Showing posts with label tips. Show all posts
Showing posts with label tips. Show all posts

15 March 2012

Bertambah cantik :)

2 komen disini yer..
Salam...

Pujian yang positif akan memberi impak yang positif, lebih lebih lagi pada isteri anda, kawan anda, atau orang di sekeliling anda. Tak kurang juga ada yang tak suka di puji. Itu hak peribadi lah kan. Tetapi apa yang Lanun nak share adalah tenaga positif yang kita beri jika memberi pujian. Puji dan berilah kata kata semangat kepada orang disekeliling anda, ia akan jadi doa dan kesan yang mengkagumkan. Cubalah! ha3.. mcm produk lah pulak.

Lanun suka puji isteri Lanun.. sebab dia memang comey. :)

19 September 2011

Soalan Lazim Kadi Ketika Akad Nikah

5 komen disini yer..
Tangan Lanun masa akad nikah... sian tangan tok kadi kena tarik.. he3

Salam..
Alhamdulillah Lanun dah selamat dinikahkan dengan zaujah tercinta pada 3September 2011. Pernikahan dengan beliau merupakan kebahagiaan dan nikmat yang cukup indah kurniaan Ilahi pada diri ini. Lanun sayang sangat pada zaujah Lanun, Salam Sayang buat dinda :) 

Lanun masa  hari tu, cuak dan gementar habis, bukan apa risau dengan tok kadi yang mana lah tahu tiba tiba nak uji ilmu yang di dada ni dengan soalan bab fardhu ain. Kata orang, kalu gementar habih semua lupa. Kebetulan lak Lanun ni orang darah gemuruh memang kecut perut masa nak akad hari tu. Tapi alhamdulillah dengan 1 lafaz, semua selesai syukur kepada hadrat mu Ya Allah.

Antara yang Tok Kadi minta Lanun bacakan adalah, Khutbah Nikah, Istighfar, dan Mengucap dua kalimah syahadah beserta maksud, kemudian selepas akad bacaan Taklik. Tetapi ada sesetengah tok kadi yang rajin tanya orang ni. Rezeki calon suami lah kan. Antara soalan yang popular @ lazim @ spot dan mungkin ditanya semasa akad nikah ialah :

  1. Syahadah dan maksud
  2. Istighfar
  3. Selawat ke junjungan besar Nabi Muhammad SAW
  4. Rukun Nikah, Iman, Islam, atau Rukun Solat.
  5. Niat dan Cara mandi wajib
  6. Qunut
  7. Tanggungjawab seorang suami
  8. Tapi zaman sekarang jarang dah dengar kena tanya tanya ni... 

20 June 2011

Jom Guna StatCounter

2 komen disini yer..

Stat Lanun seminggu By StatCounter

Salam..
Lanun nak kongsikan satu aplikasi percuma @ gadget statistik bagi blog dan website. Servis ini daripada laman sesawang StatCounter dimana servis statistiknya juga digunakan oleh Redmummy [kenal ke x? Sapa tak kenal kan blogger terkenal tu.]

Lanun dah guna seminggu gadget ni di Blog Lanunsepet, jadi Lanun memang puas hati dengan servis dan paparannya, bukan sahaja mudah ditambah pulak kita boleh banyak belajar dengan observe behaviour pelawat yang masuk ke blog.

Korang pun patut pasang juga. Lebih lebih lagi yang gila pantau trafik.. Prit prit..

Ok antara kelebihan yang anda akan dapat ?
++ Graf pelawat yang lebih detail (view, unik, return visit)
++ Keyword analysis yang lebih banyak dan mendalam
++ Boleh bagi pelawat biasa tengok trafik kita tanpa sebarang log in
++ dan macam macam lagi.

Guane Nak Register?
++ www.statcounter.com
++ Sign Up

Leh try kalau nak cuba.. Sign Up percuma jer.

09 June 2011

Keputusan (MUET) bagi Pertengahan 2011 Di Umum 13 Jun

0 komen disini yer..

Menurut Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) keputusan MUET boleh disemak isnin depan 13 Jun 2011. Untuk semakan boleh rujuk di sekolah atau institusi masing-masing mulai jam 10 pagi manakala calon persendirian individu akan memperolehnya melalui pos.

Semakan melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) boleh juga, dengan menaip MUET dan hantarkan ke 15888 atau 36363, mulai pukul 12:01 tengah malam 13 Jun 2011 dan melalui sistem dalam talian dengan melayari laman web MPM www.mpm.edu.my mulai pukul 9 pagi pada tarikh yang sama.

Rayuan Semakan Semula : Bayaran RM70 dan Tarikh tutup rayuan 27 Jun 2011.
Pendaftaran Baru : Daftar MUET Akhir 2011 secara online di www.mesp.gov.my/online Tarikh tutup : 21 Julai 2011

21 October 2010

Tips Kesihatan Musim Jerebu : Tanda dan Pencegahan

4 komen disini yer..
tiru macam saya.... ehsan Google...

Apakah Tanda Dan Gejala Jerebu Kepada Kesihatan :
  1. Kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah kepada jerebu termasuklah :
  2. Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
  3. Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
  4. Mata terasa pedih dan berair.
  5. Hidung berair dan kerap bersin.
  6. Kulit terasa gatal-gatal.
  7. Terasa sakit dada.
Cegahlah Penyakit Akibat Jerebu. Ikuti Nasihat Berikut :-
  1. Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selsema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.
  2. Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan.
  3. Penutup hidung (nasal mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dalam kumpulan berisiko tinggi.
  4. Perokok ynag mempunyai anak kecil, ibu bapa tua dan sanak saudara yang berpenyakit, jangan merokok di dalam rumah.
  5. Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah.
  6. Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah.
  7. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.
  8. Sekiranya kenderaan anda berhawa dingin, sila gunakannya.
  9. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak.
  10. Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat (iaitu IPU yang melebihi 100)
  11. Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka.
Sumber : Bahagian Pendidikan Kesihatan dengan kerjasama Unit Kesihatan Pekerja dan Alam Sekitar Kementerian Kesihatan Malaysia. 

20 October 2010

Jerebu Muar tahap bahaya, Melaka tak sihat : Lanun kerja esok....

5 komen disini yer..
Salam...
Hari ini dilaporkan indeks pencemaran udara IPU di Muar telah mencapai tahap bahaya, dengar citer juga ade sekolah akan cuti besok di sana demi kesihatan dan keselamatan pelajar. Kat Melaka pula kualiti udara tak sihat. hu3..esok Lanun kerja..

Ini semua berpunca dari kes pembakaran di Sumatera. hu3.. banyak kali dah gni kan? kita la tanggung pulak angin tiup arah semenanjung. Tak kurang juga peringatan untuk kita sebagai hambaNya. 

Lanun : Blogger yang dok kat muar sila-silalah laporkan situasi tempat korang yer. he3 nak tahu juga. Berita Penuh : Mkini - Kualiti udara di Muar bahaya, Melaka tak sihat

20 September 2010

Ping Blog Post Anda Dengan Lebih Mudah Dengan Plug In Pingler Untuk Mozilla FireFox

10 komen disini yer..
Salam...
Biasa Ping Blog? pernah Ping blog post? Pada yang biasa mesti tahu apa kebaikan ping blog anda ke ping services dalam dunia internet. Pada yang tak tahu Lanun akan terangkan secara ringkas. 

"Ping adalah satu proses dimana kita mengarahkan spider web crawler crawl (masuk dan scan dan baca dan submit) ke dalam blog post terbaru kita supaya mereka dapat indekskan atau update blog post korang ke search engine lebih pantas dari biasa. Ping akan buat post korang muncul lebih awal di Google / Yahoo"

Lanun akan kongsikan satu Plug In Pingler untuk ping post post terbaru korang ke internet. Dengan Plug In ini korang akan boleh Ping 5 Blog atau Blog Post artikel dalam 1 Hari. Tetapi Plug In ini masih terhad untuk pengguna Mozilla sahaja. Untuk Google Chrome masih tidak ada lagi.

Cara Ping? Mudah sahaja, buka blog yang ingin ping anda hanya perlu klik butang Ping / Klik butang logo Ping di Mozilla Explorer anda dan tunggu sehingga proses Ping selesai. Pingler akan akan bagitahu Pinging bermula dan berakhir.


Untuk dapatkan Plug In Pingler ni sila ikut step dibawah :
  1. Download file Plug In Pingler
  2. Buka Mozilla File > Open File > Browse dan pilih fail "pingler.xpi" tadi
  3. Install > Restart Firefox
  4. Untuk yang ada akaun premium pingler boleh log in username & password untuk dapat unlimited ping URL ( pastinya kita takda akaun ni kan? he3)
Cara guna PlugIn Pingler For Mozilla FireFox
  1. Buka Mozilla
  2. Nampak tak ikon Pingler sebelah address bar? 
  3. Buka blog korang / blog yang ingin di ping / post yang ingin korang ping
  4. Tekan ikon Pingler
  5. Tunggu sehingga mesej pinging is success.

Petua Jaga Gigi Kanak Kanak Untuk Ibu Bapa

2 komen disini yer..
he3.. masa kecik2 malu bila gigi depan hilang.. nak senyum segannn...

Salam..
Lanun kongsikan beberapa petua atau tips untuk ibu bapa yang mempunyai anak dan bakal memiliki anak. Tips di bawah ni Lanun dapat dari satu artikel di harian metro yang menceritakan pengjagaan gigi.

Petua jaga gigi anak
  1. Ibu disaran berjumpa doktor gigi selepas pantang bertujuan memberi pendidikan bila dan bagaimana menjaga kebersihan mulut bayi
  2. Elak memberi anak menghisap susu dari botol untuk tidur malam. Sebaliknya minta anak menghabiskan susu sebelum tidur
  3. Bawa anak berjumpa doktor gigi apabila dia boleh mengingat (antara tiga hingga empat tahun)
  4. Beri sedikit air masak kepada bayi anda ketika dia berusia tiga atau empat bulan bertujuan membersihkan mulutnya dari sisa susu
  5. Apabila anak berusia 10 atau 11 bulan beri dia minum banyak air masak dari cawan
  6. Apabila anda dapati anak mula mengalami masalah kerosakan gigi, bawa dia berjumpa doktor
  7. Sediakan air masak setiap kali makan
  8. Minum air manis dengan menggunakan penyedut minuman; sebaliknya minum air masak terus dari cawan atau gelas
  9. Jangan sediakan air manis ketika makan tengah hari atau malam. Jadikan air masak sebagai minuman ‘rasmi’ keluarga
  10. Bermula umur 12 tahun, anak anda perlu menjalani pemeriksaan gigi sama seperti anda iaitu dua kali setahun.

30 August 2010

Peringatan 10 Hari Terakhir Ramadhan...

4 komen disini yer..
Salam..kita dah memasuki 10 hari terakhir Ramadhan nampaknya. Ramadhan hanya tinggal 10 hari sahaja untuk kita pergunakan sebaiknya. Gunakanalah masa yang ada dengan sebaiknya supaya kita dapat menyambut syawal nanti penuh dengan rasa kemenangan. Sedikit peringatan buat diri sendiri sempena dengan penghujung Ramadhan AlMubarak.


Firman Allah swt bermaksud, “Sesungguhnya Kami menurunkan (Al-Quran) dalam malam Lailatul Qadr. Tahukah kamu apa itu malam Lailatul Qadr. Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dalam semua urusan. Salam (sejahtera) malam tersebut hingga naik fajar” (Al-Quran).

Sesungguhnya masih belum terlewat untuk kita kembali memanfaatkan bulan Ramadan ini dengan mengamalkan amalan-amalan berikut :
  1. Berusaha membanyakkan amal ibadah pada bulan Ramadan ini seperti sembahyang terawih, membaca al-Quran, beriktikaf dan bersedekah .
  2. Berusaha mendapat kelebihan Lailatul Qadar dan keberkatan-Nya terutama pada malam sepuluh terakhir Ramadan.
  3. Sentiasa memohan keampunan dari Allah dan bembebasan dari azab api neraka.
  4. Menunaikan kewajipan membayar zakat fitrah untuk diri dan tanggungannya kita.
  5. Memperbanyakkan amalan sunat, bersedekah dan perkara ke arah kebaikkan.
  6. Membuat setiap pekerjaan dengan niat yang betul,  ikhlas dan bersungguh sungguh ( kerja, homework assignment )
  7. Siang atau Malam.. isi dengan perkara yang berfaedah demi merebut pahala 10 Ramadhan terakhir.
  8. Istiqamah dalam berbuat amal dan kebaikan.

21 August 2010

Perbuatan Makruh Ketika Berpuasa...

8 komen disini yer..

Salam..
Satu short update lagi pantas dari Lanun, Lanun agak busy kebelakangan ni. Production tempat keje Lanun tambah busy sampaikan Lanun kena masuk 7am sampai 6.30pm tiap tiap hari. Ape nak buat kan? dah takda pilihan kalau optional tak larat jugak. Tak dapat la Lanun nak jalan lama lama kat bazar ramadhan...he3

Bawah ni adalah antara senarao perkara yang makruh kita buat masa kita berpuasa sunat atau ramadhan kali ni. Kalau ade nak tambah atau nak betulkan pape, silakan.. Lanun alu alukan. Lagipun Lanun copy&paste jer ni he3. semoga jadi peringatan buat diri Lanun ni yang rajin korek hidung hahaha.. 

Perkara-perkara makruh semasa melakukan ibadah puasa
  1. berkumur-kumur dengan keterlaluan
  2. merasa makanan dengan lidah
  3. bercakap perkara-perkara buruk dan keji
  4. memasukkan air yang berlebihan ketika berwuduk
  5. memamah sesuatu - kerana membanyakkan air liur dan ditakuti akan tertelan.
  6. gosok gigi setelah gelincir matahari
  7. mencium isteri
  8. menderma darah
Selamat berpuasa :-) ihya ramadhan...
Sumber : www.jais.gov.my & http://webpuasa.tripod.com/

17 August 2010

Bagaimana Soal Jawab Dengan Nuffnang Helpdesk

2 komen disini yer..
Salam...
Ada kemusykilan pasal Nuffnang? Tak paham bagaimana pembayaran Nuffnang? Bagaimana pengiraan klik iklan? Apa itu istilah istilah dalam Nuffnang? Bagaimana nak join komuniti dan aktiviti Nuffnang? Ada masalah dengan blog? Iklan tak keluar? Earning sedikit? Error pada kod iklan? dan lain lain.. Semua ni boleh di ajukan kepada Nuffnang.

Lanun akan kongsikan info pada korang semua bagaimana caranya nak bertanyakan soalan pada Nuffnang iaitu syarikat pengiklanan di internet yang juga Komuniti Blogger di Asia Pasifik. Mungkin info ni ramai dah tahu cuma hari tu selepas..Lanun tunjukkan jawapan dari pihak Nuffnang mengenai kemusykilan Lanun.

Ada yang bertanya macam mana nak contact Nuffnang? Rupa rupanya masih ada yang tak tahu. Tak pa.. Lanun dulu lagi jahil pasal Nuffnang ni he3..kawan kawan yang ajar. Di bawah ni Lanun sediakan secara ringkas cara untuk mengajukan pertanyaan pada Nuffnang.

Caranya : 
1. Log in 
2. Klik menu Contact Us atau Klik link ini [http://www.nuffnang.com.my/help/]
3. Pilih kategori apa masalah anda dan klik "Next" 
  • Technical Support
  • Advertiser Enquiries/Suggestions
  • Blogger Enquiries/Suggestions
  • Human Resource (Job Application)
  • Nuffnang Contest Related Questions/Feedback
  • Miscellaneous
4. Isi borang : Subjek dan Ceritakan masalah yang di hadapi. ( Bahasa melayu pun tak apa, jangan bahasa rojak sudah..)
5. Pilih "Prority" ( yang ni pilih lah High )
6. Klik "Submit ticket", satu email pengesahan akan di hantar ke email korang dan tunggulah jawapannya.

Sambil korang menaip Nuffnang akan keluarkan soalan soalan yang pernah ditanya pada mereka, yang lebih kurang sama dengan soalan korang. Jadi kalau dah ada suggestion dari dieorang tak perlu lah kita taip lagi. Sebab sesetengah soalan telah pun dijawab. tapi nak bagi puas hati send ajer lah, bagi kakitangan Nuffnang sibuk sket he3..dieorang dapat gaji kan he3.

Nuffnang merupakan komuniti yang sangat mesra dengan Blogger blogger jadi anda anggaplah macam kawan, setakat yang Lanun tahu dari segi cara mereka menjawab sangatlah mesra dan tindakan mereka juga pantas. Dieorang sendiri pun adalah blogger dan berblogging. Jadi mesti dieorang paham.

p/s : Tanyalah banyak banyak bagi dierang rajin wat kerja he3.. ada sesetengah tu pas bertanyakan soalah terus dapat Buff, tapi Lanun still takda rezeki lagi :-)

27 July 2010

Semakan Panggilan Temu Duga Guru Sandaran Siswazah Terlatih (GSTS) Keluaran IPTA

2 komen disini yer..
Sukacita dimaklumkan bahawa semakan panggilan temu duga bagi Guru Sandaran Terlatih Siswazah (GSTS) Keluaran IPTA boleh dibuat mulai 27 April 2010 (Selasa) di laman sesawang KPM.

Laman web semakan : Semakan Panggilan Temu Duga 

Untuk makluman, semakan ini adalah untuk calon-calon yang telah memohon melalui Sistem Permohonan Temu Duga Guru Sandaran Terlatih Keluaran IPTA (e-gst) yang telah dibuka pada 1 Jun 2010 hingga 30 Jun 2010 yang lalu.

Sebarang keterangan lanjut sila berhubung dengan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia di talian 03-88847832.

Harap maklum.

20 June 2010

SEO : Apa itu SEO?

85 komen disini yer..
Salam...
Lanun akan kongsikan hari ini tentang SEO. Pernah dengar kan? yang blogger blogger hebat banyak dok bebel bebel untuk naikkan ranking dan trafik tu lar. Hmm..tapi tak paham apa ke bendanya? binatang apakah SEO itu? dan ada apa dengan SEO? Apa yang di maksud kan guna SEO? Kenapa ia penting? 

Maksud & Definisi

S.E.O : Search Engine Optimization
Ia adalah satu cara, kaedah atau aktiviti yang digunakan untuk menaikkan ranking, menaikkan ke popular an sesuatu web atau blog ke satu tahap yang lebih tinggi. Bagi keyword / kata kunci tertentu pada enjin carian seperti Google, Yahoo, Bing dan lain lain.

SEO stands for search engine optimization. Search engine optimization includes all the activities that help a website to rank well for a certain keyword on a search engine like Google.

Untuk apa SEO ni Lanun?


Nak bagi mudah, Lanun akan terangkan berdasarkan gambar di atas. Bila kita buat search di Google sebagai contoh "Website hosting Murah". Google akan paparkan senarai hasil carian yang berkaitan sesuai dengan apa yang Lanun cari tadi. Apa maksud setiap bahagian di atas?

Warna Merah : Iklan berbayar, individu/syarikat bayar pada google untuk iklan produk dieorang dan keluar setiap kali bila ada orang search perkara berkaitan servis atau produk company mereka.
Warna Hijau : Yang ni dikenali sebagai organic / natural, search result tanpa berbayar, korang pun leh tersenarai kat situ. 

Menurut Google hanya 30% sahaja klik bahagian iklan yang lain 70% lagi klik natural search result yang biasa. Jadi sangat sangat lah penting bagi setiap syarikat atau setiap blogger untuk berusaha tersenarai di SERP (search engine result page) supaya mudah mendapat trafik.

Nak tersenarai, mestilah di page pertama. Page pertama adalah sangat penting kerana pengguna internet yang buat searching jarang nak tengok result yang page 2, 3 dan seterusnya. Kan?

Oleh sebab itu lah SEO ini dijadikan tools atau alat untuk mengoptimakan sesuatu blog atau website itu supaya boleh tersenarai di first page Google search (muka surat pertama hasil carian google).

Search engine ni adalah program, kalau kita tahu apa dan bagaimana yang dia mahukan, kita akan mudah tersenarai. SEO ini lah yang akan menjadikan website dan blog kita "mesra" dengan search engine.

Bagaimana kaedah SEO ni?
  1. Pelbagai cara dan kaedah
  2. Keyword adalah kunci SEO paling utama
  3. Melibatkan semua elemen dalam sesuatu web dan blog
  4. Ada syarikat dan individu tertentu mengambil upah mengoptimakan SEO ni.
  5. Ada "white hat" dan "black hat" SEO
  6. Kaedah "Black Hat" adalah teknik SEO yang di haramkan.
Amacam dapat dah idea sket pasal SEO ni? Lanun dulu blur juga.. sekarang ni paham la sket sket, tu yang share ni. :-) Ok, next time kita share sifu sifu SEO melayu yang boleh kita sedut ilmu dieorang.. choww..

30 March 2010

Alhamdulillah, Study Nak Habis Dah...Terima Kasih Mak & Ayah...

10 komen disini yer..
Salam..

Tak lama lagi nak habis study dah, selama 3 tahun belajar degree ni macam macam ilmu dan pengalaman Lanun dapat. Orang pun macam macam Lanun jumpe dari yang normal sehinggalah yang tak normal he3.. 28hb april nanti merupakan hari terakhir Lanun kat UTEM ni. Bila dah nak habis ni rasa sekejap jar kan 3 tahun?

Alhamdulillah 3tahun amik degree semuanya lancar, tak da sangkut macam masa diploma dulu sampaikan kena extend satu semester. Orang lain 3tahun jar diploma Lanun 3tahun setengah..hu3. Tu lah balasan nya kalu masa awal-awal tak nak study betul-betul. Tapi takpe kan?  kegagalan dan kejatuhan nilah yang ajar kita untuk bangun n berhati hati lain kali. Kita takkan kenal kejayaan kalu kita tak rasa jatuh dan bangun.. tul kan?

Habis degree ni takdalah apa nak banggakan sangat pun.. kejayaan yang sebenar pastinya lah mendapat Syurga di alam yang kekal abadi. tapi di dunia ni kejayaan adalah bagaimana kita jadi seorang mukmin yang baik dan taat. Sebagai anak pulak, satu kejayaan lah jika boleh jadi anak yang baik dan taat pada dua org tua kita.

Ibu dan ayah.. mak n ayah.. or ape saje yang korang panggil dioerg lah salah satu faktor kita sampai tahap ni. Lanun dapat sampai tahap ni pun atas doa dieorang jugak. Betapa sayangnya mereka kat kiter carik duit untuk buat bayar yuran, belanja harian, hantar kiter dan paling penting titik peluh dieorg cari duit tu tiap tiap hari sejak kiter kecik lagi, ada jugak mak dan ayah dieorg masih lagi kerja sekarang untuk sara kita untuk belajar ni. 

Satu lagi, Doa, doa mereka berdua yang cukup mustajab. tak jemu dieorg doa untuk kejayaan kita dan adik beradik kiter yang lain. Tapi kita tu lar pas solat cepat cepat jar nak habis, doa pun simple sampai lupa nak doa untuk mak n ayah hu3.. 

Pasni lepas kita masuk alam keje ni.. Lanun harap dapat balas jasa diorg lebih dari sebelum ni. Pastikan kita semua tak lupa tanggung jawab ni.

Terima kasih omak n ayah...

17 March 2010

Program Mencari Jodoh Terbaru....

2 komen disini yer..
Ni program mencari jodoh terbaru, tapi tak siar kat TV, takda berdua-duaan, tida berdating dan face to face dengan ibu bapa pasangan yang akan dikenalkan. itulah, program mencari jodoh yg dianjurkan Persatuan Bakti Muslim Selangor (PBMS). Program tu dinamakan "Program Menyulam Kasih"

Matlamat dia nak temukan pasangan pada lelaki atau wanita yang sudah masuk usia nikah, tanpa melanggar batas batas islam atau melalui saluran tak betul yang boleh berlaku penipuan. Ibu bapa peserta juga akan turut hadir dalam program tu, jadi boleh lah berkenalan n berborak terus secara direct.

Pusat Rawatan Cinta : Perubatan Islam, Bekam, Resdung, Akupuntur...

15 komen disini yer..
Salam...

Lanun tengok tiap tiap hari ada ja yang search keyword " pusat rawatan cinta" terus masuk keblog http://lanunsepet.blogspot.com/. Pelik juga...jadi Lanun sharekan pemplate yang Lanun simpan masa g bekam dulu kat pusat rawatan cinta. Mungkin orang yang search tu nak tahu pasal kompeni ni and nak dapatkan rawatan kot. Jadi untuk harga istimewa bagi rawatan yang pelbagai leh contact BRO RAHIM 013-5570054


15 March 2010

5 Cara Bagaimana Untuk Membahagiakan Mak & Ayah...

4 komen disini yer..
Salam...

Hari ni nak kongsikan tips dan pendapat bagaimana cara nak bahagiakan mak dan ayah kita. Buat diri ni dan dan kawan-kawan lain yang masih bertuah memiliki ibu bapa sama ada masih sihat atau tidak, harap apa yang  dikongsikan kat sini sama-sama kita renung dan aplikasikan. 

Banyak cara kita boleh buat untuk bahagiakan hati dua insan istimewa ni. Ape yang Lanun kongsikan ni hanya secara umum dan mungkin tak lengkap dan boleh juga terima teguran dari korang sekiranya ada salah. Jom kita hayati 5 cara bagaimana untuk membahagiakan Ayahanda dan Bonda...

1. Taat dan Jangan lawan kata-kata mereka..

14 March 2010

Muhlbauer : Lanun & Interview

13 komen disini yer..
Salam...

Lanun g interview kat satu company ni haritu, n hari pulak tadi 2nd interview. mesin untuk create mesin buat kad, or ID yang berasaskan RFID, dier jugak ada kaitan dengan security design lebih kurang macam tu lar. Muhlbauer name dier, nak sebut pun tak berapa reti mana yang betul. Company ni company international yang berpusat kat German. Kat malaysia cawangan dia kat Taman Tasik utama, Melaka dekat dengan Cubic factory.

Masa interview haritu banyak juga soalan yang terkantoi nak jawab. Maklumlah , no preparation, terus terjah jer. Moral dier g interview tu study lah dulu k..

Kenal tak Muhlbauer Melaka?? Ni ade photoshoot untuk korang tengok....

26 August 2009

Sebab - Sebab Hati Tak Bahagia.....

0 komen disini yer..



MAZMUMMAH DIDALAM HATI.Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah

paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (sape nak dekat kalau asyik nak marah ajer..bawak2lah senyum..tentu org tak takut nak dekat punyer..

2. Pendendam

tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lahh nie..)

3. Hasad

dengki - amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (tak elok dengki mendengki nih..)

4. Bakhil

Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma) Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

5. Tamak

orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut...walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak...lagipun org tamak selalu rugi.. ** Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar

andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak2kanlah bersabar bila hadapi dugaan..cthnyer time keja banyak..tetap maintain vogue walau keja bertimbun atas meja..heh..heh. .)

7. Ego

Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yg nie no komen)..pasal semua org ader egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut...

8. Riak

terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. -Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn aper yg kita ada...

9. Cinta dunia

Tidak dapat menderita, ...dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah. .. Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara TOTALnya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya. tetapi ialah MAZMUMMAH. Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak BAHAGIA. Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah itu, kedua-duanya tetap menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan dibantu Allah dan akan bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain...andai kita terleka dengan dunia ...buruklahh padahnya.

29 July 2009

Kahwin : Baca..jangan x baca..

8 komen disini yer..
Assalamualaikum..salam sejahtera buat semua peminat LaNuN..(^_*)..
korang yang lawat blog ni of kos la ada yg dah kawin & masih bujang kan...x kira la apa status korang..ape yang LaNuN nak share ngan korang ni ialah pasal satu hakikat yang korang perlu @ wajib tahu..tanam dalam otak masing2... tolong JANGAN kate x penting !! kang x pasal2 kena pancung ngan LaNuN SePeT..naya korang..baca pun korang da dpt pahala ni...hehe..(seriuss laa) Nak tau kisahnyer??? kiter terussskan....

Perkahwinan Itu Ibadat:
Risalah dan tugas kita di dalam hidup ini ialah beribadat kepada Allah Taala. Jadi kita mestilah berusaha menjadikan segala urusan hidup kita sebagai ibadat kepada Allah Taala. Kita jadikan segenap kehidupan sebagai alat untuk kita menghampirkan diri kepada Allah. Kita pergunakan hidup kita dengan segala kemudahan yang ada untuk menolong kita beribadat kepada Allah.
Amal dan nikah kahwin dan mendidik anak-anak dan lain-lain lagi yang merangkumi segala kegiatan hidup kita semuanya itu merupakan ibadat kepada Allah, untuk menghampirkan diri kepada Allah, selagi dibuat kerana mengharap keredhaan Allah dan menjauhi apa yang dimurkai Allah.

Oleh itu putera puteri Islam, mestilah memandang urusan perkahwinan mereka sebagai ibadah mereka kepada Allah apabila diurus menurut hukum Allah. Kedua-dua pihak mengharap keredhaan dan ganjaran Allah. Oleh kerana itu kedua belah pihak mestilah mengetahui ajaran-ajaran dan adab-adab Islam, hak-hak dan kewajipan suami-isteri rumahtangga dan keluarga, bersungguh-sungguh melaksanakan tugas masing-masing dan beriltizam dengan adab-adab itu. Tolong menolong ke arah kebaikan, menuju takwa dan ke arah taat kepada Allah di dalam pergaulan mereka. Harga menghargai, hormat-menghormati dan kasih sayang di antara keduanya Semuanya itu mesti di atur menurut syariat Islam. Benarlah Rasulullah s.a.w tatkala bersabda yang bermaksud:
” Semoga Allah memberi rahmat kurnia kepada lelaki yang bangun di tengah malam lalu dia sembahyang dan membangunkan isterinya, maka sekiranya enggan juga bangun untuk bersembahyang, dia merenjiskan air ke mukanya. Semuga Allah memberi rahmat kurnia kepada wanita yang bangun di tengah malam lalu bersembahyang dan membangunkan suaminya. Maka jika dia enggan, dia merenjiskan air ke mukanya.”
(Riwayat Abu Daud dengan Isnad yang sahih)

Perkahwinan Itu Saling Percaya Mempercayai:

Apabila telah wujud suasana saling percaya mempercayai, cinta mencintai, di antara suami isteri, lahirlah kebahagiaan dan kepuasan jiwa di dalam rumahtangga mereka. Rumahtangga mereka menjadi rumahtangga muslim yang bahagia dalam kebahagiaan yang sejati selagi ianya diatur menurut peraturan syariat Islam. Hapuslah segala prasangka hilanglah segala keraguan. Tidak ada lagi kata mengata, tuduh menuduh dan ke pura-puraan.

Kebahagiaan yang sedemikian rupa tidak akan wujud kecuali di bawah naungan takwa kepada Allah dan mencintai Allah di waktu terang-terangan dan rahsia di waktu ghaib dan waktu syahadah. Lantaran itu tenteramlah jiwa suami dan ia berpuas hati kepada isterinya dan yakinlah ia bahawa isterinya hanyalah untuk dirinya sendiri sahaja, yang memelihara diri walaupun beberapa lamanya ia terpisah dari isterinya. Demikian juga sikap isterinya terhadap suaminya dibaluti dengan sepenuh kepercayaan itu. Di dalam suasana bahagia yang demikian, syaitan dari bangsa jin dan manusia tidak mempunyai jalan untuk mengganggu dan menggoda keduanya.

Perkahwinan Sebagai Syarikat Yang Dipimpin Oleh Suami:

Apabila kehidupan rumahtangga suami isteri dibangunkan di atas dasar kerjasama, di atas syura’, tolong menolong, cinta mencintai, di bawah pimpinan suami sebagai pihak yang bertanggungjawab, yang mempunyai kata dan kuasa pemutus. Inilah yang mendorong dan menolong melahirkan kemantapan, keteguhan, kerukunan dan kebahagiaan rumahtangga dan keluarga yang selama ini diimpikan dan diidamkan oleh manusia di seluruh dunia. jika masih terdapat kepincangan di dalam pertimbangan ini, maka tidak akan wujud satu kemantapan dan kebahagiaan. Benarlah Allah Taala di dalam firmanNya:
"Dan para wanita mempunyai hak yang seimbang dengan kewajipannya menurut cara yang maaruf akan tetapi para suami, mempunyai satu tingkatan kelebihan daripada isterinya”. (Al-Baqarah : 228)

” Kaum lelaki itu adalah pemimpin bagi kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan sebahagian mereka (lelaki) atas sebahagian yang lain (wanita), dan kerana mereka (lelaki) telah menafkahkan sebahagian dari harta mereka”. (An-Nissa’: 34)

Lantaran itu sempurnalah pentadbiran urusan rumahtangga dan pertimbangannya di dalam suasana penuh kerjasama, tanggungjawab dan syura di dalam batas-batas ajaran Islam.Tidak lagi wujud keborosan dan kebakhilan kerana semuanya berada di dalam udara Qana’ah (berpuas hati dengan apa yang ada), redha dan yakin bahawa dunia ini bukanlah negara Janatunna’im. Lihatlah rumahtangga Rasulullah s.a.w kadang-kadang berlalu sebulan demi sebulan, pernah dapurnya tidak berasap kerana tidak ada bahan makanan yang dapat dimasak. Walaupun demikian susahnya, rumahtangga Rasulullah s.a.w tetap menjadi rumahtangga yang paling bahagia yang tidak ada tolok bandingnya hingga ke hari ini.

CoKLaT UngU : harap semua yg baca mendapat manfaat dan jadikan panduan hidup anda !!