Salam...
Bermula 2011 ini dikhabarkan akan bermula pengajaran pendidikan seks kepada 500 000 murid tahun satu. Kurikulum baru ni akan di ajar melalui subjek pendidikan kesihatan. Ia nya akan di dimulakan dengan Tahap 1 iaitu Darjah 1 hinggalah 3. Untuk Tahap 2, iaitu darjah 4-6 akan bermula pada tahun 2014.
Tak nafi masih ada yang fikir, pendidikan seks adalah kononya mengajar cara membuat seks, oleh kerana namanya ada perkataan seks ianya selalu disalah erti dan disalah paham. Patut ia tidak diberi nama pendidikan seks lah kan kan?
Tak nafi masih ada yang fikir, pendidikan seks adalah kononya mengajar cara membuat seks, oleh kerana namanya ada perkataan seks ianya selalu disalah erti dan disalah paham. Patut ia tidak diberi nama pendidikan seks lah kan kan?
Sekiranya ianya telah benar benar dibincang dengan mendalam dan dikatakan kemeterian mendapatkan pendapat dari ramai pihak, Lanun disini ingin mengingatkan beberapa perkara :
- Tegaskan pada murid beragama Islam, Zina adalah haram.( tak kira la guna kaedah seks selamat atau tidak mengandung)
- Tegaskan juga perbuatan yang membawa kepada Zina.
- Ingatkan peringatan dan amaran dari alquran dan hadis.
- Guru hendaklah yang berkaliber dan berniat ingin membetulkan masyarakat bukan sebab nak dapat gaji, dan sambil lewa saja. kalau cenggitu FAIL lah matlamat kurikulum ni.
- Guru yang mengajar itu jangan dari kalangan yang gatal dan gila seks. (pantau!)
- Lanun rasa lebih baik kelas asing perempuan dan lelaki, supaya mudah penerangan.
- Setakat ni, ni je la Lanun terfikir..
- Penerapan agama dan penguatkuasaan adalah lebih penting sebenarnya.
- Kembali lah pada Islam..penyelesaian kepada semua hal. Islam untuk kaum manusia dan jin.
6 tunjang menjadi teras pengisian pendidikan seks yang akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Tahun Satu hingga Enam mencakupi perkembangan manusia, perhubungan, perkahwinan dan kekeluargaan, kemahiran kendiri, kesihatan dan tingkah laku seksual serta masyarakat dan budaya.
“Perkembangan manusia mendedahkan murid mengenai pengetahuan sistem reproduktif manusia, manakala perhubungan pula menjurus mengenai kasih sayang dan persahabatan. Murid turut didedahkan mengenai perkahwinan dan kekeluargaan yang merangkumi tanggungjawab sepanjang hayat sebagai ibu bapa, manakala kebolehan dalam membuat keputusan menjadi pengisian kepada tunjang kemahiran kendiri.
“Turut diberi penekanan adalah kesihatan dan tingkah laku seksual yang membicarakan amalan seks sepanjang kehidupan, kaedah mengelakkan hubungan seksual, fantasi, kehamilan, penyakit seksual berjangkit, HIV dan Aids, manakala masyarakat dan budaya pula menyentuh mengenai isu seks dan masyarakat dan perundangan,” katanya kepada Berita Harian di pejabatnya di sini.
Baca versi penuh penerangan oleh Datu Dr Julaihi Bujang : KLIK SINI
4 komen disini yer..:
hmm..agak btol ape yg kmoo fkirkn tu
setuju dengan pendapat lanun tu..
ape2 pun kena kembali kepada penerapan asas islam dalam membezakan mana yang haram dan mana yang halal..
dari awal kurikulum perlu ade penegasan yang zina adalah haram ;))
ape2 pun setuju sangat2 dengan pendapat lanun tu ;))
just another subject untuk lulus periksa...
the root mesti ditanam di rumah, di sekolah bukan tak ada matapelajaran agama Islam, moral. etc yg mendidik nilai2 murni.
apa guna di sekolah belajar tentang bahaya seks, adab2 etc tp balik rumah mak bapak tgk video lucah, cakap lucah, adik beradik melucah2, jiran2 melucah...
but i support la this effort. bukan mudah nk ubah sesuatu.
anak2 kecil yg dah pandai buat seks dalam usia berhingus bukan lahir2 terus terasa nak buat seks, must be ada something yg trigger. akar2 dia ni yg kena dihapuskan.
oohh tak dapat bayangkanlah. di sekolah belajar satu subjek, maximum sejam je sehari. balik rumah bukak TV tgk adegan orang cium2. jalan sana jalan sini tgk orang pegang2, cium2 di khalayak. kesian budak2 ni. semoga mak bapak mereka pun mempraktik benda sama di rumah.
to hana : yup, betul tu.. Lanun risau..ngan keadaan skrg, takut zuriaat kita nnt akan terpengaruh bila sosial kat negara kt makin teruk. Ye, zina haram!.
to mommy : yer kak, alu kita didik kat umah dah baik n betul, tp persekitaran teruk n pengaruhi anak2 kita. Mana tak terjerat anak anak kita. Yg menghalang mak n ayah. Tapi yang menggalak TV, kawan, internet, pergaulan, n DLL.. hu3.
Post a Comment