Showing posts with label amalan terbaik. Show all posts
Showing posts with label amalan terbaik. Show all posts

13 June 2011

Doa Hadapi Stress

5 komen disini yer..


Salam..
Lanun sharekan satu doa ataupun zikir yang sesuai ketika menghadapi stress @ tekanan perasaan. Doa ini hendaklah dibaca berulang kali (ikut kemampuan) sehingga hati tenang. Tapi, pastikan anda faham apa yang anda baca tu, barulah ia pergi ke hati. 

Semoga dengan doa ini, tension akan berkurang...Dialah Maha berkuasa atas hati kita.

Bacaan Rumi : Hasbunallah hu wanik'mal wakil.
Maksudnya : Cukuplah Allah untuk menolong kami, dan dialah sebaik baik pengurus dan terserah kepadanya segala urusan kami.
Sumber : Surah AliImran Ayat 173


Artikel ini Lanun copy n paste dari Laman Blog CahayaMukmin

19 May 2011

Doa Dhuha UNIC Album HPA Hijrah

17 komen disini yer..
Salam..
Solat Sunat Dhuha merupakan solat sunat yang sangat digalakkan untuk di amalkan. Antaranya keberkatanya ialah kemurahan rezeki dari langit. Dalam solat sunat dhuha ada satu doa yang khas untuk waktu dhuha ini. jadi sama sama lah kita amalkan, ia berlagu supaya lebih mudah untuk dihafal dan difahami maksudnya. Lanun amik dari album UNIC Hijrah (HPA).

30 August 2010

Peringatan 10 Hari Terakhir Ramadhan...

4 komen disini yer..
Salam..kita dah memasuki 10 hari terakhir Ramadhan nampaknya. Ramadhan hanya tinggal 10 hari sahaja untuk kita pergunakan sebaiknya. Gunakanalah masa yang ada dengan sebaiknya supaya kita dapat menyambut syawal nanti penuh dengan rasa kemenangan. Sedikit peringatan buat diri sendiri sempena dengan penghujung Ramadhan AlMubarak.


Firman Allah swt bermaksud, “Sesungguhnya Kami menurunkan (Al-Quran) dalam malam Lailatul Qadr. Tahukah kamu apa itu malam Lailatul Qadr. Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan ruh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dalam semua urusan. Salam (sejahtera) malam tersebut hingga naik fajar” (Al-Quran).

Sesungguhnya masih belum terlewat untuk kita kembali memanfaatkan bulan Ramadan ini dengan mengamalkan amalan-amalan berikut :
  1. Berusaha membanyakkan amal ibadah pada bulan Ramadan ini seperti sembahyang terawih, membaca al-Quran, beriktikaf dan bersedekah .
  2. Berusaha mendapat kelebihan Lailatul Qadar dan keberkatan-Nya terutama pada malam sepuluh terakhir Ramadan.
  3. Sentiasa memohan keampunan dari Allah dan bembebasan dari azab api neraka.
  4. Menunaikan kewajipan membayar zakat fitrah untuk diri dan tanggungannya kita.
  5. Memperbanyakkan amalan sunat, bersedekah dan perkara ke arah kebaikkan.
  6. Membuat setiap pekerjaan dengan niat yang betul,  ikhlas dan bersungguh sungguh ( kerja, homework assignment )
  7. Siang atau Malam.. isi dengan perkara yang berfaedah demi merebut pahala 10 Ramadhan terakhir.
  8. Istiqamah dalam berbuat amal dan kebaikan.