Dalam satu program dan persembahan nasyid di Kuala Lumpur baru baru ini penyanyi irama dangdut, Iwan Dangdut , menyeru rakan-rakan artisnya supaya segera berubah bagi mendapatkan keampunan Allah. Menurut beliau, artis-artis yang ingin berubah tidak sepatutnya melengah-lengahkan keinginan itu supaya dengan itu mereka akan menjadi lebih dekat kepada Allah SWT.
Katanya, perubahan para artis ke arah yang lebih baik merupakan satu perkara yang penting bagi membolehkan mereka bersama-sama umat Islam lain melakukan perubahan ke arah yang lebih baik pula terhadap masyarakat.
Lagu ini cukup terkenal semasa video rancangan realiti "If The Beloved Were Among Us" tesiar di Televisyen (Arab) dan di Youtube. Ia juga disiarkan di TV Alhijran Ahad 9Malam. Rancangan yang cukup baik yang memberi pengajaran kepada sekalian manusia. Ia juga bukti kerinduan orang orang mukmin masa kini kepada Junjungan Besar kita Nabi Muhammad SAW.
Video dibawah adalah lagu penuh "full song" Law Kaana Bainana dengan erti atau terjemahaman bahasa melayu. Liriknya adalah rintihan kerinduan kepada Rasulullah SAW. Semoga ada kebaikan dari lagu ini buat kita. Banyakkanlah berselawat. :)
Lirik Melayu dan Arabic ada dibawah yer,
Untuk video youtube beserta dengan lirik bahasa arab : KLIK SINI (YouTube)
Lanun sangat gembira bila dengar mengenai perkembangan terbaru dari Iwan yang seperti ramai ketahui yang beliau telah keluar dari bidang dangdut dan kembali mendalami ilmu agama. Dalam perkembangan yang lebih baru, kini Iwan Dangdut atau nama gelaran barunya Iwan Syahman telah keluarkan lagu terbaru yang kini dalam Nasyid pula.
Dulu lagu dangdut.. kini lagu ketuhanan.. Alhamdulillah. Islam langsung tak melarang penganutnya menghasilkan karya seni, asalkan dengan syarat tidak melanggar hukum yang telah ditetapkan oleh syarak. Jadi boleh lah dapatkan lagu terbaru dari album terbaru Iwan Dangdut @ Iwan Syahman terbitan Hijjaz Record yang diberi judul Allah Segalanya.
Series sedap suara abg Iwan.. abg Iwan, kami bangga dan gembira dengan perubahan ini.. Alhamdulillah.
Antara lagu lagu di dalam Album Baru : Segalanya Allah dari Iwan Syahman. Boleh lah cari kedai kedai CD berdekatan dengan anda, dan belilah yang original. Semoga usaha dakwah ini diberkati Allah. Tahniah Hijjaz, Tahniah abang iwan kita. Barakallah...
Lanun disini ingin mengajak anda semua bersama membantah konsert Adam Lambert yang dijangka diadakan di Malaysia pada 14 Oktober nanti. Adam Lambert di kecam di Amerika tahun lalu apabila melakukan adegan lucah, berunsur seks, luar tabii dan budaya gay yang amat teruk di atas pentas di Anugerah Award Amerika. Beliau telah mencium seorang lelaki pemain keyboard dalam persembahannya.
Konsert si Adam Lambert..14.10 2010 ni... (www.ticketpro.com)
Membenarkan Adam Lambert membuat persembahan di Malaysia seakan akan mengiktiraf artis ini yang terang dan sah tidak bermoral. Lanun memohon kerajaan Malaysia membatalkan persembahan beliau di Malaysia yang pastinya akan bawa kesan buruk secara lansung dan tak lansung.
Bawah ni rakaman Adam Lambert dengan aksi lucahnya :
p/s : mahukan kita bawa artis macam ni masuk Malaysia? Artis Malaysia kalau tak bermoral pun kita benci.