Showing posts with label pencuri. Show all posts
Showing posts with label pencuri. Show all posts

03 October 2010

Kerajaan nak cari Amah dari negara lain? Negara mana yer sesuai?

2 komen disini yer..
rentetan kes penderaan buat Indonesia berbalah dengan Malaysia
Salam...

ROMPIN: Bagi memenuhi permintaan perkhidmatan pembantu rumah di negara ini, kerajaan akan mendapatkan bekalan tenaga kerja itu dari negara Asia lain.

Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, berkata kerajaan kini berusaha meningkatkan bekalan tenaga kerja bagi sektor pembantu rumah daripada negara pembekal lain seperti Thailand, Kemboja, India, Sri Lanka, Filipina dan Myanmar. Berita Penuh

Apa pendapat korang? negara mana lar sesuai menggantikan indonesia yang baru baru ni seperti tidak lagi membenarkan rakyatnya bekerja sebagai pembantu rumah di Malaysia. Walaupun khabarnya begitu, rakyat Indon masih lagi mahu bekerja di Malaysia kerana mudah dan mewah di sini.

Tapi Malaysia kena ada alternatif, dengan amik dari negara lain. Apa kata amik rakyat Malaysia sendiri kan, Bagi latihan dan gaji yang berpatutan dan kualiti yang bagus? betul tak?