Showing posts with label blog template. Show all posts
Showing posts with label blog template. Show all posts

05 September 2010

Terbaru Di Blogger : PageViews Counter Stat dan Post Paling Popular.

14 komen disini yer..
Salam...

2 Bulan lepas Blogger telah pun melancarkan dua Gadget terbaru di dalam empayar blogspot. Dua gadget ni dikenali sebagai Popular Posts dan Blog Stats. Apa fungsi nya? Tapi Gadget ini masih lagi tidak secara rasmi di releasekan di Blogspot.com, ia hanya boleh didapati di Blogger In Draft dimana banyak perkara dan fungsi baru di eksperimenkan untuk kepentingan semua pengguna Blogspot. Jadi untuk try boleh kesana : http://draft.blogger.com/

Tapi sebelum itu jom kita lihat dulu apakah 2 Gadget yang baru di hasilkan oleh Blogspot untuk anda : 



Popular Posts
Memaparkan entri entri yang paling banyak / popular / terhangat di blog korang. Korang boleh pilih sama ada Popular all time, 7 hari terakhir, atau 30 hari terakhir. Gadget ni akan susun entri post tu mengikut tahap ke popular an nya he3.



Fungsi tambahan korang boleh setting bagi ada thumbnail atau tidak, dan korang juga boleh pilih sama ada mahukan Tajuk dan sedikit summary / snippet atau just tajuk sahaja.

Bagi Lanun, gadget ini masih ada kekurangan jadi sebab itu dia tak official kan lagi, just hanya boleh didapati di Blogger in Draft.

Blog Stats / Pageviews Counter
Anda tahu apa itu page view? maksud pageview (PV) adalah kiraan satu page .html di buka. Contoh yer, kalau korang buka http://lanunsepet.blogspot.com/ tu dikira 1 pageview, pas tengok2 kemudian korang klik artikel pasal puasa di blog lanun, so dah tambah lagi 1, pas tu kemudian korang klik pulak link ke artikel pasal hari raya juga di blog lanun, tambah lagi 1 pageview. Then after that korang klik link ke blog Usop terus pergi ke blog beliau. Jadi total pageview blog Lanun adalah 3 PV, bukan 4 kerana klik terakhir pergi ke blog Usop, tu dikira PV untuk blog dia lar.



Jadi fungsi gadget atas ni adalah untuk paparkan graph / graf page view yang comel dan kecik, beserta dengan teks paparan nombor bilangan pageview blog korang. 

Nak try gadget ni ?
Untuk pengetahuan korang, Gadget ini masih lagi tidak secara rasmi di releasekan di Blogspot.com, ia hanya boleh didapati di Blogger In Draft dimana banyak perkara dan fungsi baru di eksperimenkan untuk kepentingan semua pengguna Blogspot. Jadi untuk try boleh kesana : http://draft.blogger.com/


27 March 2010

Aplikasi Baru : Design Template Korang Sendiri Dengan Mudah Tak Perlu Tahu Kod HTML atau CSS

0 komen disini yer..
Teruja betul dengan features terbaru Blogger In Draft iaitu "The Blogger Template Designer". Baru jar tadi Lanun dah try. Mesra pengguna dan banyak benda yang kita jenuh nak ubah sebelum ni, dah boleh di ubah dengan hanya drag and drop. Pada sesiapa yang tak pandai bermain dengan kod HTML, CSS and bla3..tu leh lah try features terbaru ni.

Features ni masih dalam blogger in draft, so tak dimasukkan ke blogger.com yang biasa. Jadi, untuk ke option "The Blogger Template Designer" korang boleh LOG IN kat sini http://draft.blogger.com/, kemudian pergi ke Layout > Template designer > mula berkarya... he3

klik untuk tengok lebih besar...

Korang akan diberi pelbagai pilihan dan option, antaranya :
***backup dulu template korang sebelum buat k 
( layout > edit html > download full template)

1. Tak perlu buat blog baru!!
2. Ubah keluasan "width" blog korang dengan drag size mudah!!
3. Tukar background sekelip mata tanpa taip kod!!
4. Pilih dengan step yang sangat mudah.
5. Tukar warna tema selepas pilih template
6. Pilih template simple sehingga ke advance dan editnya ikut sukahati korang
7. Lebih banyak warna dan customize boleh korang buat di bahagian advance
8. pilih beratus2... background pattern n wallpaper
9. Mesra pengguna dan tak perlukan kepakaran
10. Lebih lanjut ?? [KLIK SINI ]

So kalu berminat leh try k..have fun :-)

Tengok video promo dibawah :

10 February 2010

Wajah Baru : Template Baru LanunSepet... Akhirnya siap....

4 komen disini yer..
Salam..

Setelah sekian lama mengidam template baru 3 kolum, akhirnya Lanun dah berjaya beralih kepada template/layout yang baru. tapi 3 kolum yang lanun design haritu tak jadi, sebab nampak pelik bila main post tergantung kerana siderbar yang pendek.

Tapi takperlah, lagipun 2 kolum ni pun takda ape kurang nya kan. Template yang lanun guna sekarang lanun edit dari template Minima Dark, lepas modification seharian, ni lah hasilnya. Hopefully stabil and takda bagi masalah.

Blog lanunsepet ni pun cuma blog yang ringkas bukan untuk designer/web pun. Ape2 pun lanun puas hati dengan template yang terakhir ni. Lanun rasa template ni lebih ringan dari template Bluediamond yang dulu, and paling lanun bestnyer template ni mudah nak di modified.

Bluediamond yang lanun guna dulu...

So, Korang leh utarakan pendapat sekiranya ada cadangan atau pandangan pasal template baru nih, appreciate sangat dengan pandangan korang, n thanx jugak pada sape yang dah komen pada template yg lanun design dulu tu. Satu lagi, kat sebelah kanan atas skali ade UNDIAN pasal template baru nih. Suarakan pendapat korang.


Lanunsepet : Lanun balik kampung khamis malam, seminggu cuti raya,seminggu cuti blogging...