18 January 2013

Cirit Birit : Pantang, Rawatan & Pencegahan

Salam.. Baru baru ini Lanun telah di uji telah Cirit Birit. Puncanya masih tak tahu, petang tu Lanun minum air teh o dan makan goreng pisang. Lanun syak makanan dan minuman tu berangin jadi itu lah kot yang mencetuskan muntah muntah pada malam tu dan cirit birit sehingga tengahari keesokan nya.

Semasa Lanun sakit perut, Lanun rasa lapar sangat, maklumlah dah muntah banyak.. dan berulang banyak kali ke tandas. Nak makan benda lain takda selera cuma dok nampak Koko Krunch + susu. Tapi Lanun terfikir boleh ke kalau cirit minum susu? Sebenarnya tak digalakkan begitu jugak kalau bayi cirit birit. 

Mungkin persoalan macam pernah bermain di fikiran anda bila cirit birit :

  • Boleh kah minum isotonik masa sakit perut?
  • Makanan apa yang sesuai ketika cirit birit?
  • Apakah punca cirit birit?

So, Lanun share kan satu artikel dari Utusan.com berkaitan nasihat tentang Cirit Birit oleh pakar kesihatan semoga jadi panduan buat semua. :)


Soalan: Apabila saya mengalami cirit-birit, perlukah saya berhenti makan selama 24 jam? atau, patutkah saya mengambil roti dan/atau minuman isotonik? bilakah keadaan boleh dianggap serius dan memerlukan rawatan perubatan? n Amira Natasha. 

Cirit-birit berlaku apabila pembuangan air besar adalah cair dan berair hingga tiga atau lebih kali sehari, atau keadaan yang tidak normal bagi seseorang individu. Cirit-birit adalah masalah biasa, dan dalam kebanyakan kes, ia boleh berlarutan selama 2 hingga 3 hari. Cirit-birit boleh disembuhkan dengan ubat tanpa preskripsi.

Cirit-birit biasanya tidak teruk, dan berhenti dengan cepat tanpa banyak komplikasi dalam kalangan dewasa. Bagaimanapun, ini tidak bermakna kes cirit-birit yang serius adalah mustahil, dan janganlah mengabaikan gejala atau tanda serius yang mungkin timbul.

Punca Punca
Cirit-birit biasanya adalah satu tanda jangkitan gastrousus, yang boleh berpunca daripada pelbagai sebab, termasuk:

 - Makanan dan minuman yang tidak bersih – dicemari bakteria, dan kuman lain. - Makanan yang tidak dimasak dengan betul, seperti daging, makanan laut, atau produk tenusu (telur) yang tidak dimasak dengan betul.

 - Makanan yang tidak disimpan dengan kaedah yang betul, seperti susu atau makanan sudah dimasak. Ubat seperti antibiotik, yang membunuh bakteria baik dan bakteria jahat, menyebabkan ketidakseimbangan mikroflora dalam usus sehingga mengakibatkan cirit-birit.

Penyakit yang boleh menjejaskan perut, usus kecil, atau kolon seperti penyakit Crohn’s dan sindrom iritasi usus (IBS). 

Cirit-birit tidak bermakna anda tidak boleh makan apa-apa sepanjang masa 24 jam pertama. Anda perlu berhati-hati dengan apa yang anda makan, dan mengelakkan jenis makanan tertentu. Makan makanan tawar seperti nasi kosong atau bubur, kentang rebus atau lenyek, pisang, roti bakar dan biskut tawar.

Rawatan Cirit Birit
Untuk merawat ciri-birit, anda perlu menggantikan bendalir dan garam yang hilang. Minum banyak air kosong, atau minuman lain seperti jus buah-buahan tulen. Dalam kes cirit-birit sederhana hingga teruk, rumusan elektrolit, seperti rumusan rehidrasi oral atau minuman isotonik hendaklah diambil.

Pantang Cirit Birit
Elak makanan dan minuman:

- Susu dan produk tenusu, seperti aiskrim, keju.
- Minuman mengandungi kafeina, seperti kopi, teh.
- Makanan berminyak dan makanan bergoreng seperti mi goreng, ayam goreng. - Makanan berserat tinggi, seperti buah-buahan sitrus.
- Makanan manis, seperti kek, biskut, kuih-muih tempatan.

Cirit Birit Yang Berbahaya
Kebanyakan kes cirit-birit adalah sederhana dan tidak berpanjangan, jadi pesakit biasanya tidak perlu berjumpa doktor. Bagaimanapun, anda patut mendapatkan rawatan doktor jika mengalami gejala berikut:

 - Demam panas, dengan suhu 38°C dan ke atas.
 - Cirit-birit berlarutan selama lebih 2 hari. - Sakit sederhana atau teruk pada bahagian abdomen atau rektum.
 - Najis berdarah, atau bernanah. Najis berwarna hitam seperti tar.
 - Tanda nyahhidrat, yang mungkin termasuk kelesuan atau kelemahan, gayat, dan/atau air kencing berwarna gelap.

Cara Mencegah
Cara terbaik untuk mengurangkan risiko anda mendapat cirit-birit ialah dengan menjaga kebersihan diri. Basuh tangan dengan kerap, terutama sekali selepas menggunakan tandas, kerana kuman mudah tersebar menerusi sentuhan.

Amalkan tabiat menjaga kebersihan apabila mengendalikan makanan, sentiasa basuh tangan dengan bersih selepas mengendalikan makanan, terutama daging mentah atau makanan lain yang belum dimasak.

Daging dan ayam hendaklah dimasak dengan betul untuk membunuh sebarang bakteria, dan buah-buahan dan sayuran yang dimakan mentah hendaklah dibasuh dengan betul menggunakan air bersih. Ramai antara kita biasa mengalami cirit-birit, tetapi ini tidak bermakna ia tidak boleh membawa komplikasi.

PROFESOR MADYA DR SHEIKH ANWAR ABDULLAH adalah seorang perunding gastroenterologi dalam Badan Penasihat Perut Sihat. Penulis ini tidak mempunyai kaitan dan tidak menyokong sebarang jenama atau produk. Rencana ini adalah sumbangan Badan Penasihat Perut Sihat dan disokong oleh Program Perut Sihat Vitagen. Untuk mendapat buku panduan kesihatan penghadaman secara percuma atau maklumat lanjut, sila hubungi 03-5621 1408.

Artikel Penuh: Utusan Online
Blog Widget by LinkWithin

7 komen disini yer..:

Anonymous said...

Thank you, I have just been searching for info about this

subject for ages and yours is the greatest I've discovered so far. But, what about the

conclusion? Are you sure about the source?
My web-site :: almoradi.us

Anonymous said...

Thank you for the sensible critique. Me & my neighbor were just preparing to do
a little research

on this. We got a grab a book from our area library
but I think I learned more from this post.


I'm very glad to see such excellent information being shared freely

out there.
My web page ; www.illegalpropertyspain.com

Anonymous said...

You made a few good points there. I did a search on the

theme and found nearly all

persons will consent with your blog.

Take a look at my website: spain sovereign bond yields
My webpage ... spinach orzo pie

Anonymous said...

advertising

My homepage stjosephpost.com
Also see my website - flats for deal in Elche

Anonymous said...

Thank you for every other informative web site.
Where else may just I get that type of information written in such an ideal method?

I have a undertaking that

I am just now operating on, and I've been on the look out for

such information.

Feel free to visit my web blog wiki-ins.ru
Feel free to visit my blog post ... riba roja fishing

nad said...

Info yang sangat membantu untuk atasi cirit birit...tq dear..

Anonymous said...

Thank you sebab share info ni. Saya dah 4 kali cirit birit hari ni