Showing posts with label youtube. Show all posts
Showing posts with label youtube. Show all posts

13 March 2012

Backhoe Naik dan Turun Dari Lori Tanpa Bantuan Kenderaan Lain.

0 komen disini yer..
Salam...
tengah pun semua? dah makan malam? sambil sambil tunggu nasi masak sempat pulak tengok satu video ni. Video bagaimana 1 backhoe ni naik ke atas lori tana bantuan kenderaan lain. Memang driver backhoe ni expert habis. Bukan senang, setiap bahagian pada backhoe digunakan dengan teratur dan akhirnya backhoe itu naik dan turun dengan sempurna. Memang mantap!.

22 April 2011

Waktu Siaran Rancangan Imam Muda Musim Kedua 106 Astro Oasis

1 komen disini yer..
Salam..
Lanun kongsikan maklumat yang Lanun dapat dari laman web rasmi  Astro Imam Muda [Astro Imam Muda Official Website] dan Facebook Imam Muda Iaitu mengenai waktu siaran episod episod ujian dan cabaran serta tugasan yang dilalui oleh Imam Muda musim terbaru ini. 

Dalam episod ini, penonton bakal menyaksikan bagaimana kesemua 10 peserta imam muda musim kedua yang terpilih mengharungi cabaran mengatasi pelbagai ujian penting mengikut kaedah dan metadologi yang disediakan di bawah pimpinan dan pemerhatian khusus Pengetua dengan dibantu dua orang Mentor.

PROGRAM TARIKH WAKTU SIARAN SALURAN
Medan Imam Muda EP 1     29 April 2011   9mlm-10mlm   Astro Oasis(saluran 106)
Medan Imam Muda EP 2      6 Mei 2011      9mlm-10mlm   Astro Oasis(saluran 106)
Medan Imam Muda EP 3     13 Mei 2011     9mlm-10mlm   Astro Oasis(saluran 106)
Medan Imam Muda EP 4     20 Mei 2011     9mlm-10mlm   Astro Oasis(saluran 106)
Medan Imam Muda EP 5     27 Mei 2011     9mlm-10mlm   Astro Oasis(saluran 106)
Medan Imam Muda EP 6     3 Jun 2011        9mlm-10mlm   Astro Oasis(saluran 106)
Medan Imam Muda EP 7     10 Jun 2011      9mlm-10mlm   Astro Oasis(saluran 106)
Medan Imam Muda EP 8     17 Jun 2011      9mlm-10mlm   Astro Oasis(saluran 106)
Medan Imam Muda EP 9     24 Jun 2011      9mlm-10mlm   Astro Oasis(saluran 106)
Medan Imam Muda EP 10   1 Julai 2011      9mlm-10mlm    Astro Oasis(saluran 106)

12 April 2011

Malang Tak Berbau Tapi Bergolek..

4 komen disini yer..
Malang tak berbau.. dan bukan sahaja rezeki datang bergolek tetapi malang juga boleh datang bergolek. Jom saksikan video ni, Lanun memang simpati betul dengan lelaki ni sebab dia bukan ditimpa malang tetapi di golek malang, oh dia memang tak salah langsung. Manusia mana ada side mirror jadi apa kan daya.

29 October 2010

Bas Persiaran Masuk Gaung : 6 Maut Kemalangan Berhampiran Terowong Genting Sempah

4 komen disini yer..

Enam maut apabila sebuah bas persiaran terhumban ke dalam gaung berhampiran terowong Genting Sempah, Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, lewat petang tadi. Beberapa lagi penumpang dilaporkan cedera. Bas berkenaan membawa 44 penumpang ketika nahas itu.

Penumpang adalah rombongan Belia 4B dari Kampung Siong, Baling, Kedah yang maut dalam kemalangan di KM38 Genting Sempah dekat ini pada 7.05 malam tadi. Mangsa mangsa yang terkorban ialah Mohamad Khairy Mohamad Mazuki, 14; Mohd Amirul Muhamat Isa, 13; Mohamad Firdaus Rosedi, 16; Mohammad Yussof A. Akhit, 16; Mohd Ridzuan Husin, 17; dan Muhd Fahmi Abdul Mustaffa, 17.

24 October 2010

Video 12 Bas Ekspress Terbakar di Kelantan

3 komen disini yer..
KOTA BAHRU: Dua belas bas Ekspres Budaya musnah dalam kebakaran di depoh simpanan bas itu di Kampung Panji, Pengkalan Chepa di sini, tengah malam tadi.

Pegawai Operasi syarikat bas ekspres itu, Kamaruzaman Abdullah berkata, kerugian akibat kebakaran itu dianggarkan bernilai RM6 juta.

"Kebakaran semua bas yang diletakkan berhampiran dan tersusun antara satu sama itu disedari oleh pengawal keselamatan pada kira-kira pukul 12 tengah malam," katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata bas ekspres itu baru sahaja diletakkan di situ selepas selesai menurunkan penumpang dari beberapa destinasi.

Korang dah tengok video kebakaran 12 Bas Ekspress Budaya nih? Kalau nak tengok boleh klik link ini yer di Blog Cikgu Dahlia. Lanun pun tengok kat sini . [Video 12 Bas terbakar di Kelantan] KLIK SINI

Tajaan video : Cikgu Dahlia dan Matdin27

12 October 2010

Sharene sofia fadzry tan jadi tumpuan..

7 komen disini yer..

Salam...
Stats Lanun mencatatkan kenaikan minggu ni dalam isu Belanjawan 2011, Perkahwinan anak gadis jutawan Naza Nadia dan juga kemalangan ngeri antara bas, kereta dan van di simpang ampat melaka. Dalam stats hari ini Lanun dapati satu nama telah menjadi carian 10 popular di blog Lanunsepet iaitu :
  • Sharene Sofia Fadzry Tan ( mangsa kemalangan ngeri 10.10.2010)
Siapa kah Sharene Sofia Fadzry Tan? hingga namanya jadi carian.
Rupa rupanya kisah gadis ni begini...

Harian Metro..

Rohata Adam, 43, ibu kepada Sharene Sofia Fadzry Tan, 18, penumpang bas ekspres yang maut dalam kemalangan itu berkata ini merupakan tragedi malang untuk anaknya yang pertama kali menaiki bas ekspres. “Anak saya sebelum ini tidak pernah berjalan jauh berseorangan, kalau nak jalan jauh pun kami pergi sekeluarga menaiki kereta,” katanya.

Beliau berkata anaknya ke Kuala Lumpur kerana ingin berjumpa dengan seorang rakan dan sepatutnya pulang ke Melaka pada esok (Selasa). 

Anak bongsu daripada dua beradik itu antara 10 penumpang bas ekspres Delima yang terbunuh dalam kemalangan ngeri meragut 12 nyawa di Kilometer 222.9 Lebuh Raya Utara-Selatan, lewat petang kelmarin.

Rohata tidak menduga permintaan Sharene Sofia yang beria-ia mahu ke Klang, Selangor, menemui rakannya sehingga merajuk beberapa hari kerana tidak dibenarkan pergi, ibarat petanda ajalnya sudah hampir.

Menurut Rohata, dia dan suaminya, Fadzry Tan Abdullah, 45, keberatan melepaskan anak mereka menemui rakannya yang dikenali ketika dia mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di negeri ini tahun lalu.

“Bagaimanapun, Sofia merajuk dan memujuk agar saya membenarkannya pergi bermalam dua hari di rumah rakannya itu.

“Tidak mahu dia merajuk berpanjangan, akhirnya saya membenarkannya pergi,” katanya yang ditemui di rumah ibunya di Kilometer 14, Kampung Umbai, dekat sini, semalam.


Alfatihah buat gadis ini..  Ikuti kisah penuh Ajal Sharene Sofia selepas merajuk..

KITA DOAKAN ARWAH DITEMPATKAN BERSAMA ORG2 BERIMAN.. BYKKAN SEDEKAH ALFATIHAH DAN DOA.. ALLAH SYGKAN DIA..

29 August 2010

Iklan Merdeka Telekom Petronas 2010 Kali Ke 53 (Video)

3 komen disini yer..


Salam..
Sempena bulan kemerdekaan pastinya kat TV akan tersiar iklan iklan berunsur patriotik. Setiap syarikat gergasi akan menyiarkan iklan masing masing sebagai tanda bersama sama mengisi bulan kemrdekaan. Tapi tahun ini ntahlar, macam kurang kan? Lanun hanya jumpa 2 iklan sahaja untuk merdeka ke 53 tahun 2010 ni. Adakah tahun ni syarikat syarikat gergasi kurang untung? atau kurang semangat patriotik?

Dibawah ini iklan hari kemerdekaan Malaysia ke 53 2010 dari Petronas dan Telekom Malaysia :

1. Petronas


2. Telekom Malaysia

24 April 2010

Lanun : Degree Nak Tamat... UTeM Kata Pergi... Kerja Kata Mari..

2 komen disini yer..
Salam...
Baru balik dari luar he3, tak tau nak update per, jadi Lanun nak membebel sorang-sorang, dengar k. Tak lama lagi tamatlah perguruan Lanun kat UTeM ni..memanglah sesangat tak lama nyer sebab hanya ada 4 hari jer lagi. Tamat jer paper terakhir hari rabu ni Lanun akan melangkah keluar dari dunia mahasiswa ke alam kerjaya. InsyaAllah 3hb Mei Lanun start kejer, tak jauh pun dengan rumah sewa Lanun ni. Agaknya macam mane kehidupan baru Lanun tu nanti?


Dulu-dulu Lanun budget nak dapat keje jauh-jauh, maksud Lanun negeri yang Lanun tak pernah duduk lagi. Sebab Lanun suka merantau pergi tempat baru, cari pengalaman, tambah ilmu, matangkan diri, berdikari, dan jumpa kawan kawan baru. tapi dah rezeki kat Melaka Tengah he3 ni jugak, takperlah.. syukur Alhamdulillah dah ada kerja.

Dah kerja, simpan duit banyak-banyak ~... pastu??

"Allah Maha Esa takdirkan ku berdiri di sini sekali lagi meneruskan kehidupan sebagai seorang hamba Nya yang mencari hidup yang bahagia "disini dan disana" di bawah redhaNya..."

23 April 2010

Alhamdulilllah.... Selesai Satu Lagi Paper.. One More To Go Mr. Din Dong...

2 komen disini yer..
ho3... sem ni berat beban nyer...
Salam...
Lanun baru jar balik dari kompleks sukan UTeM, tempat berlansung paper Teknologi Keusahawanan yang Lanun dok citer sebelum ni. Alhamdulillah semua nya lancar, jawab pun sampai tangan naik krem hu3, dan tepat tepat masa tamat Lanun pun selesai menjawab semua soalan yang dia bagi (right timing!!) he3.

Alhamdulillah, tenkiu pada semua yang doakan Lanun, terutamanya Mummy, Daddy, he3..(rekaan semata mata, kalu panggil depan2 mau kene sekeh!) adik bradik, Coklatungu, kawan kawan bloggers... uihhh macam menang anugerah la pulak kan ha3. Takper, Lanun ngah happy ni selesai satu lagi beban yang digendong sepanjang sem ni. Pasni tinggal lagi 1 paper jer. Pneumatic Industry.


18 September 2009

Baju $10 direbut..

0 komen disini yer..
Baju $10 direbut.. Salam.. Ni merupakan cubaan lanun untk cuba mobìle blogging,tq to cendolpulutz.blogspot.com atas tnjuk ajar..visit his 4 more detail..

17 September 2009

Tiba : LaNuN ChekZu arrive in Ipoh... The Journey Continue...

1 komen disini yer..
Salam...

4.30 AM : LaNuN dan Chekzu selmat sampai di ipoh (medan gopeng) . Tadi lanun memg kecewa sket lar sebab bas tu berhenti jauh dari terminal bas medan gopeng. Lanun dan adik lanun chekzu terpaksa berjalan sedikit untuk ke terminal.

Nampaknya kami terpaksa menunggu sehingga pukul 6 untuk dapatkan BAS KINTA (antara pekan2/bas loncat) untuk ke pekan gopeng. Ayah lanun tak dapat ambik kami kat sini berikutan kete pun dah tak ada sekarang. (mercedes kami dah bersara he3)

Alhamdulillah, mmg urusan kami diperudahkan bila terserempak dgn sorang pakcik dari jemaah masjid gopeng.Pakcik Rasyid tak silap lanun nama dia..tapi lanun panggil "bapak" jer..he3. Kat pasar beliau menjual barangan runcit dan juga surat khabar ALternatif. Selepas bertegur sape, beliau mengajak kami untuk menumpang beliau... Ya Allah... Alhamdulillah.. :-) mudah urusan..

Macam Biasa beberapa photoshoot kami kongsikan....


Pakcik Rasyid yang baik hati... TQ..


Pakcik Rasyid menelefon anaknya...yang akan tiba dari kelantan PKB, beliau dtg kesini untuk menjemput anak beliau..


Berhenti sebentar di Perhentian seremban utara 12.15am..


in da Bus.....


Van pakcik Rasyid yang kami tumpang..

* Back To Halaman Utama *

16 September 2009

Perjalanan Balik Kampung : LaNuN dan ChekZu nak balik dah.....

2 komen disini yer..
Salam....

10.24PM : Perkhabaran ini LaNuN khabar dari Kampus UTEM Durian Tunggal...Bersama LaNuN disebelah Chekzu.. Kami sekarang berada dalam bas untuk balik ke kampung halaman Perak Darul Ridzuan. Sekarang bas-bas lain sedang beratur menunggu semua penumpang untuk bergerk ke destinasi masing2.. Utara dan Pantai Timur.. Tganu, Kelantan, Perak, dan Kedah...

DOAKAN PERJALANAN LANUN DAN ADIK LANUN CHEKZU
SELAMAT SAMPAI :-) KE DESTINASI.....

LaNuN kongsikan sket photoshoot sebentar tadi..



sempat bergambar bersama-sama rakan2 lain yang nak bali ke kampung masing2.. semoga jumpe lg pas raye..teruskan stadi..

SELAMAT HARI RAYA SEMUA...

* Back To Halaman Utama *

E Kad Raya Special Untuk Semua... Jom Amik satu sorang...

2 komen disini yer..


Assalamualaikum.....
Kepada semua pembaca lanun... Lanun,coklatungu,chekzu dan chendol
Ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilfitri
Kami ingin memohon maaf sekiranya kami ada salah dan silap,
Terkasar bahasa dalam penulisan kami dalam sedar atau tidak.
Kami menyusun sepuluh jari memohon maaf zahir dan batin
Nasihat kami berhati-hati semasa dijalan raya,
Sambutlah hari raya dengan cara yang sederhana dan
Jangan lupa untuk membantu insan yang kekurangan.
Semoga sambutan aidilfitri ini menjadi sambutan kemenangan kita selepas
Melepasi bulan ramadhan dimana kita telah meraih banyak rahmat dan pahala.
Teruskan memperbaiki amalan dan akhlak semoga kita dapat berjumpa lagi
Dalam ramadhan akan datang insyaallah.
Kami juga menjemput semua supaya sentiasa bertandang di blog kami
Dan raya ni pastikan tidak miss dengan blog lanunsepet.. Teruskan menyokong kami...

Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin

KAD RAYA NI BOLEH DICOPY N PASTE DI BLOG ANDA..NAK DTG UMAH TAKTAU ALAMAT JADI.. EKADRAYA PENGGANTI DIRI... :-)


* Back To Halaman Utama *

12 September 2009

Jambatan Yang Hidup Dan Tumbuh

0 komen disini yer..
Oleh : Zamri keciks from idhamlim.blogspot

Jembatan merupakan salah satu hasil rekayasa infrastruktur untuk mempermudah transportasi manusia. Jembatan-jembatan dibangun di lokasi di atas sungai, lembah, atau laut yang memisahkannya. Tetapi, di suatu tempat di dunia ini, jembatan-jembatan yang menghubungkan sungai-sungai itu tidak dibangun, melainkan hidup dan tumbuh!


1. Jembatan Akar di India

Di kedalaman India sebelah tenggara, di salah satu lokasi paling basah di muka bumi, jembatan-jembatan dibuat dengan cara yang sangat aneh dan unik.



Tumbuh dari akar-akar pohon karet, orang-orang Khasis di Cherrapunjee menggunakan batang pohon pinang, membelahnya dan mengeluarkan isinya untuk membuat apa yang disebut "penunjuk akar". Saat dibentangkan dan mencapai sisi pinggir sungai lainnya, mereka mulai menyatukannya dengan akar-akar dari tanah. Dengan berjalannya waktu, jembatan yang kokoh dan hidup mulai terbentuk.

Jembatan-jembatan akar itu beberapa di anatarnya mencapai 30 meter, membutuhkan waktu 10 hingga 15 tahun untuk bisa difungsikan penuh, dan menjadikannya sangat kokoh. Beberapa sanggup menahan beban hingga 50 orang sekaligus.


Salah satu struktur yang paling unik di Cherrapunjee dikenal dengan sebutan "Umshiang Double-Decker Root Bridge." Terdiri dari dua lapis jembatan, di atas dan dibawahnya.


Karena jembatan-jembatan ini hidup dan masih terus tumbuh, membuatnya semakin kokoh saja. Beberapa jembatan akar yang tua sudah digunakan tiap hari oleh orang-orang desa di sekitar Cherrapunjee sejak lebih dari 500 tahun yang lalu.

2. Jembatan Tanaman Merambat di Lembah Iya, Jepang

Salah satu dari tiga lembah-lembah "tersembunyi", di Jepang, West Iya merupakan tempatnya ngarai berkabut, sungai bersih, dan atap-atap jerami atau daun, seperti menggambarkan Jepang berabad yang lalu. Untuk menyeberangi sungai Iya yang mengalir di sepanjang lereng lembah, para perampok, para kstria, dan pengungsi membuat sebuah jembatan khusus yang dibuat dari tanaman merambat.

Di bawah ini adalah gambar dari satu jembatan dari tanaman merambat pada tahun 1880:

Pertama, dua tanaman Wisteria - salah satu tanaman merambat paling kokoh - ditanam hingga sangat panjang dari kedua sisi sungai. Saat tanaman itu mencapai panjang yang cukup, lalu dianyam bersama papan untuk membuat suatu rekayasa botani yang hidup, lunak tapi sangat kokoh.


Jembatan-jembatan itu tidak punya sisi-sisi, dan sebuah sumber sejarah orang Jepang menunjukkan bahwa jembatan tanaman ini tidak stabil, dan yang mencoba menyeberanginya pertama kali seringkali membeku di tempat, tidak mampu melanjutkan lebih jauh lagi.

Tiga dari jembatan-jembatan itu masih ada di lembah Iya. Meski beberapa (tidak semua) jembatan-jembatan itu diperkuat dengan kabel dan lajur sisi-sisi, tetap saja menakutkan untuk diseberangi. Panjangnya lebih dari 42 meter, dengan papan yang dipasang setiap 6 hingga 8 inci, dan faktanya satu jatuh ke air dari 4,5 cerita, membuatnya tidak cocok buat pengidap acrophobia (takut ketinggian).

Beberapa orang percaya jembatan-jembatan tanaman merambat yang masih ada itu pertama kali dibuat pada abad 12, yang menjadikannya beberapa di antara contoh-contoh arsitektur hidup tertua di dunia.




* Back To Halaman Utama *

10 September 2009

Majlis Berbuka Puase 4BENE @ Puteri Resort....

13 komen disini yer..
Salam...

Best.. !! itula yang lanun dapat gambarkan majlis berbuka puasa haritu... Pada 8hb September bertempat Puteri resort, Budak2 kelas lanun adakan satu majlis berbuka puasa kat sana.. Majlis petang tu cukup meriah dan kemesraan antara kami semua malam tu cukup terserlah.. n tak lupa jugak pada makanan yang superb.. Alhamdulillah sebab semua perjalanan majlis lancar.. Tq pada nabil n kamil.. :-)

Jom kite tengok suasane malam tu...


ADA BANYAK2 LAGI KAT BAWAH... JOM TENGOK.....























TQ FOR THE PICS : Credits to Milofloat,eizyan,Cayy, n others BENE photographer..

* Back To Halaman Utama *