Showing posts with label lagu best. Show all posts
Showing posts with label lagu best. Show all posts

06 October 2011

Nasihat Iwan Syahman Pada Artis dan Peminat

0 komen disini yer..




Dalam satu program dan persembahan nasyid di Kuala Lumpur baru baru ini penyanyi irama dangdut, Iwan Dangdut , menyeru rakan-rakan artisnya supaya segera berubah bagi mendapatkan keampunan Allah. Menurut beliau, artis-artis yang ingin berubah tidak sepatutnya melengah-lengahkan keinginan itu supaya dengan itu mereka akan menjadi lebih dekat kepada Allah SWT. 

Katanya, perubahan para artis ke arah yang lebih baik merupakan satu perkara yang penting bagi membolehkan mereka bersama-sama umat Islam lain melakukan perubahan ke arah yang lebih baik pula terhadap masyarakat.


25 September 2011

Asy - Syafi : UNIC HPA Hijrah

0 komen disini yer..
Salam..
Lanun kongsikan satu lagu yang Lanun cukup minat. Ianya dari Album HPA Hijrah nyanyian kumpulan UNIC. Lagu ini liriknya dihasilkan oleh Haji Ismail HPA sendiri ( Pengarah Urusan HPA ). 

"Allahumma anta asy-syafi, la syifaan illa syifauka,syifaan la yughadiru saqoma" Ya Allah, Engkaulah Penyembuh, tiada penawar melainkan penawar Engkau; penawar yang tiada meninggalkan kesakitan lagi.

"Imsahi al-ba`s rabb al-nas biyadika asy-syifa` la kasyif lahu illa anta" Buangkanlah kesulitan ini, Tuhan segala manusia, ditanganMu penawar, dan tiada yang menyembuhkan melainkanMu (Sahih Bukhari)

17 July 2011

Tak Perasan Selama Ini, Maksudnya Sangat Mendalam..

1 komen disini yer..
Salam..
Lanun kongsikan Lagu Ukays - Bila Diri Disayangi. Lagu ini semua orang pernah dengar dan ia cukup popular bersama sama dengan lagu lain yang didendangkan oleh kumpulan Ukays di saat kegemilangan kumpulan band muzik dieorang. Tetapi adakah kita perasan apa maksudnya? apa pengajarannya? apa isi disebalik lirik lagu ni?

Mungkin Lanun tak pernah renung lagu ni atau tatp betul liriknya, jadi bila Lanun dengar baru baru ini sahabat Lanun nyanyi baru Lanun perasan sungguh mendalam maksud lagu ni. Ia menceritakan penyerahan seorang hamba kepada Tuhan yang Esa. Tajuknya Bila Diri Disayangi.. Langkah akan semakin berani menempuh dunia.. Bila keliru atau sesat, merujuk dan mengadu pada Allah.. 

Cukup mendalam maksudnya.. rintihan seorang Hamba pada Allah....



Antara Lagu  lain yang mempunyai maksud mendalam ialah Kekasih Awal & Akhir dan juga Kepada Mu Kekasih. Terdapat juga pendakwah dan motivator yang gunakan Lagu ni sebagai bahan motivator kerana dengan mengulas lagu ni dapat melahirkan input input positif dan kearah ketuhanan.

01 June 2011

Yukabid - Kisah Ibu Kandung Nabi Musa

0 komen disini yer..
Lagu Hijjaz - Yukabid Ratu Sungai Nil ( Ibu Kandung Nabi Musa)

Ketabahan Ibu Musa dibalas kebaikan

YUKABID adalah ibu kepada Nabi Musa. Yukabid mengandungkan Musa ketika Firaun memerintahkan anak lelaki kaum Bani Israel dibunuh kerana bimbang anak lelaki akan menentang dan mengambil kekuasaannya.

Suatu ketika, Yukabid mendengar perintah Firaun itu. Alangkah sedihnya hati Yukabid kerana dia sedang sarat mengandung waktu itu. Yukabid terpaksa bersembunyi sahaja di rumah agar kandungannya tidak diketahui orang.

Sehinggalah tiba masanya, Yukabid pun melahirkan anaknya. Alangkah terkejutnya dia apabila anak yang dilahirkannya itu adalah anak lelaki.

Walaupun berasa takut dengan perintah Firaun, seboleh-bolehnya dia mahu mempertahankan nyawa anaknya itu. Dia tidak mahu anaknya itu menjadi korban undang-undang yang diperintahkan oleh Firaun yang zalim dan kejam.

Yukabid berjaya merahsiakan kelahiran Musa selama tiga bulan daripada pengetahuan Firaun dan tentera-tenteranya.

Walau bagaimanapun, hatinya tidak pernah tenteram melihat anaknya yang semakin membesar. Dia risau akan keselamatan Musa. Dalam kerisauan itulah, Allah Yang Maha Berkuasa telah memberi ilham kepada Yukabid agar membuat sebuah peti. Lalu Allah SWT memerintahkan agar Musa dimasukkan ke dalam peti dan dihanyutkan ke Sungai Nil.

Dengan hati yang tenang dan sabar, maka Yukabid pun menghanyutkan Musa ke sungai Nil seperti yang diperintahkan oleh Allah SWT kepadanya. Peti itu dihanyutkan oleh arus sungai sehingga sampai ke istana Firaun.

Kebetulan pada hari itu, Asiyah permaisuri Firaun sedang bersiar-siar bersama dayang-dayangnya. Ketika sedang bersiar-siar itu, Asiyah menyuruh dayang-dayangnya mengambil sedikit air dari Sungai Nil. Alangkah terkejutnya mereka apabila mendapati ada sebuah peti di sisi kaki mereka. Lalu diambil peti itu dan dibawakan kepada Asiyah.

Maka Asiyah terus membuka peti itu dan dilihatnya da seorang bayi di dalamnya. Apabila melihat akan wajah bayi itu, timbul rasa cinta dan kasih dalam hatinya terhadap bayi itu. Asiyah mengambil bayi itu dan dibawanya pulang istana.

Tiba sahaja di istana, Asiyah meminta keizinan Firaun untuk membela bayi itu. Pada mulanya Firaun tidak mengizinkan Asiyah mengambil bayi itu tetapi setelah dipujuk, akhirnya Firaun bersetuju.

Setelah mendengar tangisan kehausan bayi itu, Asiyah berasa kasihan lalu disuruhnya Firaun mencarikan seorang wanita yang dapat menyusukan bayi itu. Akan tetapi seorang demi seorang wanita yang datang untuk menyusukan bayi itu telah ditolak oleh bayi tersebut.

Bayi itu tidak mahu disusukan oleh mereka sehinggalah berita ini diketahui oleh saudara Musa, Mariam. Lalu Mariam datang ke istana dan memberitahu kepada dayang-dayang Asiyah bahawa dia boleh membawakan seorang ibu yang boleh menyusukan bayi itu.

Mendengar sahaja berita daripada dayang-dayang itu, Asiyah memerintahkan agar bayi itu dibawa ke rumah Yukabid.

Yukabid menyambut anaknya itu dengan penuh kasih sayang. Bayi itu terus minum susu ibunya sehingga kenyang. Alangkah seronoknya hati Yukabid. Allah SWT telah mengembalikan anaknya, Musa kepadanya kerana kesabaran dan ketabahan mengikut perintah-Nya.

22 November 2010

Insha Allah versi Perancis, Islam menembusi apa jua bahasa dan bangsa...

1 komen disini yer..
Salam..
Lanun kongsikan lagi satu video klip oleh penyanyi terkenal Maher Zain yang telah pun menyanyikan lagu Insya Allah dengan beberapa versi bahasa antaranya Turki, Arab, English dan juga Perancis. Ini bukti yang Islam boleh menembusi apa jua bahasa dan bangsa. Maha Suci Mu Ya Allah, Tuhan bagi semua makhluk si langit dibumi dan diantaranya. 

Masa program TV kat TV3 aritu, Maher Zain ada menyatakan hasrat nak rakam lagu InsyaAllah dalam bahasa Melayu, sebagai mehargai hasrat pemninatnya. Kata beliau ni sahaja caranya tunjukkan tanda terimakasih nya pada peminat.

16 August 2010

Buka Mata! Buka Hati! Buka Minda! Lihat Sekeliling.. Diri Kita.. Perasaan Kita.. Tanya Diri.. Bukti KebesaranNya...

4 komen disini yer..
Salam...
Rehatkan minda jap dengan Lagu ni.. Lama dah tak dengar, bila sunyi sunyi dengar lagu ni rasa sayu sangat. Maha Besar Kuasa Mu Ya Allah, mencipta segalanya, mengurus segalanya, bagaikan keajaiban, Maha Suci Engkau Ya Allah.. Kami bersyukur...atas segalanya.. Kami milik mu.. Kami Hamba..Hamba Mu..

Selamat Bersahur dan Berpuasa...pada korang semua.