Showing posts with label makanan sedap. Show all posts
Showing posts with label makanan sedap. Show all posts

13 August 2010

"Meraikan Raya Dinikmati Bersama...Tiger Beer"

6 komen disini yer..
Salam..
Kecewa dengan apa yang berlaku di Pasaraya Giant ( kalu tak silap Lanun ) di Bandar baru Nilai, bila mereka telah menggunakan tanda harga promosi hari raya untuk mempromosikan harga istimewa TIGER BEER ( arak berjenama tiger ). Kalau biskut tiger ok lagi tapi ni biskut tapi arak.

Ini bukan apa, kerana perkara ini menyentuh sensitiviti umat Islam. seakan akan mengaitkan hari raya yang bakal menjelma dan Ramadhan yang sedang kita lalui ni dikaitkan dengan arak? macam arak dan perayaan umat islam ni sinonim pulak? Kenapa promosi waktu bulan puasa? Ia jelas menghina dan tidak boleh diterima.

Lanun tak pasti ini kesilapan atau disengajakan, Lanun harap pihak pasaraya tersebut membetulkan kesilapan ini dan meminta maaf. Kalau di lakukan tanpa disengajakan tak apa lah boleh di maafkan. Diharap lain kali tak terjadi lagi. Di harap jugak pasaraya tersebut peka dan tidak bertindak mebuta tuli.

p/s : betul ke pasaraya Giant?

raya bersama Tiger Beer

Berita Asal & Gambar : Email ke Harakahdaily
“Di sini mereka meletakkan beer tersebut di kaunter paling hadapan berdekatan dengan cashier. Adakah ini pada pandangan pihak pengurusan pasar raya cara meraikan umat Islam Malaysia berpuasa?” tanya beliau yang melampirkan bersama gambar yang diambil menggunakan handphone berkaitan perkara itu. berita penuh..klik sini

11 August 2010

Ni Dia Juadah Berbuka 1 Ramadhan

7 komen disini yer..
Salam...
Alahmduilillah selesai lah sudah Puasa Ramadhan yang hari yang pertama untuk tahun nih. Mesti semua puas hati dengan juadah berbuka tadi kan? Kalau tak puas hati, tarik balik.. bersyukurlah dengan apa yang ada. Hari ni itu sajalah rezeki kita.


Untuk hari ni Lanun berbuka dengan Nasi putih + Telur Dadar + Ayam Goreng, yap itu saja dan untuk pembasah tekak Lanun amik Radix yang dibancuh sendiri he3. Radix ni kalu time berbuka memang masyuk dan melancarkan semua makanan makanan yang berlumba lumba masuk dalam perut kih3.

Ok tu aje untuk post sempena waktu berbuka nih. Korang nanti share kan jugak yer apa yang korang makan tadi untuk berbuka?

p/s : telur dadar memang fevret, n padan dengan apa saje juadah kan?
p/s : rindu nak berbuka dengan keluarga kat kampong..hu3

24 January 2010

Di Siksa : Bila Manusia Lebih Binatang Dari Binatang.....

27 komen disini yer..
Salam...
Korang sihat? c.u lak? sihat? he3.. Kali ni Lanun nak share satu cerita berkaitan satu hidangan yang cukup terkenal di France/Perancis "Foie Gras". Foie Gras bermaksud "hati berlemak"( fat liver) , hidangan yang kontroversi dan mewah.

Apa yang kontroversi makanan ni bagaimana nak dapat Foie Gras ni? memang  bahan utama dari hati angsa, tapi hati angsa yang diperoleh dari angsa yang di “paksa” makan secara berlebihan setiap harinya agar hatinya berubah menjadi hati berlemak akibat menderita penyakit “hati berlemak” (fatty liver). angsa akan dipaksa makan sehingga menderita dan hatinya tu lah yang digunakn untuk dimasak. Oh! manusia kamu memang melampaui batas!!

[DIBAWAH : TENGOK GAMBAR ANGSA DIPAKSA/ DISEKSA SEMI HIDANGAN MANUSIA]