Showing posts with label facebook hina nabi. Show all posts
Showing posts with label facebook hina nabi. Show all posts

29 May 2010

Pakistan Lawan Facebook... Cipta Millatfacebook....

6 komen disini yer..
Salam...
Pakistan ambil langkah serius dengan menutup Facebook dari memasuki internet negara dieorang hingga isnin ni. Tindakan menutup tu atas kes penghinaan nabi kita Nabi Muhammad SAW dalam group lets draw mohammed. Selain tu warga negara pakistan turut membuat satu lagi website seperti facebook sebagai serangan balas dan alternatif pada tindakan facebook yang berdegil untuk tidak menutup group kurang ajar tu.

Web sosial baru tu bernama Millatfacebook atau MFB. "Millat" bermaksud negara, pengguna facebook di Pakistan sekarang 2.5 juta tetapi menurut perkembangan dalam masa 3 hari jar bilangan penduduk Pakistan mencecah 4300 orang menjadi ahli web sosial baru tu.

Bagi Lanun ni salah satu dari serangan balas yang baik dari warga Pakistan, dari kita just duduk diam tak buat apa, baik ikhtiarkan sesuatu. Walaupun web MFB ni slow dan serba kekurangan tapi Lanun tetap sokong. Kita kat Malaysia juga ada alternatif buat facebook , jom usyar Myfriend2u hasil buah tangan local web kita. Lanun dah join he3.

22 May 2010

Apa kita boleh Lakukan?? Page Group Facebook Menghina Nabi Muhammad... Kita Boleh Dengan...

16 komen disini yer..
Salam...
Lanun cuba masuk page yang hangat dikatakan sekarang kerana menghina Nabi kita Nabi Muhammad SAW. Sungguh kurang ajar kumpulan ekstremis ni bila meneruskan lagi memaparkan imej menghina walaupun dikutuk keras pelbagai pihak.


Lanun ada nyatakan beberapa cadangan di bawah apa yang kita leh lakukan dalam isu ni, tindakan dieorang ni bukan pertama kali tapi dah berulang banyak kali tanpa mohon maaf atau rasa bersalah. Kali ni mereka telah mempersendakan Junjungan besar kita Nabi Muhammad SAW dengan satu group facebook di mana jadi tempat untuk memaparkan lukisan dan gambar yang jelas menghina Islam dan Nabi Muhammad SAW.

Lanun menyokong usaha supaya Facebook menutup group tu supaya ia tidak meningkatkan lagi kebencian antara dua pihak Islam dan bukan islam.

Antara usaha yang kita leh buat?
  1. Berdoa kepada Allah supaya memberi hidayah pada individu dalam kumpulan ni.
  2. Mohon supaya Allah memberi balasan setimpal kepada kumpulan yang masih enggan memberhentikan usaha keji group tu.
  3. Memperkukuh kesatuan kita sesama Islam dan sentiasa berpegang teguh pada ajaran Islam.
  4. Teruskan memboikot produk yahudi yang sekarang kita ada banyak produk muslim n local sebagai alternatif.
  5. Turun berdemontrasi dan tunjukkan kesatuan kita membantah mereka.
  6. Mendesak facebook menutup group tu, dengan "report page"
  • Capai page group tu disini KLIK SINI
  • Pergi ke sebelah kiri page scroll ke bawah, korang akan nampak satu link text tulisan "report page" klik.

  • Select reason dan pilih mana yang sesuai, Lanun pilih "Racist/Hate speech", n then korang klik submit.

Semoga usaha ni berhasil, walaupun ia belum tentu dapat menutup sepenuhnya page group kurang ajar tu tapi kita dah berusaha untuk menentang tindakan kumpulan tu menghina Nabi Muhammad SAW. Nak minta mereka minta maaf?? Lanun yakin mereka mesti taknak mintak maaf pada semua umat Islam. 

Jadi marilah  kita teruskan bersatu dan teguh bersama Islam, selain tu kat sini Lanun jugak nak mengajak semua join satu lagi page group sebagai satu respon pada mereka. Jom join ramai ramai group bawah ni. 

Group : [KLIK SINI] Kami Benci Orang Yang Menghina Nabi Dan Agama Kami.