Showing posts with label SEO melayu mudah. Show all posts
Showing posts with label SEO melayu mudah. Show all posts

09 April 2011

Tingkatkan Trafik Blog Anda Dengan Yahoo Buzz

6 komen disini yer..
PENGUMUMAN - Yahoo Buzz Di Tutup Oleh Yahoo bermula 20 April 2011

Dari Yahoo Answer : Yahoo Buzz was stopped on 21st April 2011. There was a little notice given but no reasons as to why, except 'staffing numbers'. Presumably, they are making redundancies. On the forum before it closed there was a lot of conjecture as to why this was happening such as:::;1. Certain people in government didn't like the criticism directed their way. 2. Some on Buzz were going a bit over the top with their comments and it was getting quite heated at times. It could have been handled better and people could have been informed properly instead of having to search around for an answer. I myself emailed Yahoo and eventually received an answer, but it was not very comprehensive and didn't go into much detail.

Sayang betul tak dapat guna servis Yahoo Buzz ni, yang tinggal hanya Yahoo Buzz Log. Nak submit memang tak boleh dah Harap Maklum.


Salam...
Dah lama rasanya Lanun tak share ilmu berkaitan blogging ni. Jadi hari ni Lanun ingin share kan satu lagi tips yang Lanun lihat berkesan pada trafik blog Lanun sendiri. Apa yang Lanun nak cerita kat sini Lanun dah try dan terbukti InsyaAllah. Korang boleh cuba dan lihat hasilnya bagaimana.

Pengenalan?
Yahoo Buzz, pernah dengar? biasa guna? ianya adalah satu medium untuk internet user submit story yang dieorg minat dan ingin kongsikan pada yang lain. Ianya sama seperti Digg, Delicious, Innit Nuffnang, Im curtain, My Ebuzz dan yang sewaktu dengannya.

Kelebihan?
Tapi apa kelebihannya berbanding laman web yang lebih kurang fungsinya tu? Kelebihanya ialah ia berada di bawah Yahoo sendiri, jadi secara logiknya apa yang Lanun faham Yahoo Buzz akan memberi sedikit sebanyak pengaruh pada hasil carian Yahoo Search Engine. Pastilah dia akan utamakan Yahoo Buzz kan? salah satu service company diaorang. Pastinya ia percuma!

Bagaimana ia berfungsi?
Seperti laman web yang lain, apabila kita submit artikel kita di Yahoo Buzz ini secara automatik kita akan menambah backlink blog post kita. Backlink ini sangat penting untuk trafik dan ianya elemen penting bagi SEO itu sendiri.

Gambar di bawah ni menunjukkan YahooBuzz yang Lanun baru sahaja 1, 2 hari gunakan dah mampu tersenarai sebagai 10 Referring Site tertinggi dengan cepat [ maksud : Lamanweb asal yang bawa visitor ke blog kita ]. Ini memberi semangat pada Lanun untuk berkongsi ilmu ini bersama dengan blogger yang lain.
Gambar dari Blogspot Stats for Lanunsepet

Cara nak guna servis Yahoo Buzz?
1. Buka www.buzz.yahoo.com
2. Sign In
3. Klik Submit pada menu sebelah kanan
4. Paste URL post yang anda ingin submit
5. Klik Preview
6. Lengkapkan maklumat yang diminta
7. Klik Submit

Done! Siap dah, Post tu akan disubmit ke database Yahoo Buzz dan bersedia untuk menjadi hasil carian pengguna internet yang mencari artikel berkaitan dengan post itu. Lanun harap dengan perkongsian ini akan menambahkan lagi ilmu kita disamping meningkatkan trafik ke blog anda semua. Sekian...Tq sudi membaca.

21 June 2010

Analisa : Trafik dan 10 Keyword Paling Popular Minggu Ini

19 komen disini yer..
Salam..
Lanun terpaksa update awal mengenai analisa trafik, pelawat, dan keyword terhangat minggu lepas hingga ke hari ini. Bukan apa, besok Lanun takut tak sempat sebab ada test besok. Lanun harap semua doakan urusan Lanun dan kita semua besok hari dipermudahkan Allah SWT.

Analisa trafik menurun
Untuk analisa minggu lepas, Lanun punya UV nampaknya menurun sedikit. Sebelum ni Lanun dapat trafik banyak daripada jadual worldcup waktu malaysia malangnya bilangan search dari keyword tersebut makin kurang dari hari ke hari. Hari ini hanya dalam 5,6 sahaja search jadual tu. Memang logik la kan memang akan berkurang search pasal tu.


Keyword popular
Keyword yang lain biasa biasa saja, cuma sekarang Lanun nampak makin ramai yang update pasal drama dan sinetron terbaru kat TV3. Antaranya Alisa, benci bilang cinta, dan ilusi. Ada yang sediakan link untuk download drama, download OST, dan tak kurang jugak yang buat review pasal drama drama baru ni. Lanun pulak setia dengan Arjuna ha3. Trafik dari drama dan sinetron ni banyak tau. Yang dapat trafik begini adalah hasil dari aplikasi tips tips SEO. Apa itu SEO?

Trafik Malaysia dari Drama TV
Lanun sebenarnya taknak update pasal drama drama melayu ni (arjuna lain, special kes ha3). Tapi untuk pengetahuan korang, dari drama drama ni lah trafik datang dan jadi rahsia kebanyakan blog blogger baru yang meningkat naik. Memang di Malaysia ni trafik cukup banyak datang dari hiburan TV. Apa yang orang nampak kat TV orang akan cari di internet contohnya lagu tema OST, biodata pelakon, sinopsis dan link download.

bilangan search di bawah 16 tidak ditunjuk.. walaupun 1 ia tetap bermakna.. bilangan sebelah kanan jadual menunjukkan berapa kali orang search keyword tu di internet, dan mereka klik artikel tu di blog kita,

p/s : Nampaknya kena cari isu baru yang popular dan sedang di gilai ramai, apa agaknya yer?