Showing posts with label cerita. Show all posts
Showing posts with label cerita. Show all posts

19 September 2011

Soalan Lazim Kadi Ketika Akad Nikah

5 komen disini yer..
Tangan Lanun masa akad nikah... sian tangan tok kadi kena tarik.. he3

Salam..
Alhamdulillah Lanun dah selamat dinikahkan dengan zaujah tercinta pada 3September 2011. Pernikahan dengan beliau merupakan kebahagiaan dan nikmat yang cukup indah kurniaan Ilahi pada diri ini. Lanun sayang sangat pada zaujah Lanun, Salam Sayang buat dinda :) 

Lanun masa  hari tu, cuak dan gementar habis, bukan apa risau dengan tok kadi yang mana lah tahu tiba tiba nak uji ilmu yang di dada ni dengan soalan bab fardhu ain. Kata orang, kalu gementar habih semua lupa. Kebetulan lak Lanun ni orang darah gemuruh memang kecut perut masa nak akad hari tu. Tapi alhamdulillah dengan 1 lafaz, semua selesai syukur kepada hadrat mu Ya Allah.

Antara yang Tok Kadi minta Lanun bacakan adalah, Khutbah Nikah, Istighfar, dan Mengucap dua kalimah syahadah beserta maksud, kemudian selepas akad bacaan Taklik. Tetapi ada sesetengah tok kadi yang rajin tanya orang ni. Rezeki calon suami lah kan. Antara soalan yang popular @ lazim @ spot dan mungkin ditanya semasa akad nikah ialah :

  1. Syahadah dan maksud
  2. Istighfar
  3. Selawat ke junjungan besar Nabi Muhammad SAW
  4. Rukun Nikah, Iman, Islam, atau Rukun Solat.
  5. Niat dan Cara mandi wajib
  6. Qunut
  7. Tanggungjawab seorang suami
  8. Tapi zaman sekarang jarang dah dengar kena tanya tanya ni... 

22 April 2011

Surat Banduan : Kisah Yong Vui Kong Rakyat Malaysia Di Penjara Singapura

2 komen disini yer..
Sumber Asal : MalaysiaKini

Yong Vui Kong rakyat Malaysia berasal dari Sabah sedang merengkuk di penjara Singapura. Beliau menunggu hukuman bunuh ke atasnya dilaksanakan kerana kesalahan mengedar dadah.

Malaysiakini akan menyiarkan surat-surat terakhir Yong sepanjang 12 minggu ini kepada Yetian, seorang anggota kempen Selamatkan Vui Kong pada saat-saat beliau menghadapi kematian.

Baca sepenuhnya surat dari beliau di bawah, semoga jadi pengajaran buat setiap insan, baik jadikan teladan yang buruk jadikan sempadan.

22 November 2010

Khadijah binti Khuwailid (isteri pertama Rasulullah saw)

0 komen disini yer..
Khadijah binti Khuwailid (555 M – 619 M) adalah isteri pertama Nabi Muhammad s.a.w. Khadijah merupakan anak kepada Khuwaylid ibn Asad dan Fatimah binti Za'idah dan termasuk dalam suku Banu Hashim. Sebelum berkahwin dengan baginda, beliau pernah menjadi isteri kepada Atiq bin Abid dan Abi Halah bin Malik dan telah mempunyai empat anak, dua dengan suaminya yang bernama Atiq, iaitu Abdullah dan Jariyah, dan dua dengan suaminya Abu Halah iaitu Hindun dan Zainab.


11 October 2010

Gambar Tempat Kemalangan Ngeri 2 Bas 3 kereta 1 Van di Melaka

0 komen disini yer..
Salam..
Untuk sesiapa yang ingin lihat lagi gambar gambar tempat kejadian boleh merujuk link di bawah. Ada satu dua gambar tu agak ngeri jadi korang yang tak mampu melihatnya jangan tengok k. Lanun ucapkan takziah kepada semua keluarga mangsa, tabahkan hati dan teruskan kehidupan serta terimanya dengan redha. Semoga roh mereka di cucuri rahmat Allah SWT aaminn...

Gambar gambar tempat kejadian : Blog Gambar Pelik

02 December 2009

Rahsia - Rahsia Iblis....

2 komen disini yer..
Salam... Lanun nak kongsi sedikit info mengenai musuh kita yg jelas nyata, iaitu Iblis laknatullah. Mungkin ramai yang dah baca..tapi untuk ingatan kita bersama. :-)

Seorang sahabat Nabi s.a.w bernama Anas b. Malik telah meriwayatkan satu hadis Nabi s.a.w yg menceritakan mengenai pertanyaan-pertanya an iblis kepada Allah s.w.t tentang banyak perkara.

1. Iblis bertanya kepada Allah s.w.t: " Ya Tuhanku! Engkau telah memberikan kepada anak Adam itu tempat tinggal, iaitu rumah untuk berzikir kepadaMu.Tunjukkanl ah kepadaku tempat kediamanku." Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Wahai iblis! tempat kediamanmu ialah bilik air(tandas). "

29 August 2009

Syurga Cinta

12 komen disini yer..
By ChekZu

As Salam..


Korg pernah dengar tak satu citer melayu yg agak2 baru laa..tajuknye Syurga Cinta..lakonan Awal Ashari, Heliza AF5 ngan Haziq TomTom Bak..

Bg peminat cerita2 melayu, mesti xlepaskan peluang tgk..Tp bg aku yg xminat crite ber orientasikan kejiwangan ni..kire cam last choice laa.. Di satu petang ramadhan yang tenang..
masa tu aku bru pas abis test entrepreneurship pg tu..aku pon... bukak le harta kesayangan aku..Aisyaa...

Aisyaa..ni nama laptop aku..

Ustaz aku ckp, brg2 pon ade psikologi..kasik name..syg die..insyaAllah die akan bg kerjasama yg baik ngan kite..wallahu'alam..moto aku pon ade name..

berbalik kpd citer td..lepas bkak laptop, aku pon godek2 la isinye..ternampak citer Syurga Cinta yg aku copy dr kwn..tetibe rase nk tgk ape laa agaknye moral of the story..aku pon click play..Awal2 mmg beristighfar pjgggg aku tgk citer ni..mmg truk..cara hidup org barat tul!

Then lepas si Awal tu kenal Heliza..Allah beri hidayah pd die melalui perkenalan dorg..

Alhamdulillah..menangis aku tgk..betapa indahnya bila cahaya hidayah terpancar pd hati..betapa best nye bila Islam subur dihati..betapa syahdu bila airmata yg mengalir hanya kerana taubat dan penyesalan terhadapNya..pandai Awal berlakon..Alhamdulillah..aku nk ajak korg melihat cerita ni dr perspektif positif..ade beberapa perkara dlm tu yg mmg tak sepatutnye ade..so jdkan pengajaran..tp part die menangis..part die amek wudhu'..penuh keinsafan..penuh tawadhu'..

terpanggil otak aku utk pikir.."aku pernah ke rasa mcm ni..?"teringat satu firman Allah..

"Aku cintakan 3 jenis manusia,tp Aku lebih cintakan pd 3 jenis manusia lainnya..iaitu..Aku cintakan org pemurah ttp Aku lebih cintakan orgmiskin yg pemurah, Aku cintakan org yg rendah diri ttp Aku lebih cintakan org kaya yg rendah hati..Aku cintakan org yg bertaubat tp aku lebih cinta org muda yg bertaubat.."


Sungguh beruntung org yg Allah beri hidayah pdnya..sama2 la kita berdoa dan berusaha agar memperolehi hidayah Allah..manfaatkan Ramadhan yg dtg sekali setahun ni..tahu mungkin ini Ramadhan yg terakhir buat diri..Astaghfirullahhalazim..

nak tau cerita ni g la tgk sendiri ye..

chekZu : Hidayah itu ibarat cahaya..bukalah jendela hatimu agar ia masuk menerangi ruang hatimu..