Showing posts with label cikgu. Show all posts
Showing posts with label cikgu. Show all posts

20 May 2011

Semakan Tawaran KPLSPM Ambilan Jun 2011

0 komen disini yer..
Salam..
Lanun kongsikan info mengenai pembukaan aplikasi sistem semakan tawaran KPLSPM [ Kursus Perguruan Lepas SPM ] untuk ambilan bulan 6 2011 secara online pada laman sesawang berikut : KPLSPM Ambilan Jun 2011 Klik!!

17 April 2011

Semakan Panggilan Temu Duga Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2011

0 komen disini yer..

Salam.. Lanun kongsikan satu maklumat pengumuman dari Laman web }KPM : 
Adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Semakan Panggilan Temu Duga Kursus Perguruan Lepas SPM (KPLSPM) Ambilan Jun 2011 boleh dibuat mulai pada 12 April 2011 (Selasa) melalui laman sesawang Kementerian Pelajaran Malaysia. Sila [KLIK DISINI].

Harap maklum.
Diterbitkan Oleh: Bahagian Pengurusan Maklumat

01 December 2010

2011 Pendidikan Seks Untuk Tahun 1 - 3 & Sedikit Pendapat Peribadi Lanun...

4 komen disini yer..
Salam...
Bermula 2011 ini dikhabarkan akan bermula pengajaran pendidikan seks kepada 500 000 murid tahun satu. Kurikulum baru ni akan di ajar melalui subjek pendidikan kesihatan. Ia nya akan di dimulakan dengan Tahap 1 iaitu Darjah 1 hinggalah 3. Untuk Tahap 2, iaitu darjah 4-6 akan bermula pada tahun 2014.

Tak nafi masih ada yang fikir, pendidikan seks adalah kononya mengajar cara membuat seks, oleh kerana namanya ada perkataan seks ianya selalu disalah erti dan disalah paham. Patut ia tidak diberi nama pendidikan seks lah kan kan?

Sekiranya ianya telah benar benar dibincang dengan mendalam dan dikatakan kemeterian mendapatkan pendapat dari ramai pihak, Lanun disini ingin mengingatkan beberapa perkara :
  • Tegaskan pada murid beragama Islam, Zina adalah haram.( tak kira la guna kaedah seks selamat atau tidak mengandung)
  • Tegaskan juga perbuatan yang membawa kepada Zina. 
  • Ingatkan peringatan dan amaran dari alquran dan hadis.
  • Guru hendaklah yang berkaliber dan berniat ingin membetulkan masyarakat bukan sebab nak dapat gaji, dan sambil lewa saja. kalau cenggitu FAIL lah matlamat kurikulum ni.
  • Guru yang mengajar itu jangan dari kalangan yang gatal dan gila seks. (pantau!)
  • Lanun rasa lebih baik kelas asing perempuan dan lelaki, supaya mudah penerangan.
  • Setakat ni, ni je la Lanun terfikir..
  • Penerapan agama dan penguatkuasaan adalah lebih penting sebenarnya. 
  • Kembali lah pada Islam..penyelesaian kepada semua hal. Islam untuk kaum manusia dan jin. 
Antara isi kurikulum pendidikan seks pada januari tahun depan ialah : 

6  tunjang menjadi teras pengisian pendidikan seks yang akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Tahun Satu hingga Enam mencakupi perkembangan manusia, perhubungan, perkahwinan dan kekeluargaan, kemahiran kendiri, kesihatan dan tingkah laku seksual serta masyarakat dan budaya.

“Perkembangan manusia mendedahkan murid mengenai pengetahuan sistem reproduktif manusia, manakala perhubungan pula menjurus mengenai kasih sayang dan persahabatan. Murid turut didedahkan mengenai perkahwinan dan kekeluargaan yang merangkumi tanggungjawab sepanjang hayat sebagai ibu bapa, manakala kebolehan dalam membuat keputusan menjadi pengisian kepada tunjang kemahiran kendiri.

“Turut diberi penekanan adalah kesihatan dan tingkah laku seksual yang membicarakan amalan seks sepanjang kehidupan, kaedah mengelakkan hubungan seksual, fantasi, kehamilan, penyakit seksual berjangkit, HIV dan Aids, manakala masyarakat dan budaya pula menyentuh mengenai isu seks dan masyarakat dan perundangan,” katanya kepada Berita Harian di pejabatnya di sini.

Baca versi penuh penerangan oleh Datu Dr Julaihi Bujang  : KLIK SINI

23 November 2010

SPM 2010 STPM 2010 Semoga Berjaya!

3 komen disini yer..
Salam...
Blog Lanunsepet mengucapkan ucapan selamat berjaya kepada semua calon calon SPM dan STPM 2010 tahun ini. Buat yang terbaik, semoga apa yang telah diusahakandibayar dengan keputusan yang cemerlang. Usaha Doa Tawakal...Betulkan niat.

Lanun ingin mengingatkan SPM dan STPM merupakan satu peperiksaan yang sedikit sebanyak bakal mencorakkan masa depan korang, jadi jangan anggap ia sesuatu yang remeh. Zaman sekarang semua pekerjaan memerlukan sijil untuk menentukan taraf gaji dan pangkat. Jadi, teruskan menuntut ilmu selagi ada kemampuan dan minat.

21 November 2010

Pemohonan ke Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Mac 2011

7 komen disini yer..
Salam.. Lanun kongsikan info dari Laman Web MOE :

Sukacita dimaklumkan bahawa Pemohonan ke Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan Mac 2011 bagi Pegawai Pendidikan Bukan Siswazah (PPPBS) yang sedang berkhidmat di Bahagian/Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) / Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) / sekolah rendah / sekolah menengah / sekolah bantuan kerajaan di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia boleh dilakukan di laman web KPM bermula 22 November 2010 sehingga 22 Disember 2010. Sila klik di sini : http://apps.moe.gov.my/kdp/ppg/

Diterbitkan Oleh: Bahagian Pengurusan Maklumat

SEBARANG MASALAH SILA RUJUK PENGUMUMAN ASAL DI WEBSITE MOE [www.moe.gov.my] SILA RUJUK BAHAGIAN PEMBERITAHUAN.. SKROLL KEBAWAH BHGN PEMBERITAHUAN DI WEB MOE UNTUK BERITA LEPAS.


LINK ASAL : http://www.moe.gov.my/?id=13&aid=1493
WEB MOE : BHAGIAN PEMBERITAHUAN http://www.moe.gov.my/?id=13

29 March 2010

Kisah Teladan : Mutiara Dalam Perut Ikan Dapat Kekayaan Dalam Derhaka Pada Allah...

0 komen disini yer..
Sekumpulan nelayan turun ke laut untuk menangkap ikan. Setelah tiga hari mereka berada di laut, mereka langsung tidak mendapat walau pun seekor ikan. Pada masa yang sama terdapat sekumpulan lagi nelayan yang mendapat banyak ikan, tetapi mereka ini tidak pernah sujud kepada Allah.

Kumpulan yang pertama tadi berkata:
Subhanallah, kita solat tetapi gagal menangkap ikan walaupun seekor. Sementara mereka yang tidak pernah sujud kepada Allah mendapat banyak hasil tangkapan. Lantas syaitan membisikkan kepada mereka agar meninggalkan solat.