Showing posts with label pusat. Show all posts
Showing posts with label pusat. Show all posts

21 July 2011

Cara Untuk Memohon Kad OKU

2 komen disini yer..

Salam...
Lanun kongsikan apa yang Lanun baca di LamanWeb Jabatan Kebajikan Masyarakat JKM mengenai bagaimana kaedah untuk mendapatkan kad OKU bagi yang layak. Cara-cara untuk memohon adalah seperti berikut:

  • OKU boleh memohon samada melalui surat, email atau datang sendiri ke Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah (PKMD) yang berdekatan dengan tempat tinggal.
  • Pemohon akan diminta mengisi borang permohonan pendaftaran (diisi oleh Pegawai Kebajikan sekiranya pemohon buta huruf) dan membuat pemeriksaan doktor sebagai pengesahan kecacatannya samada di hospital / klinik kerajaan atau hospital / klinik pakar swasta.
  • Pemohon juga mestilah menyediakan 3 keping gambar berukuran saiz Kad Pengenalan dan 2 salinan Kad Pengenalan atau Sijil Kelahiran
  • Sekiranya OKU yang memohon mempunyai kecacatan yang teruk atau terlantar, dia boleh meminta pertolongan Pegawai Kebajikan Daerah untuk menguruskan pendaftaran.

04 September 2010

LamanWeb Suruhanjaya PilihanRaya dan Semakan Daftar Pemilih

0 komen disini yer..
Salam..
Dah mendaftar sebagai pengundi? Kalau belum daftarlah sekarang k. Tak kisah lah melalui ajen ke, parti ke, tak pun pergi pejabat pos. Senang aje cuma bagi kad pengenalan. Dalam masa beberapa minit dah siap pendaftaran. Dengan syarat anda cukup 21 tahun yer.

Jangan abaikan tanggungjawab yang penting ni. Sebab satu hari nanti kita akan disoal kerana ia adalah amanah dalam memilih pemimpin masyarakat negara kita.

Jika anda sudah mendaftar, boleh buat semakan mengenai status anda dan dimana anda akan mengundi nanti. Untuk fungsi itu boleh klik link ini : http://daftarj.spr.gov.my/daftarj/

Untuk maklumat mengenai SPR, info terbaru, perundangan, artikel, pengumuman dan pelbagai lagi mengenai SPR serta pilihan raya boleh lah terus merujuk pada laman web rasmi SPR di link ini : http://www.spr.gov.my/

14 July 2010

Keistimewaan Pemegang Kad OKU

11 komen disini yer..
contoh kad OKU

Senarai Kemudahan Dan Keistimewaan Kepada OKU Yang Berdaftar. Ini merupakan senarai kemudahan yang ditawarkan kepada semua pemegang kad OKU. Anda berhak mendapat semua kelebihan ini, Jadi sekiranya ada penafian hak anda dalam hal hal dibawah anda boleh memaklumkan kepada pihak berwajib kerna mereka telah ingkar dengan arahan kerajaan.

Kemudahan tersebut adalah seperti berikut [KLIK SINI] atau [KLIK SINI]

03 April 2010

Bukti : Perkembangan Kita Di Alam Rahim.... Kebesaran Allah SWT...

6 komen disini yer..


Hebat..Subhanallah... Maha Suci Engkau Ya Allah.. Sesungguhnya kitalah sebaik baik kejadian yang Allah ciptakan tiada lain melainkan untuk tunduk pada Nya. Dengan kehebatan kejadian yang Allah atur untuk kita..jangalah sombong, jangalah angkuh... rendahkan lah ego mu wahai manusia.. kita lemah... kita hamba... Dia berkuasa atas segalanya... 

Takjub sungguh Lanun tgk video ni.. macam ni lah perkembangan kita dalam perut ibu. Satu persatu tumbesaran, dari segumpal darah sehinggalah menjadi tubuh lengkap sempurna yang bila dewasanya mudah jadi sombong dan angkuh pada Pencipta serta ibu bapa... Fikirkanlah... Nikmat yang diberi sudahkan kita tunaikan hak Nya? Kesempurnaan yang ada pada kita..adakah digunakan sebaiknya? Kesusahan ibu melahirkan adakah terbalas? Keperitan ayah mencari nafkah sudahkah dibayar?

Lanunsepet : thanx to coklatungu 4 sharing this video.. :-)