Showing posts with label indon. Show all posts
Showing posts with label indon. Show all posts

03 October 2010

Kerajaan nak cari Amah dari negara lain? Negara mana yer sesuai?

2 komen disini yer..
rentetan kes penderaan buat Indonesia berbalah dengan Malaysia
Salam...

ROMPIN: Bagi memenuhi permintaan perkhidmatan pembantu rumah di negara ini, kerajaan akan mendapatkan bekalan tenaga kerja itu dari negara Asia lain.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, berkata kerajaan kini berusaha meningkatkan bekalan tenaga kerja bagi sektor pembantu rumah daripada negara pembekal lain seperti Thailand, Kemboja, India, Sri Lanka, Filipina dan Myanmar. Berita Penuh

Apa pendapat korang? negara mana lar sesuai menggantikan indonesia yang baru baru ni seperti tidak lagi membenarkan rakyatnya bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia. Walaupun khabarnya begitu, rakyat Indon masih lagi mahu bekerja di Malaysia kerana mudah dan mewah di sini.

Tapi Malaysia kena ada alternatif, dengan amik dari negara lain. Apa kata amik rakyat Malaysia sendiri kan, Bagi latihan dan gaji yang berpatutan dan kualiti yang bagus? betul tak?

13 January 2010

Tumpas : Kereta Raja Tonto Disita....

7 komen disini yer..
Salam...
Sebuah kereta yang digunakan raja atau ketua segala Tonto telah berjaya disita oleh sebuah unit Polis bahagian jenayah berat. Kereta tersebut sarat dengan alat hubungan dan GPS yang canggih untuk menjejaki dan memantau operasi polis, jpj, kastam, jabatan alam sekitar, trafik, majlis perbandaran dan unit kuasa lain..

[GAMBAR DI BAWAH ]