kalau anda suka membedal petai anda harus tahu tempat ni he3. Lubuk Petai ni terletak kat daerah Rembau Negeri Sembilan berdekatan dengan kilang air mineral E'den. Untuk sampai ke lubuk ni korang kena jungle tracking dalam 20-30 minit, takda la parking terus sampai bro.

Pasal parking takyah risau, korang boleh parking motor kat kawasan rumah penduduk kampung situ, n then bayarlah sket sebab tumpang tempat rumah orang kan. Kami bayar rm1 satu kenderaan, Ok la kan? selamat pun selamat ada orang jaga. Sebab jap g nak masuk dalam jauh dalam hutan nun. Pas parking kami 24 orang gerak terus ke pintu masuk hutan, baca doa and then start jungle tracking. Minta Allah lindungi kita betul tak? maklumlah tempat "orang".


redah dan redah lagi...

Tengok gambar atas tu, tengok syok jungle tracking. Syok ke lenguh? he3. Laluan untuk ke tempat tu kire ok la, ade denai dan takdalah sesat InsyaAllah, line telefon pun ada walaupun tempat tu agak terpencil. Actually, kalau sapa yang tahu Gunung Datok mesti tahu lubuk petai ni sebab memang berdekatan member Lanun cakap, Korang pernah dengar Gunung Datok? Lanun dengar jar, pergi tak pernah pun he3. Pas kiteorang sampai.....

11 March 2010

Lintah : Murid Tahun Empat Maut Lintah Masuk Dubur...

5 komen disini yer..
Salam...

Seorang murid tahun empat maut apabila mula mengadu sakit pada duburnya, selepas di periksa ibunya, beliau terkejut bila terjumpa seekor Lintah dalam seorang mangsa. Akibat pendarahan dalaman magsa tak dapat diselamatkan.

Lama tak dengar kisah orang yang meninggal kerana Lintah. Hari ini dalam bharian online, satu kes di Jeli,Kelantan seorang budak perempaun maut kerana pendarahan dalaman akibat duburnya dimasuki lintah. Nauzubillah..minta dijauhkan kita dari bahaya dan penyakit. 

Lanun ucapkan takziah buat keluarga mangsa Siti Nazirah Abd Kadir, 10tahun. Dan kita sedekahkan Alfatihah buat mangsa semoga rohnya dicucuri rahmat. Aaminn..

Berita Asal : [bharian online]