Showing posts with label blogger tips. Show all posts
Showing posts with label blogger tips. Show all posts

09 October 2011

Tutorial Convert Youtube ke Mp3 Paling Mudah

7 komen disini yer..
Salam..
Lanun sharekan salah satu daripada pelbagai cara untuk convert / tukar video youtube kepada format mp3. Sebelum ni Lanun ada cuba software, dengan download video kemudian convert ke mp3 guna software lain pulak. Leceh dan kadang kadang tak boleh nak convert. Tapi, kaedah ini merupakan yang paling mudah setakat yang Lanun tahu. Iaitu menggunakan laman web www.youtube-mp3.org. Jadi sapa yang nak ambil lagu dan tukarnya ke mp3 bolehlah cuba.

Cara caranya ialah :
1. Copy URL video dari Youtube
2. Paste kan di Laman web Youtube to Mp3 Converter
3. Tekan Convert Video
4. Klik Download

Penerangan bergambar dibawah.


28 September 2011

Tips Elak Kecurian Harta Benda dan Keselamatan Keluarga

3 komen disini yer..


Credits to : Ct Nafisa Facebook (sekiranya dia bukan pemilik asal maaf)

Banyak kes pecah rumah dan ada ahli keluarga dibunuh atau dirogol oleh perompak. Muhasabahkan diri kita. Adakah kita pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai ketua dalam keluarga menentukan anak-anak dan isteri kita selamat ketika tidur waktu malam hari? Adakah kita pernah memagar rumah kita secara fisikal dan dipagari dengan pendinding ayat Al-Quran.

Sambung baca lagi dibawah yer..

22 June 2011

Aku Seorang Blogger

13 komen disini yer..


Salam..
Siapa Lanunsepet? ramai rasanya tak kenal Lanun, ya..perkenalkan aku seorang blogger. Ni Lanun kongsikan bebelan Lanun yang panjang lebar dibawah.. so sebelum kita mulakan pelayaran ni..ni nak bagitahu, post kali ini adalah sempena dengan contest SEO yang di jalankan oleh 2dayblogger.com dengan tema keyword pilihan Aku Seorang Blogger.

Aku bukan seorang blogger yang tegar tapi nak masuk jugak hehe Lagipun ilmu blogger pun masih banyak Lanun tak reti, dan aktiviti Blogger satu pun Lanun tak pernah lagi berkesempatan nak join..Jadi dengan rasa rendah diri Lanun join contest Aku Seorang Blogger ni.

Sejarah sket yer.. Lanun dah hampir dua tahun jadi seorang blogger. Bermula dengan post pertama pada 24julai2009 lanun perlahan perlahan memahami selok belok profession seorang blogger. Ingatkan susah, padahal punyalah kacang senang menjadi blogger ni. Terimakasih pada Blogspot yang memudahkan perjalanan blogger.

Sambung pembacaan anda.. (AWAS, bahan mudah bosan dibawah.. he3)

14 June 2011

Tutorial Back To Top & Move To Bottom

3 komen disini yer..
Salam..
Satu lagi siri tutorial dari Lanunsepet, kali ni dengan bagaimana memasang fungsi butang Back To Top dan Move to Bottom pada Blog korang. Mudah mudah memang mudah.. So rasanya tak payah nak terang panjang panjang rasanya ramai yang tahu bagaimana kod html dia berfungsi. 

Cuma nak bagitahu fungsi ni amat penting bagi memudahkan visitor untuk navigasi dalam blog kita, lebih lebih melibatkan artikel post yang cukup panjang.. Nak tenyeh tenyeh skroll penat, Nak klik klik malas, jadi ini penyelesaiannya. 

Langkah 1 
Login > Design > Add a gaddget > HTML/Javascript > Paste kod html dibawah.
** Title tidak perlu @ anda boleh selitkan kod ni dimana mana gadget.

<a style="display:scroll;position:fixed;bottom:260px;right:5px;" href="#" rel="nofollow" title="Back to Top"><img style="border:0;" src="http://i31.tinypic.com/2vtqqt3.png"/></a>
<br/>
<a style="display:scroll;position:fixed;bottom:225px;right:5px;" href="#GoDown" title="Move to Bottom" > <img style="border:0;" src="http://i32.tinypic.com/16lle91.png"/></a>

Langkah 2
Design > Edit HTML > Expand Widget Template > Cari </body> > Pastekan kod <a name='GoDown'/> di atas @ sebelum </body>  > Save template > View Blog

<a name='GoDown'/>

Ok siiiiap!, timekasih n credit pade www.cooltricksntips.com

11 June 2011

Blogger Blogspot Bakal Hadapi "Tsunami Besar"

4 komen disini yer..
Salam...
Lanun teringat perkataan tsunami bila dirujuk pada PRU yang lalu dimana orang sibuk mengatakan perubahan besar berlaku sehingga dinamakan tsumani politik. Itu dunia politik, bagi Blogger yang menggunakan Blogspot mereka juga telah mengalami sedikit sedikit perubahan kecil dan ini akan di ikuti oleh Tsunami besar tidak lama lagi.

Bila? itu tak tahu lagi tetapi Blogger menjanjikan perubahan yang besar dan serba baru pada interface Blogger di Blogspot. Akan ada banyak fungsi baru dan wajah baru yang akan kita lihat nanti. Ianya telah pun dilaporkan dalam Blog rasmi BloggerInDraft dalam post bertajuk Blogger Redesigned!! Teruja lak dengar.

Kalau kita menyusuri balik.. banyak dah Blogger ni berevolusi makin lama makin hebat! seriesly. Lanun memang teruja sangat.. Dari readmore, statistik visitor, design template yang sangat mudah, post editor yang makin advance, uploader gambar dan video yang semakin advance, pre preview blog post sebelum publish, dan terbaru tukar favicon dengan mudah. Bagi Lanun, Blogspot makin lama, makin mudah dan advance!

Untuk lihat PREVIEW TSUNAMI BESAR tu boleh rujuk video di bawah. Ia juga sebagai meraikan blogger yang gunakan medium Blogspot sapa lagi kalau bukan Lanun, kamu, kamu n kita semua. Jangan lepaskan peluang lihat video ni, anda akan lihat fakta fakta yang mengejutkan.

p/s : gunakan teknologi untuk sebar ilmu yang berguna...lebih2 lagi dakwah.. 

Nak tahu lagi banyakk.. ?? Baca sini...

75% trafik Blogger dari luar USA.. hebat!

Tutorial Pasang Read More Pada Blog Post

11 komen disini yer..
Salam..
Kadang kadang ada post yang panjang dan bila nak view kesemua menyebabkan blog nampak tidak kemas. Jadi untuk itu Lanun kongsikan satu tutorial bagaimana nak letak @ buat fungsi read more pada blog korang. Selain itu, read more ni boleh dijadikan gimik bagi saspen pada pembaca untuk ketahui apa sambungan cerita korang tu.

Tanpa buang masa, cara paling kacang buat Read More adalah menggunakan "Jump Break" paling mudah! paling cepat! tanpa memerlukan kode html atau skrip ke hape. Dulu2 Lanun kena bersusah payah geledah skrip tu untuk buat fungsi readmore tapi dengan tools Insert Jump Break boleh lupakan dah kesengsaraan edit HTML tu.

klik untuk lebih besauuu..

Kat mana butang Insert JumpBreak ni?
Di bahadian Compose, Ada terletak sebelah kanan button fungsi Insert Video (simbol kertas koyak dua)

Macam mana cara nak guna Jump Break? Mudah....
Semasa buat blog post terbaru atu edit yang lama, Just klik ikon Insert Jump Break tu dimana-mana bahagian teks / gambar dalam post anda. Selepas klik akan muncul satu garisan. Garisan itu menandakan sempadan Read More :
++ Semua yang diatas garisan akan muncul di awal awal
++ Dan yang dibawah garisan akan muncul selepas klik Read More. Mudah kan!.

Kenapa saya takda butang fungsi Jump Break ni?
Mungkin korang gunakan Post Editor yang lama. Just tukar kepada Post Editor yang baru dengan pergi ke Blogger > Setting > Basic > Skrol ke bawah sekali > Global Setting > Select Updated Editor.

ni yang lama.. tidak ada Jump break

tukar pada baru!!... klik untuk lebih besauu..

Ada lagi korang boleh capai..
Readmore dalam blogger ni boleh di customized @ di iedit lagi. Korang boleh tukar perkataan read more tu kepada ayat anda sendiri contohnya " Baca selanjutnya " atau "Nak tahu sambungnya?". Nak tukar tu boleh pergi ke Design > Page Element > Kotak Blog Post > Tekan Edit > Edit bahagian "Post page link text". Done!

09 June 2011

Blogger Umumkan Fungsi Baru, Tukar Favicon Blog Dengan Mudah

15 komen disini yer..

Salam...
Semalam di rasmikan 1 features / 1 lagi fungsi terbaru di Blogger In Draft (Tak keluar secara rasmi di Blogger biasa lagi yer) iaitu menukar favicon (tukar ikon B Blogger yang boooosann) dengan hanya 2 langkah sahaja. Bagaimana tu Incik Lanun? Mudah jer, tak perlu main koding atau kod html dah .. korang hanya perlu :


Step 1. Log In ke Blogger
Step 2. Pergi bahagian Design
Step 3. Lihat bahagian atas n kiri anda di "NavBar" ada butang "Favicon Edit"
Step 4. Klik "Edit"
Step 5. New popup akan keluar..dan pilih apa sahaja ikon



Step 6. Tekan Save n Save design.. Boleh view dulu kalau nak.

Peringatan :
Ianya hanya support fail dalam format .ico yakni format ikon. Jadi korang leh lah search di google icon yang korang nak atau geledah jer My computer korang cari file icon (.ico). Pergi bahagian search my computer taip jer di ruang carian ".ico". Selamat mencuba.

Pertanyaan?
1. File .jpg, .gif, .bmp, .png boleh support tak? masih boleh TAPI..kena convert ke .ico dulu.
2. Apa software yang leh guna nak convert ikon?  IconConverter.com
3. Kenapa saya tak da features ni pun? sila log in ke Blogger In Draft
4. Apa Blogger in Draft nih? ia adalah tempat pengujian / eksperimen designer Blogspot.
5. Boleh tanya di ruang komen k.
6. Seronoknya bila blogger makin maju!.

07 June 2011

Bahasa SMS Rosakkan Karangan Bahasa Melayu Di Sekolah?

3 komen disini yer..
Salam..
Lanun tertarik dengan berita yang dilaporkan bharian hari ini bertajuk Bahasa Terlarang yang menyentuh isu karangan bahasa melayu adik adik kita di sekolah kita di cemari bahasa bahasa ringkas SMS @ shortform. Menurut cikgu berkenaan kes ni semakin serius bila markah pelajar terpaksa di tolak kerana kekerapan penggunaan ayat ayat ringkas dan pendek tu. Ini berpunca dari kuat SMS, chatting dan ber facebook katanya.

Memang setuju.. kalau dah selalu sangat memang macam tu lah. Contohnya dalam blogging ni. Kadang kadang terbawa bawa juga guna ayat short form. Tapi ia nya tak bahaya kerana Blog ni tak libatkan exam dan markah kan. [seo tips : guna ayat penuh..jangan shortform!]

Dengan isu ni, Nampaknya tambah lah kerja guru untuk memberi kesedaran dan teguran pada murid murid. Selain tu, kempen kempen penggunaan bahasa dan ayat yang betul juga satu idea yang baik untuk atasi masalah ni. Lanun harap adik adik lebih berhati hati dalam bab bab akademik.

14 May 2011

Blogger Dah Kembali Seperti Biasa..

1 komen disini yer..

Salam..
Sepanjang Lanun berblogging inilah pertama kali Lanun jumpa dengan isu ni. Tak tahu lah ungkin sebelum Lanun start jadi Blogger perkara ni mungkin pernah berlaku. Genap seharian 24 Jam kalau tak silap Lanun Blogger terpaksa di "shutdown" dan hanya dalam read only mode untuk kerja kerja maintenance. Selain itu post yang di publish pada hari rabu lalu di delete buat sementara waktu, dan akan kembali semula dalam senarai post tidak lama lagi.

Apakah puncanya? Itu kalau nak tahu boleh baca di link ini. [http://buzz.blogger.com/2011/05/blogger-is-back.html] Menurut apa yang Lanun baca secara ringkas ianya berlaku kerana corrupted data. Jadi geng blogger terpaksa buat readonly mode kemuadian restore data data yang telah corrupted tu. Hmm..baru la lega dapat log in..Mati kutu juga semalam tak dapat buka Blogger.

p/s : Mesti semua staff Blogger kena OT hehe.. Papepun Blogger jugak yang best simple n mudah, rasanya tak perlu kot beralih pada Wordpress buat masa nih. All the best Blogger Team.

09 April 2011

Tingkatkan Trafik Blog Anda Dengan Yahoo Buzz

6 komen disini yer..
PENGUMUMAN - Yahoo Buzz Di Tutup Oleh Yahoo bermula 20 April 2011

Dari Yahoo Answer : Yahoo Buzz was stopped on 21st April 2011. There was a little notice given but no reasons as to why, except 'staffing numbers'. Presumably, they are making redundancies. On the forum before it closed there was a lot of conjecture as to why this was happening such as:::;1. Certain people in government didn't like the criticism directed their way. 2. Some on Buzz were going a bit over the top with their comments and it was getting quite heated at times. It could have been handled better and people could have been informed properly instead of having to search around for an answer. I myself emailed Yahoo and eventually received an answer, but it was not very comprehensive and didn't go into much detail.

Sayang betul tak dapat guna servis Yahoo Buzz ni, yang tinggal hanya Yahoo Buzz Log. Nak submit memang tak boleh dah Harap Maklum.


Salam...
Dah lama rasanya Lanun tak share ilmu berkaitan blogging ni. Jadi hari ni Lanun ingin share kan satu lagi tips yang Lanun lihat berkesan pada trafik blog Lanun sendiri. Apa yang Lanun nak cerita kat sini Lanun dah try dan terbukti InsyaAllah. Korang boleh cuba dan lihat hasilnya bagaimana.

Pengenalan?
Yahoo Buzz, pernah dengar? biasa guna? ianya adalah satu medium untuk internet user submit story yang dieorg minat dan ingin kongsikan pada yang lain. Ianya sama seperti Digg, Delicious, Innit Nuffnang, Im curtain, My Ebuzz dan yang sewaktu dengannya.

Kelebihan?
Tapi apa kelebihannya berbanding laman web yang lebih kurang fungsinya tu? Kelebihanya ialah ia berada di bawah Yahoo sendiri, jadi secara logiknya apa yang Lanun faham Yahoo Buzz akan memberi sedikit sebanyak pengaruh pada hasil carian Yahoo Search Engine. Pastilah dia akan utamakan Yahoo Buzz kan? salah satu service company diaorang. Pastinya ia percuma!

Bagaimana ia berfungsi?
Seperti laman web yang lain, apabila kita submit artikel kita di Yahoo Buzz ini secara automatik kita akan menambah backlink blog post kita. Backlink ini sangat penting untuk trafik dan ianya elemen penting bagi SEO itu sendiri.

Gambar di bawah ni menunjukkan YahooBuzz yang Lanun baru sahaja 1, 2 hari gunakan dah mampu tersenarai sebagai 10 Referring Site tertinggi dengan cepat [ maksud : Lamanweb asal yang bawa visitor ke blog kita ]. Ini memberi semangat pada Lanun untuk berkongsi ilmu ini bersama dengan blogger yang lain.
Gambar dari Blogspot Stats for Lanunsepet

Cara nak guna servis Yahoo Buzz?
1. Buka www.buzz.yahoo.com
2. Sign In
3. Klik Submit pada menu sebelah kanan
4. Paste URL post yang anda ingin submit
5. Klik Preview
6. Lengkapkan maklumat yang diminta
7. Klik Submit

Done! Siap dah, Post tu akan disubmit ke database Yahoo Buzz dan bersedia untuk menjadi hasil carian pengguna internet yang mencari artikel berkaitan dengan post itu. Lanun harap dengan perkongsian ini akan menambahkan lagi ilmu kita disamping meningkatkan trafik ke blog anda semua. Sekian...Tq sudi membaca.

20 August 2010

Apa Perlu Buat Bila Dah Dapat Buffered Ads

18 komen disini yer..
Salam..
Kebelakangan ramai yang dapat buffered ads, macam pesta pulak he3. Lanun rasa jealous lak tengok korang dapat iklan buff Nuffnang tu, Series!. Tapi dalam jeles jeles tu Lanun hepi gak sebab kiter same same dapat merasa buffered.


Dulu Lanun rasa sekarang korang pulak. Masa dulu dulu bukan senang nak dapat, sekarang adil semua orang dapat merasa sikit sikit. Tochey Nuffnang...  Lanun kat sini nak bagi tips, em.. rasanya bukan tips tapi senarai "to-do-list" apa yang korang perlu buat bila dah dapat buffered ads :

1.     Ni langkah wajib bagi pemegang Buffered Ads..
Buffered earning akan di update setiap hari, berbeza dengan update yang biasa iaitu pada hari Isnin setiap minggu. Untuk pengetahuan, trafik yang tinggi berkadar langsung dengan duit yang korang akan dapat.

Buffered ads akan meningkat nilainya dan bonusnya bila pengunjung unik UV visitor anda meningkat. Jadi, korang cuba lah sedaya upaya tingkat kan trafik blog korang. Sebenarnya tak susah, tapi perlukan cara dan teknik yang sesuai.

Lanun : Nak raya ni.. apa kata korang pulun buffered sebelum raya ni betul tak?
Blogger : Kumpul duit beli hosting .com

2.     Ada had dan limit Buffered Ads tu jadi...
Ads yang di buffered kan ke blog korang tu akan keluar sepanjang kempen produk tersebut. Bila kempen atau promosi tu dah habis dia akan stop dan jadi metered earning. maksudnya iklan tu takkan keluar dah lar. Jadi jangan tangguh blogwalking ok, nanti dah habis kempen ads tu rugi lar tak sempat earning nak naik. Tempoh ikaln tu keluar, tak siapa yang tahu. Itu antara syarikat dan Pihak Nuffnang.

Blogger : Tapi Lanun, orang busy lar.. 
Lanun : kalau busy suruh lah blog tu berjalan sendiri he3... 

3.     Buffered Ads tu boleh hilang kalau...
Ada sesetengah pendapat mengatakan, trafik yang tak stabil akan buat buffered ads tu hilang dan cepat jer tukar jadi metered earning. So, kalu jadi rugi la korang.. jalan terbaik maintainkan trafik atau tingkatkan lagi kasi pecah he3.

Tapi ada juga pendapat yang dia akan menempel jer bila dah dapat. Habis kempen ads tu dia akan turun la jadi metered earning. Rasanya dia tak hilang pun kalau tak maintain.

Lanun : Maintain apa barang, kasi up lar.. ni masa yang sesuai nak tambah duit poket.. leh dapat sampai ratus ratus tau satu buffered..Series!!


Ni sekadar peringatan untuk semua blogger blogger yang dapat buffered earnings, Korang mesti dah tahu perkara ni kan simple je. Tapi Lanun nak gtau jugak tak kire tak kire he3. Semoga dapat earning yang masyuk untuk raya 2010 ni. Selamat berpuasa!! Go Blogger.. jangan lupa rajin rajin la melanun kat sini k bye bye..

28 May 2010

Lelaki Kotak & Perempuan Wayar...

15 komen disini yer..
Salam....
Macam ada betulnya...

Lelaki : Otaknya dibina berkotak kotak.. kotak itu kotak ini, kotak study, kotak kerja, kotak isteri, kotak duit, kotak hobi, kotak anak anak, kotak kereta, kotak memori lama, kotak ptptn, kotak hutang, kotak tidur, kotak rehat,  kotak dan kotak macam macam kotak lagi. Setiap kotak tak bersentuh antara satu sama lain.

Perempuan : Otaknya dibina dengan wayar, wayar itu wayar ini.. wayar study, wayar kerja, wayar suami, wayar anak anak, wayar ibu mertua, wayar family, wayar tidur, wayar kereta, wayar hutang ptptn, wayar memori lama, wayar duit, wayar bla bla, semua wayar wayar. Semua wayar ni bersambung / bersentuh antara satu sama lain "short".

Situasi : 

Lelaki : Setiap kotak ni tak bersentuh antara 1 sama lain, jadi berkemampuan buat sesuatu, dan pada masa yang sama boleh lupakan perkara yang satu lagi. Lupakan pasal kerja dan family sambil main golf.

Perempuan : Semua nya wayar, short/ bersentuh antara 1 sama lain. Ada masalah ngan kerja leh efek wayar lain, short dengan wayar rehat, short dengan wayar tidur. Tidur and rehat mula terganggu. 

Sumber : motivation video from youtube..


30 April 2010

Berjaga Lewat Malam... Apa Rahsia Korang??

12 komen disini yer..
Salam...

Ramai para para sakura blogger yang berjaga lewat malam, ape ek rahsia korang boleh berjaga hingga lewat malam cenggini?? Amalkan produk ape? Ape, Siape, n Kenape leh stay up? Lanun nyer alasan stay up senang jer, mengadap internet jer dah cukup untuk Lanun duduk berjam jam depan notebook sampai nak kul 4 dah ni ha3 series. Korang ngadap lama-lama ni sebab ade kerja ker ek? atau takda kerja ker, ada kerja ke, pun memang korang dok jaga sampai malam buta?

Tips berjaga lewat malam :
1. Minum kopi kaw2.. Lanun suggest mai secawan...
2. Bukak lagu rancak n kuat kuat. (mungkin anda akan cedera diserang dgn objek keras)
3. Jangan mengadap laptop/blogging atas tilam. (cari nahas)
4. Kunyah kunyah dan kunyah lah ape2 yang boleh dikunyah.
5. Minum Longjack Org Kg, Redbull ha3.. (tapi ni tak baik sebenarnya)
6. Pasang lampu terang benderang (bagi hantu tak datang hasut korang)
7. Fikrkan kerja yang berlambak kalu tak siap anda yang "siap"!!
8. Elak makan kenyang sangat.
9. Ajak orang teman korang bersembang. (kat tingkap ade sorang)
10. Tampar pipi sendiri biler terfikir pasal bantal atau tilam. (kuat la sket...)

Dah la kot.. entah leh gune ke tak tips Lanun nih he3. Hmm..berjaga malam lewat lewat ni kompem buat peroot jadi lapar, nak tidur terus ker? tak mau ah tido dalam keadaan lapar nih, terseksa wei owh.... jadi kiter g sebat Roti Kaya + Milo Tarik dulu kat kedai mamak depan nie. Bismillah...

balik makan terus wat post nih... tq rotikaya.. Blurrppp...