Showing posts with label wajah. Show all posts
Showing posts with label wajah. Show all posts

26 July 2011

Gambar Duit Syiling Baru Malaysia

2 komen disini yer..
Salam..
Lanun kongsikan 1 info yang menarik Lanun baca di Malaysiakini tadi iaitu mengenai wajah baru duit syiling kita di Malaysia. 10sen 20sen 50sen dan 5sen akan mendapat sentuhan baru mulai tahun hadapan. Bagaimana rekabentuk duit syiling kita yang baru boleh tengok gambar di bawah. Nampaknya 50sen dan 20sen akan jadi warna emas tu, n 5sen dan 10sen kekal warna perak yang lama.

p/s : Boleh lah jual syiling lama kat Mudah.my yer he3..

Antara ciri ciri syiling baru :
  • Lebih kecil dan ringan
  • Rekabentuk baru ciri-ciri keselamatan yang lebih baik untuk mengelak daripada pemalsuan
  • Mempunyai sisi tepi yang berbeza-beza bagi memudahkan orang ramai dan mereka yang kurang upaya penglihatan mengenali dan membezakannya.
  • Siri yang sedia ada akan dikeluarkan daripada edaran secara beransur-ansur
  • Logam baharu yang digunakan untuk membuat duit syiling ini adalah dari jenis yang lebih berkualiti dan tahan lama.
  • Vendor yang mengendalikan mesin wang tunai akan diberikan tempoh enam bulan untuk mengubah suai mesin bagi memudahkan penggunaan duit syiling baharu 
  • Motif reka bentuk duit syiling ini memaparkan keindahan alam semulajadi, flora dan fauna dan seni kraftangan tradisional yang terdapat di Malaysia

11 June 2011

Blogger Blogspot Bakal Hadapi "Tsunami Besar"

4 komen disini yer..
Salam...
Lanun teringat perkataan tsunami bila dirujuk pada PRU yang lalu dimana orang sibuk mengatakan perubahan besar berlaku sehingga dinamakan tsumani politik. Itu dunia politik, bagi Blogger yang menggunakan Blogspot mereka juga telah mengalami sedikit sedikit perubahan kecil dan ini akan di ikuti oleh Tsunami besar tidak lama lagi.

Bila? itu tak tahu lagi tetapi Blogger menjanjikan perubahan yang besar dan serba baru pada interface Blogger di Blogspot. Akan ada banyak fungsi baru dan wajah baru yang akan kita lihat nanti. Ianya telah pun dilaporkan dalam Blog rasmi BloggerInDraft dalam post bertajuk Blogger Redesigned!! Teruja lak dengar.

Kalau kita menyusuri balik.. banyak dah Blogger ni berevolusi makin lama makin hebat! seriesly. Lanun memang teruja sangat.. Dari readmore, statistik visitor, design template yang sangat mudah, post editor yang makin advance, uploader gambar dan video yang semakin advance, pre preview blog post sebelum publish, dan terbaru tukar favicon dengan mudah. Bagi Lanun, Blogspot makin lama, makin mudah dan advance!

Untuk lihat PREVIEW TSUNAMI BESAR tu boleh rujuk video di bawah. Ia juga sebagai meraikan blogger yang gunakan medium Blogspot sapa lagi kalau bukan Lanun, kamu, kamu n kita semua. Jangan lepaskan peluang lihat video ni, anda akan lihat fakta fakta yang mengejutkan.

p/s : gunakan teknologi untuk sebar ilmu yang berguna...lebih2 lagi dakwah.. 

Nak tahu lagi banyakk.. ?? Baca sini...

75% trafik Blogger dari luar USA.. hebat!

07 November 2010

Koleksi Gambar Selepas Hujan Abu Gunung Berapi Merapi di Indonesia

6 komen disini yer..

Salam...
Lanun kumpulkan beberapa 25 keping gambar selepas hujan abu volkanik dari Gunung Merapi yang meletus hujung oktober baru baru ini. Gunung Merapi merupakan gunung berapi paling aktif di dunia menurut apa yang Lanun baca.

Lanun terpanggil untuk paparkan gambar gambar ini selepas terbaca mengenai pengalaman pelajar Malaysia di Yogjakarta yang mengibaratkan keadaan di sana seperti sudah "kiamat". Beliau berkata selepas melihat keadaan serba putih dek abu volkanik dan tidak ada sebarang pergerakan.

Mari kita lihat beberapa gambar suasana di beberapa tempat di Indonesia yang mungkin seperti digambarkan oleh beliau, negeri putih abu. Sila klik "baca sampai habis" untuk lihat gambar ok. [ Bharian - Suasana kiamat di UGM selepas hujan abu, kerikil ]

Sumber Gambar / Pics Source : The Bigpicture, ABC News & The Reuters

29 October 2010

Gambar Design Proton Saga BLM Terbaru

1 komen disini yer..
Proton Saga BLM bakal ada wajah baru? Menurut apa yang Lanun baca di OH! Media dan PaulTan.org Proton Saga akan mengalami perubahan dari segi penampilannya. Apa agaknya pendapat korang dengan gambar model saga baru di bawah? 

Nak tengok gambar / foto design latest SAGA BLM oleh Proton? Nak Lagi jelas? Cekkeydawt link dibawah ni ada banyak gambar kat luar dan dalam kilang Proton sendiri.
  1. Ohtidak.com - design-baru-proton-saga-blm-yang-diperbaharui
  2. Paultan - proton-saga-facelift-artist-renderings-debut-at-klims
  3. Paultan - proton-saga-facelift-new-batch-of-spyshots
  4. Paultan - proton-saga-facelift-spotted-near-bukit-jelutong-nkve-toll
Yang Lama...
Credits to Paultan.org [the 1st source of automotive info]

Yang Baru...
Credits to Paultan.org [the 1st source of automotive info]