Showing posts with label funny video. Show all posts
Showing posts with label funny video. Show all posts

13 October 2011

Kelakar : Antara Faktor Gaji Guru Patut Dinaikkan.. HaHaHa

1 komen disini yer..
Lanun kongsikan satu video dimana satu kes yang berlaku di sekolah apa kepala budak tu hampir di potong ha3.. tapi bukan betul betul ok. Kisahnya mungkin begini. Biasalah budak budak sekolah suka main nyorok nyorok, tahun 1 lah kan. sorok sana sorok sini, kacau sana kacau sini, nak jadi gaban lah ultraman lah, semua dieorg nak try.

Dalam video di bawah ni, adik kita ni menyorok kat kerusi kelas dia. sekali masuk kepala lepas, tapi nak undur balik tak boleh. Aihh gabra juga muka budak tu Lanun tengok. Jom saksikan apa kesudahan, bagaimana cikgu cikgu kita ni selesaikan kes ini. hahaha..

Disebabkan cikgu dan guru menghadapai pelbagai ragam pelajar contohnya seperti kes macam ni, jadi gaji guru memang patut dinaikkan. Tak pasal pasal kena selesaikan kes kepala tersangkut pulak he3.. macam2..

Paling tak tahan, pas setel semua tepuk tangan dengan cikgu..

12 April 2011

Malang Tak Berbau Tapi Bergolek..

4 komen disini yer..
Malang tak berbau.. dan bukan sahaja rezeki datang bergolek tetapi malang juga boleh datang bergolek. Jom saksikan video ni, Lanun memang simpati betul dengan lelaki ni sebab dia bukan ditimpa malang tetapi di golek malang, oh dia memang tak salah langsung. Manusia mana ada side mirror jadi apa kan daya.

28 August 2010

Terkejut Beruk Tu Macam Ni La Kan ???

3 komen disini yer..
Salam..
Kita selalu guna ayat "terkejut beruk" dalam kita berkomunikasi tiap tiap hari. "Terkejut beruk" ni kiranya terkejut yang amat terkejut dengan reaksi muka yang terkejut he3. Baru baru ni Lanun usyar2 video kat Youtube jumpe satu video kategori "terkejut beruk" yang sebenar.

p/s : Terkejut biawak pernah dengar x ?