Showing posts with label teknologi. Show all posts
Showing posts with label teknologi. Show all posts

17 June 2011

Modenas CTRIC, Motosikal Elektrik Malaysia Pertama.

2 komen disini yer..


Salam..
Modenas telah memperkenalkan Motosikal elektrik tempatan yang pertama yang dikenali Modenas Ctric. Modenas CTric telah di iktiraf SIRIM, JPJ dan menepati piawai Japan Industrial Standard. Menurut Modenas, semuanya adalah hasil rekabentuk tempatan.

Berbekalkan tenaga bateri Lead acid, manakala harganya RM 4,888.00 dengan elektrik starter dan boleh mencapai kelajuan maksima 70-80km/j. Untuk mengetahui spesifikasi penuh Motor Modenas Ctric ni boleh lah terus membaca.

13 June 2011

Pencipta iPhone4 Salah Seorangnya Rakyat Malaysia

3 komen disini yer..


Ketika ramai bercerita dan kagum dengan kecanggihan telefon bimbit pintar generasi keempat, iPhone4, rakyat Malaysia boleh berbangga di sebalik kejayaan itu kerana salah seorang pereka ciptanya adalah anak tempatan.

Salah seorang yang terlibat dalam merealisasikan gajet terbaru itu ialah Timothy Seng Yen Lim, 24, rakyat Malaysia yang diberi kepercayaan oleh syarikat Apple untuk menghasilkan iPhone4.

"Semasa bekerja dengan Apple pada 2008, saya bertanggungjawab untuk merangka model terbaru iPhone itu bagi memastikan ia lebih baik daripada gajet sebelumnya.

"Bekerja di Apple merupakan impian saya sejak dahulu lagi dan apa yang dipelajari di Universiti Stanford telah saya aplikasikan dalam proses rekaan gajet tersebut," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini
Timothy yang merupakan anak kedua daripada empat beradik itu merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Kejuruteraan Biomekanikal dan Pengurusan Sains dan Kejuruteraan daripada Universiti Stanford.

Beliau sebelum itu pernah muncul sebagai pelajar Asia pertama yang mendapat 16A1 dalam peperiksaan A Level yang melayakkannya ditawarkan ke Universiti Stanford.

Selain bijak dalam akademik, Timothy juga aktif berpesatuan dan pernah dilantik sebagai Presiden Persatuan Pelajar Malaysia di universitinya.

Timothy berkata, beliau merancang untuk berkhidmat di negara ini setelah cukup menimba pengalaman dan kemahiran di luar negara.

Beliau kini berkhidmat sebagai Penganalisis Sistem Perniagaan untuk syarikat Internet terkenal, Yahoo! Inc. di AS bagi merumus semula organisasi tersebut menjadi syarikat berita dan komunikasi tersohor dunia.

Sumber : Utusan Malaysia & BillyInfo.blogspot.com

31 May 2011

Bangunan Berlian Suruhanjaya Tenaga

3 komen disini yer..
Salam..
Lanun tertarik sungguh ngan bangunan ST atau Suruhanjaya Tenaga yang hari ni di rasmi oleh TPM Muhyiddin Yassin. Yang menariknya adalah bentuk dan penggunaan tenaga bangunan nih. Kita sekarang banyak bercakap tentang green technology antaranya penjimatan penggunaan tenaga. Jadi bangunan ini adalah antara projek Green Building di Malaysia.

Bangunan ST ini berbentuk berlian, yup bentuk diamond. Bangunan berlian suruhanjaya  tenaga ini dikatan hanya menggunakan purata tahunan berjumlah 61 kWh/m2 pada kadar 2000 jam manakala kebanyakkan bangunan pejabat lain mempunyai indeks tenaga lebih tinggi di antara 150 hingga 200 kWhm/2 purata setahun. Jimat lebih 50 percent tu.

Dimana bangunan berlian ni? : Wikimapia Diamond Building Map
Konsep bangunan apa yer? : Latarbelakang Bangunan Diamond ST

Gambar Bangunan Berlian ST / ST Diamond building (tenyeh tikus untuk lebih gambar)




30 August 2009