Showing posts with label lesen judi. Show all posts
Showing posts with label lesen judi. Show all posts

21 May 2010

Mari Semua Blogger : Blog Lanunsepet Membantah Pemberian Lesen Judi World Cup 2010 Kepada BERJAYA....

9 komen disini yer..
Salam..
Seperti yang kta tahu secara rasminya lesen judi telah diberi sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 kepada Kumpulan BERJAYA. BERJAYA akan menjadi syarikat tunggal pertaruhan bolasepak di negara ini yang mempunyai lesen.

BERJAYA dijangka akan menggunakan lebih dua ratus kedai pertaruhan Toto yang dimilikinya itu untuk menerima pertaruhan. (Judi halal ka bila ada lesen?). Tindakan ni dibantah pelbagai pihak, khususnya termasuk pakatan pembangkang dan NGO Melayu-Islam di Malaysia.

Lanun disini menyatakan pendirian bahawa Blog Lanunsepet menentang pemberian lesen judi ini kepada sesiapa pun. Lanun juga menekankan disini selain ia adalah haram didalam Islam, ia juga bertentangan dengan budaya Malaysia yang tak berjudi di dalam bidang sukan. Lanun berharap mufti dan golongan semua bangkit menentang pemberian lesen ni.

BERJAYA mempunyai anak syarikat :
  1. T.O.T.O
  2. Kenny Rogers
  3. Starbucks Coffee
  4. Papajohn Pizza
  5. 7 eleven dan lain lain...
Lanun jugak mengajak semua bersama sama menyokong usaha ni, kerana kita tahu judi sememangnya haram, n bukanlah satu budaya yang baik, sebaliknya banyak bawa kesan buruk pada individu,keluarga dan masyarakat sekali gus kat negara kiter ni. Sama sama membanteras perkara ni walaupun ni macam usaha yang sangat kecik tapi bermakna.


leh amik and copy jika anda menyokong usaha ni yer.. tq