Showing posts with label kelebihan. Show all posts
Showing posts with label kelebihan. Show all posts

17 June 2011

Modenas CTRIC, Motosikal Elektrik Malaysia Pertama.

2 komen disini yer..


Salam..
Modenas telah memperkenalkan Motosikal elektrik tempatan yang pertama yang dikenali Modenas Ctric. Modenas CTric telah di iktiraf SIRIM, JPJ dan menepati piawai Japan Industrial Standard. Menurut Modenas, semuanya adalah hasil rekabentuk tempatan.

Berbekalkan tenaga bateri Lead acid, manakala harganya RM 4,888.00 dengan elektrik starter dan boleh mencapai kelajuan maksima 70-80km/j. Untuk mengetahui spesifikasi penuh Motor Modenas Ctric ni boleh lah terus membaca.

10 November 2010

Universiti Tenaga Nasional UNITEN TNB Pengambilan Kemasukan November 2010

1 komen disini yer..
Salam..
satu info Lanun ingin kongsikan kepada semua, iaitu UNITEN telah membuka kemasukan pelajar baru untuk sesi november 2010. Pada yang berminat untuk menyambung pengajian disini bolehlah memohon secara online. Kursus yang ditawarkan antaranya Sains Komputer, Kejuruteraan, Teknologi Maklumat, Bisnes, Pentadbiran, Perakaunan.

Tarikh tutup permohonan : 30 November 2010
Cara memohon : Secara online melalui website Online Aplication Website
Website rasmi : http://www.uniten.edu.my/

29 October 2010

Gambar Design Proton Saga BLM Terbaru

1 komen disini yer..
Proton Saga BLM bakal ada wajah baru? Menurut apa yang Lanun baca di OH! Media dan PaulTan.org Proton Saga akan mengalami perubahan dari segi penampilannya. Apa agaknya pendapat korang dengan gambar model saga baru di bawah? 

Nak tengok gambar / foto design latest SAGA BLM oleh Proton? Nak Lagi jelas? Cekkeydawt link dibawah ni ada banyak gambar kat luar dan dalam kilang Proton sendiri.
  1. Ohtidak.com - design-baru-proton-saga-blm-yang-diperbaharui
  2. Paultan - proton-saga-facelift-artist-renderings-debut-at-klims
  3. Paultan - proton-saga-facelift-new-batch-of-spyshots
  4. Paultan - proton-saga-facelift-spotted-near-bukit-jelutong-nkve-toll
Yang Lama...
Credits to Paultan.org [the 1st source of automotive info]

Yang Baru...
Credits to Paultan.org [the 1st source of automotive info]

20 October 2010

Melaka Maju Pada 20/10, Jam 20:10, Tahun 2010

2 komen disini yer..
Salam...
Malam ini pada jam 20:10 melaka akan diisytiharkan sebagai Negeri Maju. Lanun respek la idea orang yang buat pada tarikh hari ni, kreatif ar dier kan. sape dier? ntah ler..Lanun tak tau, takkan Datuk Ali Rustam sendiri kot? kalau dier mmg bijak pilih tarikh nya he3.

Melaka maju pada tahun 2010, 20 hb 10 oktober pada jam 20:10 (waktu 24jam) mewakili 8:10PM. Apa kah pengisian sempena sambutan Melaka maju ni? Lanun pun tak tau, dengar cerita konsert lagi..hu3.. Majulah katakan..he3. Harap jangan lupa maju tu juga biarlah seimbang betul tak rakyat melaka?

Bagi Lanun disini, di Ayer Keroh..Alhamdulillah selesa dan kelengkapan dan kemudahan cukup. Tapi dikawasan lain yang dalam dalam Paya Dalam, Krubong, Durian Tunggal Lanun tak tahu lah. Mungkin Melaka ni maju di kawasan bandar jer kan. Ape pun Melaka dah dapat status majunya.

Esok cuti sempena Melaka Maju.. Tapi Lanun kerja..he3.. cari duit lebih.. cuma risau IPU udara yang tak sihat di Melaka 2,3 hari ni. Ya Allah lindungilah aku...sihatkanlah rohani dan jasmani ku, aaminnn..

Monorail Melaka yang bawak pelancong pusing pusing sungai...singkat jer.
Syarat Maju? ada monorail? gurauuuu...

21 August 2010

Perbuatan Makruh Ketika Berpuasa...

8 komen disini yer..

Salam..
Satu short update lagi pantas dari Lanun, Lanun agak busy kebelakangan ni. Production tempat keje Lanun tambah busy sampaikan Lanun kena masuk 7am sampai 6.30pm tiap tiap hari. Ape nak buat kan? dah takda pilihan kalau optional tak larat jugak. Tak dapat la Lanun nak jalan lama lama kat bazar ramadhan...he3

Bawah ni adalah antara senarao perkara yang makruh kita buat masa kita berpuasa sunat atau ramadhan kali ni. Kalau ade nak tambah atau nak betulkan pape, silakan.. Lanun alu alukan. Lagipun Lanun copy&paste jer ni he3. semoga jadi peringatan buat diri Lanun ni yang rajin korek hidung hahaha.. 

Perkara-perkara makruh semasa melakukan ibadah puasa
  1. berkumur-kumur dengan keterlaluan
  2. merasa makanan dengan lidah
  3. bercakap perkara-perkara buruk dan keji
  4. memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk
  5. memamah sesuatu - kerana membanyakkan air liur dan ditakuti akan tertelan.
  6. gosok gigi setelah gelincir matahari
  7. mencium isteri
  8. menderma darah
Selamat berpuasa :-) ihya ramadhan...
Sumber : www.jais.gov.my & http://webpuasa.tripod.com/

17 August 2010

Bagaimana Soal Jawab Dengan Nuffnang Helpdesk

2 komen disini yer..
Salam...
Ada kemusykilan pasal Nuffnang? Tak paham bagaimana pembayaran Nuffnang? Bagaimana pengiraan klik iklan? Apa itu istilah istilah dalam Nuffnang? Bagaimana nak join komuniti dan aktiviti Nuffnang? Ada masalah dengan blog? Iklan tak keluar? Earning sedikit? Error pada kod iklan? dan lain lain.. Semua ni boleh di ajukan kepada Nuffnang.

Lanun akan kongsikan info pada korang semua bagaimana caranya nak bertanyakan soalan pada Nuffnang iaitu syarikat pengiklanan di internet yang juga Komuniti Blogger di Asia Pasifik. Mungkin info ni ramai dah tahu cuma hari tu selepas..Lanun tunjukkan jawapan dari pihak Nuffnang mengenai kemusykilan Lanun.

Ada yang bertanya macam mana nak contact Nuffnang? Rupa rupanya masih ada yang tak tahu. Tak pa.. Lanun dulu lagi jahil pasal Nuffnang ni he3..kawan kawan yang ajar. Di bawah ni Lanun sediakan secara ringkas cara untuk mengajukan pertanyaan pada Nuffnang.

Caranya : 
1. Log in 
2. Klik menu Contact Us atau Klik link ini [http://www.nuffnang.com.my/help/]
3. Pilih kategori apa masalah anda dan klik "Next" 
  • Technical Support
  • Advertiser Enquiries/Suggestions
  • Blogger Enquiries/Suggestions
  • Human Resource (Job Application)
  • Nuffnang Contest Related Questions/Feedback
  • Miscellaneous
4. Isi borang : Subjek dan Ceritakan masalah yang di hadapi. ( Bahasa melayu pun tak apa, jangan bahasa rojak sudah..)
5. Pilih "Prority" ( yang ni pilih lah High )
6. Klik "Submit ticket", satu email pengesahan akan di hantar ke email korang dan tunggulah jawapannya.

Sambil korang menaip Nuffnang akan keluarkan soalan soalan yang pernah ditanya pada mereka, yang lebih kurang sama dengan soalan korang. Jadi kalau dah ada suggestion dari dieorang tak perlu lah kita taip lagi. Sebab sesetengah soalan telah pun dijawab. tapi nak bagi puas hati send ajer lah, bagi kakitangan Nuffnang sibuk sket he3..dieorang dapat gaji kan he3.

Nuffnang merupakan komuniti yang sangat mesra dengan Blogger blogger jadi anda anggaplah macam kawan, setakat yang Lanun tahu dari segi cara mereka menjawab sangatlah mesra dan tindakan mereka juga pantas. Dieorang sendiri pun adalah blogger dan berblogging. Jadi mesti dieorang paham.

p/s : Tanyalah banyak banyak bagi dierang rajin wat kerja he3.. ada sesetengah tu pas bertanyakan soalah terus dapat Buff, tapi Lanun still takda rezeki lagi :-)

15 July 2010

Kemasukan Politeknik Sesi November 2010

5 komen disini yer..
Salam..
Lanun nak inform pada sesiapa yang masih tak dapat panggilan kemasukan ke Politeknik sesi Jun/Julai 2010 hingga 15 Julai boleh cuba untuk kemasukan November 2010. Apa yang Lanun maklum korang perlu kemaskini permohonan di website yang sama.

Mesej asal dari website e pengambilan Politeknik :

  • Keputusan rayuan boleh disemak pada setiap hari KHAMIS mulai 27 Mei 2010 hingga 15 Julai 2010.
  • Calon yang merayu dan berjaya akan ditawarkan kemasukan ke Sesi Jun 2010. Sekiranya tiada kekosongan, calon akan ditawarkan kemasukan ke Sesi November 2010.
  • Calon yang masih tidak ditawarkan selepas 15 Julai 2010 dinasihatkan untuk mengemaskini e-Borang mulai 16 Ogos 2010 untuk diproses semula bagi kemasukan ke Sesi November 2010.

Cara Memohon/ Kemaskini
1. Buka http://www.politeknik.edu.my/webjan06/menu/index.asp
2. Borang Permohonan > Cara Memohon > Permohonan Baru / Kemaskini

14 July 2010

Keistimewaan Pemegang Kad OKU

11 komen disini yer..
contoh kad OKU

Senarai Kemudahan Dan Keistimewaan Kepada OKU Yang Berdaftar. Ini merupakan senarai kemudahan yang ditawarkan kepada semua pemegang kad OKU. Anda berhak mendapat semua kelebihan ini, Jadi sekiranya ada penafian hak anda dalam hal hal dibawah anda boleh memaklumkan kepada pihak berwajib kerna mereka telah ingkar dengan arahan kerajaan.

Kemudahan tersebut adalah seperti berikut [KLIK SINI] atau [KLIK SINI]

24 June 2010

Pad Tuala Wanita : Pakai, Basuh, Guna Semula..

40 komen disini yer..
Salam...
Satu post yang lari dari dunia Lanun iaitu pasal pad, modes, cotex, tuala wanita atau apa sajalah yang korang panggil. Semua tahu kan? lelaki zaman sekarang kalau tak tahu memang elok kena pelangkong jar benda ni pun tak tahu.

Ok Lanun nak share satu produk baru yang Lanun baru dapat tahu semalam, selepas baca post terbaru member lanun, Ejid [http://palabatas.blogspot.com/] dalam blog nya berkaitan tuala wanita yang boleh diguna semula. Meaning, lepas basuh boleh pakai balik. Wah, first time Lanun jumpa info pasal pad leh guna semula ni.

Kata kawan Lanun tu,
1. Dier boleh jimat duit dan
2. Lebih selesa berbanding pad konvensional yang biasa,
3. selamatkan bumi.. tul tak?

Gambar bawah ni contoh dari tuala wanita istimewa yang dijual. Menarik kan? Pada kaum hawa boleh lah try, pada kaum adam leh gak try, tapi try promote kat wife atau saudara perempuan.


Jadi pada yang berminat untuk tahu lebih lanjut berkaitan pad guna semula ni boleh lah rujuk dekat senarai libk blog bawah ni :
  1. Testimoni? Cara guna? [ http://palabatas.blogspot.com/ ]
  2. Harga? Nak beli? Nak tengok jenis2 lain?  [http://mum7kids.blogspot.com/]
  3. Nak beli? Sini ada jual jugak [http://juallampinmoden.blogspot.com/]

31 March 2010

Mai Secawan.... Kopi Radix dan Blogging Apa Khasiatnya???

2 komen disini yer..
Salam...

Jumper lagi kiter dalam slot kesihatan oleh Dr. Lanun he3.. Hari ni Lanun nak share khasiat Kopi Radix. Walaupun tajuk kat atas tu khasiat blogging skali, tapi hanyalah rekaan semata mata. Lanun masih tak jumpa lagi khasiat blogging nih..

Lanun kirenyer macam promote jugaklah la ni. Promote supaya menggantikan kebiasaan meminum kopi kopi seperti nescafe, kopiko, eagle, n bla3..Seru semua beralih kepada produk kopi radix dari membeli kopi konvensional seperti yang ada kat pasaran sekarang.


Jom sambung  baca lagi kat bawah ni Lanun cerita sket pasal Kopi Radix  Mai Secawan... 

Limited Edition : Proton Satria Neo R3 Lotus Racing Dengan 145 HP

4 komen disini yer..
Salam...

Keje baru jar siap, buat slide untuk present esok.. Sebelum tido Lanun update sket blog hari ni. Kali ni nak sharekan gambar gambar Proton Satria Neo R3 Lotus Racing (edisi terhad) yang dilancarkan hari ini. Perasmian telah disempurnakan oleh Tun DrM, sebagai penasihat proton. Turut hadir pemandu Pasukan 1Malaysia Lotus F1, Jarno Trulli, Heikki Kovalainen dan Fairuz Fauzy.


Banyak lagi photoshoot Satria Neo dibawah....

01 March 2010

Kelebihan Bismillah

2 komen disini yer..
BISMILLAH adalah sebutan/nama singkat dari lafaz "BISMILLAHIR ROHMAANIR ROHIIM" yang bermaksud "Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani."
Terlalu banyak kelebihan kalimah agung ini untuk dicoretkan.. Di sini, Coklat Ungu ingin berkongsi dengan rakan2 pembaca sebahagian daripada kelebihan menyebut kalimah Bismillah dalam kehidupan seharian kita.. sama2 kita renungkan.. :-)