06 August 2009

H1N1 Ni Bala Nik Aziz kata....

KOTA BHARU, 5 Ogos (Hrkh) - Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat mengkiaskan, virus H1N1 yang semakin serius melanda negara hari ini adalah satu bala atas kemungkaran yang berlaku.

Bala ini katanya akan datang tidak mengira samada di kawasan itu ada golongan agama atau sebaliknya, semuanya akan ditimpa.

Lebih-lebih lagi apabila ada golongan agama yang 'membisu' yang tidak mahu menegur atau menasihati kemungkaran yang berlaku, ujarnya sinis.Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan terkini virus H1N1 yang melanda negara yang kini menyebabkan 12 kematian.

"Kita kena serah kepada Allah, bala ini bila mari(datang) dia jangan kata tak ada kena mengena dengan tuhan, alim ulama sebut ia akan kena termasuk kepada orang baik, kerana apa mungkin kerana dia tidak nasihat dan tak tazkirah."

"Oleh itu kita kena kerjasama semua sekali, rakyat mahupun kerajaan kena bekerjasama, jika tidak habis kena bala, bumi ini tuhan punya, justeru kita tidak boleh buat pandai-pandai," katanya.

PERKEMBANGAN TERBARU : Malaysia mencatat satu lagi kematian membabitkan seorang lelaki berusia 57 tahun di Hospital Putrajaya di sini semalam, menjadikan jumlah kematian disebabkan Influenza A (H1N1) meningkat kepada 14 orang.

Blog Widget by LinkWithin

0 komen disini yer..: