Showing posts with label serangan sakit jantung. Show all posts
Showing posts with label serangan sakit jantung. Show all posts

10 March 2010

AlFatihah : Syeikh Mohamed Sayed Tantawi Kembali Ke Rahmatullah....

0 komen disini yer..
Terkejut dan sedih bila baca update terbaru kat Malaysiakini tadi, satu berita kehilangan besar buat kita, Ulamak terkemuka yang telah kembali kerahmatullah. Syeikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi hari ini.

Tantawi, 81, meninggal dunia di Riyadh - ibu negara Arab Saudi - selepas mengalami serangan sakit jantung, lapor agensi berita Al-Jazeera. Tantawi dilahirkan pada 1928. Beliau dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar sejak 1996.Universiti Al-Azhar, pusat pengajian sunah yang tersohor di dunia Islam mengendalikan sekolah, universiti dan institusi pendidikan lain di seluruh Mesir. Beliau turut pernah datang melawat malaysia.. Al-Fatihah...